Ahad, 27 Februari 2011

kuliyah Ustaz Azhar-Surau Gelong Bilal-24 R'Awal-27/2/11-Kitab Perisai Sekalian Mukalaf

*sambungan Bab Tauhid Uluhiyyah(mengEsakan Allah Taala dengan (daripada) segala perbuatan hamba yang mensyirikkan akan dia oleh Allah Taala bagi mereka itu. )

-menyembelih haiwan mesti niat krana Allah taala-maka barang siapa myembelih ia krna bhala... atau krna salib atau kerana Nabi Musa a.s. atau kerna Nabi Isa a.s. atau krna kaabah atau umpama yg dmikian itu maka sekalian ini haram, dan tiada halal ini yg disembelih..sma ada yg myembelih itu org Islam atau org Kristian atau org Yahudi..tlah myebut akan dia dgn terus terang oleh ulama’ Al-Syafie r.a., dan telah setuju atasnya sekalian ashab kita (as-shafi’iyah)
-maka jika mqasad ia serta yg demikian itu akan mbesarkan akan yg disembelih kerananya yg lain drpd Allah(seperti hantu dan tok nenek dan tok keramat) dan b'ibadat baginya nescaya adalah yg demikian itu kafir
-maka jika ada yg myembelih itu orang Islam dahulu drpd demikian itu nescaya jadilah ia dgn myembelih itu murtad wal’iyazubillah..
-haram kta mintak tolong dgn org yg xleh tolong..cntoh:-menyembuhkan pnyakit,mnghidupkan semula..
-"Dan sungguhnya tlah diberitahu kpd engkau hai Rasulullah, dan kpd sekalian Rasul yg dhlu drpd engkau, demi Allah jika myenkutukan engkau akan Allah pd ibadat-fardhu taqdir-nescaya batal segala amal ibadat engkau, dan nescaya adlh engkau drpd sekalian yg rugi di dunia akhirat-Surah Az-Zamru : 65
-"Diberitahu kepada aku bahawasanya segala tempat sembahyang itu tertentu ia bagi Allah Taala. Maka jangan kamu ibadatkan padanya akan seseorang serta Allah-Surah Al-Jin : 18
-'Apabila berkehendak engkau meminta akan sesuatu maka minta olehmu akan Allah s.w.t, dan apabila menghendaki engkau akan meminta tolong maka minta tolong olehmu akan Allah-Riwayat At-Tarmizi

soal jawab
1.ulamak mukta'akhirin mgatakan purdah itu wajib bg wanita mlihat pada zaman skrg..xnak pakai pun tp jaga la pndangan dari mndpt fitnah..
2.boleh sujud lama klau solat seorg diri,tp imam xboleh sebab boleh mnyusahkan makmum.
3.paling berkat adalah mas kahwin yg paling murah..dah zaman skrg ltak harga tinggi,bila tinggi tiada keikhlasan..sunnah Nabi xnak ikut..akhir zaman..

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan