Khamis, 1 September 2011

jadual kuliyah untuk bulan September..14hb 9 2011, Rabu, 9.30 malam, TV Alhijrah. Bicara.

assalamualaikum...ana mintak maaf sebab dah lama tak update blog..dah 3 bulan tak update sebab ana pergi kursus kat melaka..jadi ana tak dapat pergi la kuliah ustaz..alhamdulillah semalam dapat juga beraya dgn ustaz..tak sangka ustaz syed mohd norhisyam ada juga semalam..ana mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung rambut..tak lupa juga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..

Rabu, 25 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Bukit Kecil-25/5/11-Rabu-Kitab Kemusykilan Agama-22 J'Akhir

soalan-apakah yg perlu dilakukan ila org mati berada dihadapan kita?
j-sunat menutup mata si mayat dgn cara yg tidak menyakitkan dan tidak mengaibkan si mayat..sunat juga menutup mulut si mayat agar mulutnya tidak terbuka..kalau dah tertutup, sunat juga ikatkan dari dagu hingga ke atas kepala.
-kemudian tanggalkan segala perhiasan di tubuh seperti cincin..SEGALA PERHIASAN DI DUNIA HANYA UTK DUNIA KERANA MAYAT TELAH MENIGGALKAN DUNIA.
-ape yg boleh di cabut wajib kena cabut melainkan bila ia cabut, ia menyakitkan mayat dan menyebabkan mayat luka..haram jika kita cabut juga.
-sunat buang najis jika ada..dan sunat meletakkan mayat atas sedikit pada lantai.sunat letak tangan kanan atas pada tangan kiri seperti org tgh solat.tutup mayat guna kain yg nipis ttp tidak jarang agar wap dapat keluar.jarang guna kain yg jarang melainkan dibahagian muka sahaja.

ape yg wajib atas mayat adalah mandi,kafan,solat dan tanam.
kemudian baca talkin-baca talkin adlah perkara khilaf-2 mazhab mengatakan ia sunat,dan 2 mazhab mengatakan ia tidak sunat-mazhab syafie termasuk sunat talkin.
-bila benda tu berlaku khilaf,jangan balah..sama2 rai mazhab masing..baru comey..

s-apakah yg perlu dilakukan bila pesakit tgh nazak
-j-sunat baca quran utk meringakan beban si pesakit dgn izin Allah..memudahkan rohnya keluar dgn tenang..
-baca "lailahaillallah' di telinga pesakit agar si pesakit meniggal dlm keadaan husnul khatimah.

soal jawab
1.solat jamak nak tengok bola-boleh dgn syarat tak de niat nak lakukan maksiat..contoh nak g jumpa awek di bukit jalil bila tgok bola nanti..
2.minyak hitam di celah kuku(kerja pomen) lepas ambik wuduk-dimaafkan syarak,tengok sekali imbas tak nampak,tengok sekali lg,nampak..kalau ia sedikit di maafkan syarak. 
sama juga yg selalu main dgn ikan,sisik melekat..
3.Nabi nampak org diazab ketika israk mikraj padahal tak de org lagi yg kena seksa lg-tengok dalam tv pun ada iklan,tapi cerita tak main lagi..kalau manusia boleh buat iklan, ni kan pula allah yg Maha Kuasa.Allah buat supaya manusia ambil peringatan jgn buat dosa..
4.pasang mp3 ayat quran pada si pesakit ketika nazak-sebenarnya sunat org hidup yg baca quran..tapi kala semua tak leh baca quran,boleh pasang mp3.
5.dividen-tak sama dgn riba..ia tak haram melainkan ia drpd keuntungan yg haram.
6.mati lemas-mati syahid.
7.tok imam baca surah Al-alaq pada subuh pagi jumaat, lepas tu sujud sejadah rakaat pertama-mmg boleh..dlm surah Al-Alaq kan ada ayat sejadah..dalam quran ada 14 ayat sejadah.

wallahualam

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Ladang-24/5/11-Selasa-21 J'Akhir



*Kitab Jihazul Madihah (bab tanamkan jenazah)

-belajar bab jenazah-fardhu kifayah-anak beranak wajib urus kalau mak ayah meniggal..tapi kebanyakkannya org lain yg urus..sebab anak2 tak pandai.tak pandai sebab tak belajar.
-gali sekurang2nya bau tak keluar dan kemungkinan binatang tak akan gali.-kalau tanah keras dgt,tak leh gali..letak mayat atas tanah,kemudian timbus dgn tanah mayat tersebut.
-sunat kubur luas dan dalamnya 4 1/2 hasta..lebar biar telus mayat..
-TUA ATAU MUDA SEMUA AKAN MASUK BELAKE..70 TAHUN DOH UMUR,TAK MBOH G SURAU LAGI..PADAHAL NOK MASUK TANOH DOH..
-afdal sekali buat liang lahad-liang maknanya lubang-lahad tu gali macam bentuk huruf L..dan ekor L tu ke arah kiblat..letak mayat kat ekor huruf L tu..pastu kambus kat yg straight tu..(harap faham)..yg ke 2 afdal secara syak iaitu gali cam biasa,dan buat parit ditgh2.di parit tu letak mayat.
-dan makruh dan bidaah menggunakan keranda melainkan kerana uzur.contohnya kemungkinan tanah jatuh atau kalau tak pakai keranda haiwan akan gali.
-SAIZ TV KITA TAHU BERAPE INCI, TAPI SAIZ KERANDA DIRI SENDIRI KITA PUN TAK TAHU..
RUMAH WAT KITA DUDUK SEKRANG SEKEJAP JE KITA DUDUK,PASTU PINDAH, TAK PUN KITA MENIGGAL,ORG LAIN DUDUK,TAPI KUBUR,,KITA KEKAL DALAM TU..TAK DE PINDAH2 DAH..INGATLAH PADA KEMATIAN..
-suami yg afdal sambut jenazah isteri.org lelaki di utamakan sambut jenazah..kalau suami tak de,afdal adik beradik atau sedare mare.kalau tak ada juga afdal org yg soleh..
-sunat tukang kambus bilangannya ganjil,1,3, atau 5 org.
-sunat tutup mayat kalau tak ada keranda.dan sunat turunkan mayat dgn baca bismillah.
-sunat rusuk kanan mayat berada di bawah.kalau terbalik makruh..WAJIB MAYAT MENGADAP KIBLAT,KALAU TERBALIK WAJIB GALI BALIK..
-TIME HIDUP TAK AMAL ISLAM,MENENTANG ISLAM..TAPI BILA MATI,IKUT CARA ISLAM PULAK.BUAT TALKIN,TAHLIL,KAFAN,MANDI,TANAM..TAPI MASA HIDUP TAK IKUT ISLAM.

*KITAB BAHRUL MAHZI(BAB MEMANISKAN WAJAH)

-hadis mengenai "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya" (Al Hadith)
-hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu.
-ORG YG BUTA TETAPI HATINYA CELIK TIDAK SAMA DGN ORG YG CELIK TAPI HATINYA BUTA..
diakhirat kelak nanti org yg celik tapi hatinya buta mase didunia,Allah akan butakan mereka diakhirat..mereka nampak kuliyah agama,tapi buat2 tak nampak..
-sindir atau bergurau benda yg baik tak pe..tapi kalau menyentuh hati,buat org sakit hati haram..kalau tak pandai bercakap lebih baik diam saje.
-org yg manis bercakap dan baik percakapannya akan di beri nikmat yg besar di akhirat nanti..
-Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
-"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)


soal jawab
1.bisnes berbentuk piramid-haram..kerana org di bawah di zalimi..org di atas hanya relaz sahaje.
2.kerja di 7E-makruh..sebab ada sesetengah 7E ada menjual arak.
3.takbir semasa pindah ke rukuk-sunat
4.pejam mata ketika solat-pada asalnya makruh..tapi utk dapatkan khusyuk ia harus..kerana khusyuk itu lebih baik.
5.haid bukan darurat ketika akad nikah.org puan tak wajib pun akad nikah.org laki je wajib..dah yg gatal pergi naik masjid time haid tu ape cerite??-org hadas besar tak leh naik masjid,sekadar boleh lalu saje..
6.rasul dahri-6 negeri mengatakan ia sesat..bukunya haram baca..kata baca talkin haram,tapi bila tanya pasal menteri2 pergi konsert senyap pulak..
7.perempuan tanding baca quran-ikut ulamak berat kpd haram-sebab ia melunakkan suara..kerana suara perempuan ada fitnah.org perempuan pun haram azan..makruh iqamat.tapi kalau tanding baca quran dlm muslimat(tak ade org laki) saje tak ape..

wallahualam..

Selasa, 24 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pulau Ketam-23/5/11-Kitab Anak Kunci Syurga-20 J'Akhir



*sambungan bab syarat sah sembahyang

2-menutup aurat-aurat adalah kemaluan..benda yg aib bila di tengok..org perempuan aurat dalam solat lebih ringan sikit berbanding di luar solat-di dlm solat org perempuan boleh pakai ketat(seorg diri),hanya makruh..tapi di luar solat pakai ketat adalah haram..bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut.-atas pada lutut bermula aurat hingga ke pusat..-org lelaki pakai seluar tiga suku jgn marah,sebab dia dah dikira tutup aurat.
-lelaki pakai ketat makruh,tapi haram bila nampak bentuk alat sulit
-kalau solat nampak lurah punggung tak sah.
-aurat perempuan-seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan.bermula pergelangan tangan.Permukaan atas tapak tangan wanita tidak termasuk dalam aurat..
-ORANG LAKI SEDAP TENGOK ORG PUAN,TAPI BULEH SAKIT..

3-Harus mengetahui dengan yakin sudah berada dalam waktu solat yang hendak dikerjakan.YAKIN atau zon(berat kpd masuk waktu)-kalau syak iaitu 50-50 tak sah walaupun dah masuk waktu sebab solat bukan perkara yg boleh di buat main2.
-yakin tp tak masuk lg waktu tak sah juga-tapi dah solat-solat itu dikira solat sunat.kena solat balik-tok bilal mestilah pandai tengok takwin,yakin masuk waktu..

4-Suci dari hadas besar dan hadas kecil.-"anak kunci solat adalh bersuci"-org yg kena tangkap dan tinggal dlm penjara wajib solat walaupun tak de wuduk atau tidak bersuci..-kena qada balik berlaku khilaf-kalau kedaan tu biasa contoh tidak ada peperangan kena qada balik-kalau keadaan darurat contoh ketika perang tak perlu qada lg.
-dah tahu tak ada wuduk,tapi solat juga-haram..berdosa besar.

soal jawab

1.solat ketika azan berkumandang-solat sah..tapi disunatkan tunggu azan hbis dulu..
2.takbir lepas tahiyat awal-sunat..kalau selain dari tu kecuali takbir rakaat pertama adalah makruh.
3.curi barang org,nak ganti balik,tapi tuan dah meniggal-wajib ganti balik kpd waris..jgn bgtahu seorg waris,sekurang2nya tiga org..kata ganti barang yg di pinjam tak pe..kalau bgtahu ganti curi malu pulak.
4.syurga ada 8 pintu,neraka ada 7 pintu-Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.JAGA SOLAT SENANG,PUASA SENANG-TAPI TAAT PADA SUAMI TU SUSAH SIKIT.
5.aurat kartun-kalau kartun tu menyerupai wanita dan menaikkan nafsu haram..kalau kartun macam spangbob tu tak ape..

wallahualam..

Ahad, 22 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Gelong Bilal-22/5/11-Kitab Perisai Bagi sekalian Mukalaf-19 J'Akhir



*sambungan asma al-husna
-42-Al-Karim-yg memberi drpd ketiadaan permintaan atau yg melengkapi pemberianNya akan org yg taat dan org yg derhaka-beramal dgn al-karim jgn berputus asa dgn rahmat Allah..benda di dunia ni tiada nilai pun di sisi Allah-tp dgn pembrian Allah,walaupun sedikit ia sgt bernilai.

43-Al-Raqib-yg mengintai-gintai lg yg hadir lg yg memandang akan segala makhluk, dan ia lebih umum drpd Al-Muhaimin,krna Al-Muhaimin itu yg memandang atas segala yg melintas di dlm hati,dan Al-Raqib itu memandang atas yg zahir dan batil-tiada satu pun yg terlepas dari padanganNya.-malaikat menjadi spy bg Allah-TAPI KITA TETAP LAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN TAHU ALLAH SENTIASA MEMANDANG KITA..24 JAM KITA SENTIASA DIAWASI OLEH PENCATITNYA.MALAIKAT SENTIASA MENCATIT AMALAN KITA.
-amal-beribadat kpd Allah seolah kita di periksa oleh raja yg paling besar..
-DI LUAR SOLAT MUNGKIN KEBANYAKKAN KITA LALAI DARI ALLAH,OLEH ITU DALAM SOLAT SAJE KITA BERPERLUAN UTK INGAT ALLAH SEPENUHNYA..

44-Al-Mujib-yg memperkenankan akan doa mereka yg mendoa-doa bermakna hamba kpd Pencipta-minta benda yg baik-jgn mkn benda yg haram sebab doa tak kan diterima-jgn biadap dlm doa-Berdoalah kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan bagi kamu. (Surah Ghafir: 60)
-di dunia Allah tak perkenan kan semua doa2 hambanya..kalau Allah perkenankan jadi hancur dunia..yg tu nak..yang ni nak..kalau diakhirat nanti,minta lah ape saje,Allah perkenankan..sebab diakhirat tu luas..
beramal-berdoalah di mana saje kita berda.jgn bersangka buruk Allah tidak perkenankan doa..Allah sgt maha kaya..sentiasa berharap padaNya.
-kadang2 kita minta sembuh tapi ALlah bg sakit supaya kita ingat padaNya..dalil-TENGOK ORG LUMBA HARAM.MASA DIA BERLUMBA BELUM TENTU SEBUT NAMA ALLAH..TENGOK2 EKSIDEN,JATUH..YA ALLAH YA ALLAH..

45-Al-Wasiq-yg meliputi oleh ilmu akan segala yg diketahui yg ada dan yg tiada ada atau yg melengkapi oleh rahmatNya akan org yg mukmin dan org yg kafir dan org yg baik dan org yg jahat.-ilmu Allah sgt luas..seluas2 ilmu makhluk tapi ada hadNya..tidak tercapai dgn akal utk mengkaji atau mencari dgn akal..-lmu pengetahuan manusia umpama setitik air di lautan jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu Allah.

soal jawab
1.makan banyak di sesuatu majlis-kalau ikut adat tak ape.tapi kalau melampau terlalu banyak haram..kena mintak izin dengan tuan makanan dulu..
2.tidak disunatkan membaca bismillah ditengah2 surah.
3.tengok najis-makruh.
4.hari guru-setakat ni tiada lagi ulamak melarangnya.
5.tidak menegur tok imam tak baca qunut-makruh..
6.kejut subuh-kalau duduk dua org saje wajib ketika waktu subuh nak habis..
7.beli barang tipu atau barang curi-wajib kena hantar balik pada tuannya..tak sah jual beli..duit kita,tuan yg jual wajib ganti balik.
8.berkhitan-bagi perempuan kalau belum kahwin wajib.bagi dah berkahwin tak wajib..bagi lelaki smada belum kahwin atau dah berkahwin wajib kerana ia melibatkan taharah.
9.tengok cite hantu-HUKUMNYA HARAM JIKA MEMBUATKAN DIRI SENDIRI BERASA TAKUT YG AMAT SANGAT2..KALAU TAKUT BIASA,MAKRUH.(dah tahu cite tu hanya lakonan pun takut gak,berat nanang sungguh)..

wallahualam..

Sabtu, 21 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Titian Baru-21/5/11-Kitab 40 Hadis Akhir Zaman-18 J'Akhir



*sambungan huraian hadis pertama:TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Kedua:Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat2 ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
-taat pd perintah-perlu taat walaupun dia zalim pd diri sendri.kalu zalim pd Allah tak perlu taat..selagi dia taat pd Allah ,selagi tu kita perlu taat padanya.
-kita ditarbiyah melalui solat jemaah,imam sebgai pemipin..klau imam wat salah, makmun tegur.klau sngaja wat salah,jgn ikut.semua kan jd rosak.

Ketiga:
Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal-jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
-bukan berpegang dgn tgn,tapi berpegang dgn hati-walaupun kita tak buat,tapi kita sayang pd sunnah Nabi..sape benci masuk api neraka.
-bila bljara agama berhati2 dgn pandangan ulamak,sebab skrg byk ulamak yg menyatakan benda yg sesat..
-ulamak dunia hnya mementingkan duit saje..mereka tidak mnyatakan yg benar..hanya berdiam diri saje bila ada perkara mungkar..

Keempat:
Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkaraperkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bid'ah hasanah).
-byk perkara2 bidaah yg ada skrg..kalau nak bljar jgn baca buku dari mazhab wahabi..
-tanda akhir zaman,org yg menipu di julang, dan org yg benar di tindas.

soal jawab
1.dlm cd kuliyah bg salam-tak wajib jawab.
2.kate "kalau wat hudud kat Malaysia, jadi hancur"-jadi murtad.rosak akidah nya.
3.berubat dgn tok cha-boleh.dgn syarat dia tak melangar syarak dan tidak melakukan perkara haram.
4.anggota badan saje yg tinggal-kalau tuan anggota bada hidup lagi tanam saje..klaua tuan dah mati,wajib mandi anggota badan itu.
5.meratapi mayat adalah haram,menangis harus.
6.tuala wanita-sunat tanam.

wallahulam.

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Kijing-20/5/11-Kitab Sulam Mubtadi-17 J'Akhir



*bab kembali kepada Islam setelah murtad
-setelah melakukan perkara2 yg membatalkan akidah samada secara perbuatan,perkataan atau pun iktikad dlm hati maka hendaklah ia bersegera dgn mengucap 2 kalimah syahadah,meninggalkan perbuatan itu dan menyesal dgn perbuatan itu serta berzam tidak akan mengulanginya lagi.-kalau dgn perkataan kena tarik perkataan itu.
-dan wajib qada atas segala yg wajib atasnya.contoh kalau seminggu telah murtad,maka seminggu juga kena qada solat.sebab dlm murtad, solat tidak di kira.
-sekali je buat perkara yg membatalkan akidah,jadi kafir terus.sama seperti kentut dlm solat juga, sekali je kentut,batal terus solat.-dan batal segala puasanya dan solat dan segala ibadatnya seperti tayamun
-dan nikahnya jika belum lg di jimak dan demikian yg sudah dijimak jika tidak bertaubat di dlm edahnya.-maksudnya dah berkahwin,tapi belum jimak,sebelum jimak tu dia telah melakukan perkara yg membatalkan akidah,maka kahwin tu batal-edah dikira 3 kali suci,bermula edah itu bila start murtad-kalau bertaubat sebelum habis edah tak perlu akad nikah balik,kalau edah dah habis,tapi tak bertaubat juga, kena akad nikah balik..
-dan tiada sah nikahnya dan haram makan sembelihannya
-dan tiada disembahyangkan atasnya dan tiada dimandikan dan tiada dikafankan dan tiada di tanamkan dan segala harta jadi milik baitulmal.nauzubillah.
-keempat-empat mazhab mengatakan kalau tak nak taubat maka hukum bunuh-kalau mazhab hanbali tak leh tanam di kubur Islam.
-bukan setakat hina Nabi jadi kafir, hina segala yg berkaitan Nabi pun jadi kafir..contoh kata selipar Nabi tak cantik.jadi kafir.
-golongan2 yg sudah terang2an kafir contoh set solat niat saje,ulamak kata senarai nama mereka,letak kat masjid,tak payah solat,kafan,mandi..biar org lain insaf,sedar..
-ape yg wajib atas kita,kita wajib buat samada ada ia suruhan Allah atau dtg dari Nabi Muhammad s.a.w.-kalau fardu kifayah wajib seorg saje yg buat..
-kalau ada kuasa guna kuasa.

-kalau ada kuasa tapi kita tak larang,kita akan ditanya di akhirat kelak.kalau dah larang,tapi masih buat, kita sudah terlepas dari di tanya.
-KALAU TAK PANDAI AJAR ISTERI BAB FARDU AIN,BOLEH GUNA CD,SURUH ISTERI DENGAR.SEBAB SUAMI WAJIB AJAR ISTERI BAB FARDU AIN.KALAU TAK PANDAI NAK AJAR,TAK LEH NAK BELI CD,WAJIB AJAK ISTERI PERGI DENGAR KULIYAH.

soal jawab

1.hukum meraikan perayaan agama lain-kait dgn budaya tak haram-tapi kalau kait dgn agama haram..
2.sunat isyrak-berlaku khilaf..ada ulamak kata tiada solat ini,setengah ulamak kata ada..kalau ada waktu nya selepas naik sedikit matahari..40 minit sebelum dhuha..ulamak kata tak ada sebab isyrak itu dikira waktu dhuha..
3.darah nyamuk ketika solat-sedikit ia dimaafkan syarak..
4.bersanding-jangan guna sireh sebab ia perbuatan dari org hindu bali..jangan tabaruj..jangan dedah aurat..jangan ada enjis beras..
5.waktu zohor semasa solat jumaat bagi perempuan-selepas org azan,org permpuan boleh teruskan solat zohor,tak perlu tunggu habis org solat jumaat..
6.tayamun-sekali tepuk sahaja..dan sekadar isyarat saje..tidak perlu meratakan debu atas anggota badan.hanya sapu saje.sunat tepuk dulu debu..
7.cabutan bertuah-kalau tek perlu bayar ape2-halal.kalau ada bayar,dan dikira bernasib baik itu dikira judi.
8.tak dibenarkan keluar masa peperiksaan sehingga habis waktu solat-wajib solat juga..caranya solat didlm dewan peperiksaan..kalau tak leh,solat atas kerusi..

wallahualam..

Kuliyah Ustaz azhar Idrus-Masjid Batu 6-Khamis-19/5/2011-Kitab Hadis 40-17 J'Akhir



*bab mati
-5 episod yg kita akan lalui-1.alam arwah.2.alam rahim.3.alam dunia.4.alam barzakh.5alam akhirat.-Yaumul-Hisab (Hari Perhitungan) -Yaumul-Jaza’ (Hari Pembalasan) -Yaumul-Fasl (Hari Keputusan) -Yamud-Din (Hari Pembalasan) -Al-Waqiah (Peristiwa ya...ng mesti berlaku) -Al-Hasyr (Perhimpunan) -As-Sa’ah (Masa yang ditetapkan) -Al-Wa’id (Ancaman) -Al-Haaqah (Peristiwa yang sebenar) -Al-Waqiah (Hari yang menggemparkan) -Al-Zalzalah (Kegoncangan
-kehidupan di alam barzakh lebih lama dari kehidupan alam dunia..tapi yg paling lama adalah kehidupan di akhirat yg kekal abadi.
-Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya. Al-Anbiyaa':104
-bukan dunia yg hancur,tetapi seluruh alam ini akan hancur..kemudian Allah jadikan balik satu persatu..-org yg beriman tidak akan sempat merasai saat2 kehancuran itu..hanya org kafir dan munafik saje yg kena..org beriman lebih awal dimatikan dahulu-org beriman terkena asap yg ditiup oleh malaikat...bila terhidu asap itu, org beriman akan mati..org kafir tak.
-org beriman juga tidak akan kena saat langit runtuh..org yg menentang Islam juga termasuk dgn org kafir..nauzubillah..
-Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,(yasin:51-52)
-jarak antara sangkakala pertama dgn kedua adalah 40 tahun..Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula).
-org dlm kubur boleh nampak dan dengar ape yg kita lakukan,tetapi kita tak nampak ape yg mereka buat dlm tu..samada diazab atau mendapat nikmat kubur..
-“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.(al-mukminun :100-101)
-Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia pertama yg dibangkitkan..kemudian dibeikan pakaian dari syurga..org lani semua telanjang bulat,kecuali 5 golongan..1.para nabi.2.para rasul.3.para syuhada.4.para wali.5.org yg memberi pakaian kepada org yg susah,atau fakir miskin.
-walaupun dlm keadaan telanjang bulat, mereka tidak sudak pedulikan lagi...amsing2 menyelamatkan diri..sibuk dgn urusan masing2..
-ANAK YG DPT BAGI HARTA KAT MAK AYAH,TAPI TAK SOLEH TU BUKAN ANAK YG BETUAH..ANAK YG BETUAH IALAH ANAK YG SOLEH..

SOAL JAWAB
1.lepas baca quran satu ayat baca tafsir,baca 1 ayat baca tafsir-boleh..
2.org fasik-org yg lakukan dosa besar sekali.lakukan dosa kecil banyak kali..
3.asal tajwid-mmg daripada nabi Muhammad cuma tidak di susun..kemudian ulamak2 menyusunnya.
4.memancing ketika isteri nak lahirkan anak-boleh memancing..tapi jgn zalim pd ikan..takut2 allah balas pada anak..isteri tak beranak pun jgn buat zalim pd haiwan..
5.org perempuan pergi masjid-yg muda tidak digalakkan..org tua harus..yg dlm edah kematian suami,boleh tapi masjid mestilah bersebelahan dgn rumah..tidak jauh..
6.kahwin dgn sepupu-boleh,sah..cuma tak afdal..kurang kelebihan.yg ada org kata dpt penyakit tu tak betul.mengarut sahaja..
7.BERTUNANG SECARA ISLAM-BILA ORG LELAKI MENYATAKAN HASRAT SECARA BERLAFAZ ATAU BERTULIS PADA SI GADIS UTK JADIKAN ISTERI,ITU DIKIRA TUNANG..WALAUPUN TIADA CINCIN,TIADA MAK AYAH..BILA SI GADIS TU KATA SETUJU ATAU PERKATAAN SEUMPAMANYA,DIA DAH DIKIRA TUNANG ORG..

wallahualam

Rabu, 18 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Taman Rakyat, Dungun-18/5/2011-16 J'Akhir



*kitab Majmul Salasah Risail(bab zikir dgn betul)
-Dan berzikirlah kepada Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al-Jumu’ah 62:10)
-zikir adalah salah satu cara merapatkan hati kita pd Allah.-"Perumpamaan org yg bzikir kpd Allah dgn org yg tidak berzikir kpd Allah adalah seperti pbandingan antara org hidup dgn org mati."
-zikir yg paling terbaik adalah mulut menyebut,hati berkata-kata(ingat pada Allah)..-hati yg berzikir tapi mulut tidak berkata2 lebih baik dari mulut berkata2 tapi hati tidak berzikir..
-zikir yg terbaik adalah ape yg Nabi Muhammad s.a.w amalkan..diantaranya selepas solat beristighfar 3kali-memohon ampun dari Allah lebih utama dari segalany..contoh kita berdoa nak masuk syurga tapi kita tak mintak ampun..lebih baik kita mintak ampun,dgn izin Allah mengampunkan dosa,kita boleh masuk syurga..
-kemudian berselawat pada Rasulullah s.a.w..sape yg lebih byk ebut,dia lebih byk dpt pahala.
-Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, bahwa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersanda, "Zikir yang terbaik adalah "Laa ilaaha illallaah" dan doa yang terbaik adalah "Alhamdulillah" .
-Drpd Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorg hamba Allah mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallaah" dengan ikhlas melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu sampai ke Arsy Illahi, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar."(Riwayat Tirmizi)
-SEBUT BIAR BETUL..JADIKAN BETUL ITU NO 1 DAN SEDAP ITU NO 2..tapi ramai yg jadikan sedap itu no 1,betul no 2.-sia2 je sebut sedap byk2 tapi salah..
-"Sesungguhnya dunia ini kotor dan penuh bangkai, lihatlah, sungguh menjijikkan dan akhirnya rosak binasa dan lenyap sama sekali. Akan tetapi, ia bercampur dengan wangian yang dibalut dengan kemewahan. Maka orang-orang yang lalai dan bodoh akan tertipu dengan keadaan lahirnya. Tetapi, orang yang sedar dan mengetahui keadaan yang sebenar akan membenci dunia"
-Sabda Rasulullah SAW "Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai."
-tidak salah untuk mencari dunia, namun jangan dilupakan akhirat kerana hidup didunia ini terlalu singkat lalu hidup diakhirat itulah yang akan kekal abadi. Neraka atau Syurga? Bergantung kepada rahmat kasih-sayangNya. Telah digariskan ciri-ciri manusia yang akan menghuni Syurga dan Neraka, maka buatlah pilihan yang paling tepat sementara nyawa belum dimintaNya.
-”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah.Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.Maka bersabda Rasulullah SAW :
”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.”Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:"Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”Sesudah itu baginda menyuruh
supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah!
Mengapa kamu lakukan seperti itu?”Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”(Bukhari)

*kitab penawar bagi hati(bab kemaluan)
-demikian lagi dijadikan Allah bg engkau kemaluan kerana kegunaan dunia iaitu bersedap2 dgn jimak dan bersuka2 dgn sekalian anak yg dapat dgn jimak itu..
-Nabi mensyariatkan kita utk berkahwin kalau mampu..sebab Nabi nak umatnya paling ramai -kahwin dgn niat nak tambhakan zuriat.-jgn gunakan kemaluan ke arah g haram..sebab setiap nikmat yg allah bg akan ditanya di akhirat kelak.
-Cucu Nabi Muhammad s.a.w. bermain -main ketika nabi solat. Sehingga sekali sujud lama sekali kerana cucunya bertenggek atas tengkuk.jgn marah pd kanak2..dia budak lagi kan..bukan selalu pun dia kacau ketika solat..

soal jawab

1.hias masjid-kalau berlebih2an adalah makruh..nak hias tak salah,tapi jgn berlebih2.
2.bercakap dlm masjid-1.harus-bila perlahan dan tidak byk.2.makruh-cakap kuat tapi tak mengganggu org lain.cakap perkara dunia.3.haram-mengganggu org lain tgh buat ibadat.
3.bini ramai tapi tido sebilik-harus..yg haram adlah berjimak dlm 1 bilik.
4.sedekah fatihah pd yg telah mati-harus.
5.zikir dlm tandas-boleh.dgn syarat dlm hati sahaja.tidak boleh dgn berlafaz.
6.onani-haram..yg harus tu bila mmg darurat,mmg betul2 akan berlaku perzinaan..contoh:-duduk 2 org je 1 bilik..tak de pilihan lain dah,antara zina atau onani.kalau tak berlaku perzinaan,tetap haram.contoh duduk sorg2..

wallahualam..

Selasa, 17 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pengadang Baru-17/5/2011-Kitab Hidayatul Sibyan-14 J'Akhir



*sambungan bab perkara yg membatalkan solat

14.terbuka aurat-dlm solat,aurat wajib tutup sekalipun tiada org yg melihat.luar dari solat,wajib tutup drpd org yg haram melihat.-terbuka aurat ketika solat adalah batal(conyoh kain terkoyat di punggung),tapi org yg dari awal lagi terbuka aurat solatnya tak batal..sebab solat dia dah tak sah.bila dah tak sah,tak batal..FAHAM MOLEK..
-kalau di buka oleh angin dan kita tutup dgn segera tak batal.dgn syarat tidak melakukan pergerakkan yg tidak membatalkan,jgn berulang2 hingga merosakkan rupa solat.
-kalau anak kecik angkat kain ayahnya tak batal,dgn sayarat tutup dgn segera,kain terjatuh-dimaafkan.
15.ape yg membatalkan puasa,ia juga membatalkan solat.mkn time puasa,batal.makan time solat,batal juga.
16.melebihkan rukun perbuatan dgn sengaja.bila teringat wajib bangun segera,kalau tak-batal.
17.berdehem dgn sengaja.ulamak kata hanya tempat bacaan yg wajib saje boleh berdehem untuk membetulkan bacaan.(contoh fatihah-kena berdehem dulu baru fatihah lancar)..-bagi mazhab syafie tak ape di mana2 bacaan.
-tertawa dgn sengaja mengeluarkan suara(senyum tak batal)-menangis dgn mengeluarkan suara
18.memanjangkan rukun pendek dgn sengaja-rukun pendek adalah iktidal dan duduk antara 2 sujud.
19.makmun laju dari tok iman-terkemudian makmun imamnya atau terdahulunya drpdnya dgn dua rukun feqli keduanya dgn ketiadaan uzur.Rasulullah saw: "Tidakkah takut orang yang mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan merubah kepalanya menjadi kepala keldai, atau Allah merubah wajahnya menjadi wajah keldai?".
20.iktikad akan yg fardu itu dgn sunat.
21.murtad(nauzubillah).


soal jawab

1.hukum bersiul-kalau saje2 ia makruh..dan jadi haram bila menganggu org lain tgh buat kebajikkan..
2.golongan dosanya tidak dikira-Rasulullah saw yang bermaksud: Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad dan ashabus Sunan dan Hakim).
3.cara sujud syukur-sujud bila dapat nikmat besar,terlepasa dari bala besar.kalau dpt nikmat kecil,sujud syukur adalah bidaah.-caranya sama dgn solat,ada wuduk,mengadap kiblat,tutup aurat.1. Berniat.2. Takbiratul Ihram.3. Sujud satu kali sahaja.
4.duduk selepas sujud 5.mmberi salam.bacaan msa sujud boleh blake.tiada hadis utk bacaannya..
5.cara elak sihir-paling mudah,sebelum tidur baca ayat 3 qul,tiup dimulut dan sapu seluruh badan.
6.merajuk-kalau sekali ekala itu fitrah.tapi kalau selalu ia di cla oleh syarak sebab ia adalah sifat mazmumah.
7.3 Tanda Orang Munafik-Rasulullah s.a.w. bersabda"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

wallahualam

Ahad, 15 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Gelong Bilal-15/5/2011-Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukalaf-12 J'Akhir



*sambungan asma al-husna

-Al-Hasib-yg mencukupkan akan mereka yg tawakal atasnya atau yg menghisab akan sekalian hambanya pd hari kiamat didlm masa stgh hari drpd hari dunia.
-tawakal-usaha dan berserah pd Allah..org kafir dia usaha saje,tak berserah pd Allah..kena ada dua2..tak leh berserah saje..
-kalau serah pada dua2 sekali tak leh juga..contoh pd doktor dan Allah..kena satu saje,iaitu Allah..doktor hanya berikhtiar saje..
-juga dgn makna Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan kehidupan seseorg sepanjang hayat.-org yg buat kebaikkan dibalas dgn nikmat,dan org yg buat keburukkan ia dibalas dgn azab..
-Allah hntr kita di dunia utk suruh beramal padanya..bosan beramal Allah bg kita bermain,tapi jgn sampai lupa beramal padaNya..tapi ramai yg bermain sampai tak ingat pd Allah..
-dgn amalan yg banyak belum tentu kita dpt masuk syurga.sebab masuk syurga bukan sebab amal,tapi sebab klasih syg Allah atau rahmat Allah..
-ASAL BELAJR KAT PONDOK, RAMAI YG BIMBANG TAKUT TAK DAPAT KERJA..kalau hantar anak2 belajar sekolah agama takut nanti anak2 tak de masa depan.. hidup susah kalau tak de sijil atau ijazah tak dapat kerja..Allahu Rabbi.. sijil plak yang dipentingkan..Allah dah janji sesiapa yang belajar ilmu agama Allah MENANGGUNG REZEKINYA..nak ragu apa lagi tu dah janji Allah..kena yakin hanya Allah saje yg memberi kesenangan,,bukan phD,duit,harta..
-Dalam suatu pertemuan bersama Rasulullah SAW, seorang sahabat datang dan melewati beliau sambil mengucapkan, “Assalamu ‘alaikum”. Rasulullah SAW lalu bersabda, “Orang ini mendapat 10 pahala kebaikan,” ujar beliau.Tak lama kemudian datang lagi sahabat lain. Ia pun mengucapkan, “Assalamu‘alaikum Warahmatullah.” Kata Rasulullah SAW, “Orang ini mendapat 20 pahala kebaikan.” Kemudian lewat lagi seorang sahabat lain sambil mengucapkan, “Assalamu ‘alaikum warahmatullah wa baraokatuh.” Rasulullah pun bersabda, “Ia mendapat 30 pahala kebaikan.” [HR. Ibnu Hibban dari Abi Hurairah].
-DI AKHIRAT NANTI,SEGALA PERBUATAN KITA SEMASA DI DUNIA AKAN DITAYANG SEMULA OLEH ALLAH DIHADAPAN KHALAYAK RAMAI.TIADA SATU PUN TERLEPAS..YA ALLAH, MALU DISAAT ITU, HANYA TUAN EMPUNYA SENDIRI YG TAHU..KITA BUAT SEORG DIRI,ALLAH TUNJUK BALIK..ORG LAIN SEMUA PAKAT ETNGOK APE YG KITA LAKUKAN..HANYA DGN TAUBAT SAJE DPT MENUTUP BALIK KEBURUK2KAN KITA.ALLAH AKAN TIDAK AKAN MENAYANGNYE..
-kebahagian bukan terletak pd harta.dalilnya tengok org kaya ramai yg tak hidup bahagia, tapi org miskin hidup bahagia bersama ahli keluarga.
-SEMUA DAH TAHU KITA AKAN DIHITUNG KELAK DI PDG MASYAR..OLEH ITU SAMA2LAH KITA ELAK BUAT DOSA DGN SENGAJA..HISABLAH DIRI KAMU SEBELUM KAMU DIHISAP..
-AL-JALIL :Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa .yg bersifat dgn segala sifat kebesaran,berkata al imam al razi-bermula perbezaan antara al jalil dan al kabir dan al-azim bahawasanya al kabir nama bg yg sempurna pd zat,dan al jalil nama bg sempurna pd segala sifat dan al-azim nama bg yg sempurna pd kedua2nya..

soal jawab

1.pangilan haji-bukan bidaah dalalah..tak salah nak panggil haji..tapi yg pergi haji tapi niat nak suruh panggil haji tu tak boleh..
2.cara nak lawan nafsu-nafsu adalah kerja syaitan.dia yg tukang hasut.nafsu tu diri kita.ia hadir dlm hati..hati yg tak ada zikrullah mudah digoda oleh syaitan.hakikatnya benda yg kita nampak kita takut,benda yg kita tak nampak kita tak takut,iaitu nafsu..
3.kawal sifat marah.-marah ada dua jenis-Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki hamun, mencela, memukul dll.
Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah. -kalau marah time berdiri,kita duduk, bila marah lagi,duk baring,bila marah lg ambil wuduk sebab marah itu dtg dari syaitan,syaitan dari api,api dipadam dgn air(wuduk)..
4.pertandingan yg ada yuran,dan yuran itu dijadikan hadiah-bayar yuran pertandingan..jka wang kutipan tersebut bukan untuk membeli hadiah yang akan menjadi rebutan peserta2 maka hukumnya adalah harus dan jika sebaliknya iaitu wang yuran dijadikan sebagai hadiah untuk direbut oleh peserta2 yang menang maka hukumnya adalah judi yang haram disisi syarak..
5.pergi kuala lumpur 4 hari-masa perjalan bolej jamak,bila smpai disana baru tak leh jamak.
6.tok bilal sebut "jgn kamu bercakap ktika kahtib berkhtubah,sesungguhnya ia mensia2kan pahala jumaat kamu"-salah..yg betul.pahala jumaat kamu berkurangan..kalau sia2, habis la amalan2 lain buat hari jumaat..
7.beli buah2an dgn org kafir-harus..tapi sebaik2nya beli dgn org Islam.yg tak leh beli dgn org kafir bahan yg bergoreng,Nabi pesan kemungkinan ia bernajis.
8.selepas solat org sebelah kata rakaat tak cukup-kalau yakin tak cukup, wajib kena tambah..kalau yakin dah cukup tak wajib tambah.
9.korek hidung dan telinga di bulan puasa-tak batal melainkan korek sampai ke gegendang telinga,sampai ke tulang hidung,atau smpai ke dlm otak..

wallahualam...

Sabtu, 14 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Blkg Stadium-14/5/2011-Kitab Penawar Bg Hati-10 J'Akhir



*sambungan bab khauf iaitu takut pd Allah
-dan adapun apabla hampir hampir ia akan mati maka bermula hari dan baik sangka dgn Allah lebih utama baginya.-sabda Rasulullah s.a.w "jgn mati seorg akan kamu pd satu kelakuan drpd segala kelakuan melainkan pd kelakuan membaikkan ia akan segala dgn Allah taala."-dgn bhwa hari ia akan rahmat dan maaf Allah..-kerana pd ketika hampir mati itu tiada ada faedah bg takutnya.
-mksudnya semasa nazak atau ajal hampir tiba jgn kita buruk sangka Allah tak ampun dosa kita..bersangka baiklah pd Allah..sebab time tu tak ada faedah dah bg kita..mudah2an Allah mengampun segala dosa2 org yg beriman.
-walaupun sahabat dpt dah dpt tiket ke syurga tapi mereka tetap beribadah pd Allah..walaupun Allah bersifat pengampun, tapi kita jgn rase kita selamat lagi..
-cita2 tak sama dgn angan2.-berharap pd allah dgn usaha..laksanakan segala perintah yg allah suruh, dan mengharap ampun dariNya sebab kita tak terlepas dari dosa.
-bekalan utk akhirat adalah pahala..bekalan di dunia adalah duit..TAPI KITA SKRG, YG NAK BAWA KE SANA KITA TAK CARI, YANG KITA TINGGAL KITA CARI SUNGGUH2.
-ORANG YG TIADA AMALAN DLM KUBUR IBARAT MEREKA TERKAPAI2 DI TGH LAUTAN TANPA PELAMPUNG..BEGITU LAH NASIB MEREKA YG TIADA AMALAN DI DLM KUBUR..MEMINTA2 PERTOLONGAN DARI AHLI KELUARGA.
-semua org bercita2 nak masuk syurga, tapi hanya pandai sebut di mulut sahaja tiadak dgn amal perbuatan..
-nak pergi surau, tapi takut nak tinggal isteri kat rumah..tgok nabi Ibrahim tu, sanggup tinggal isterinya bertahun2,bukan ada rumah pun, tapi tinggal di tgh2 pdg pasir.-kita, dah ada rumah, ada perlindungan, tapi takut lagi..
-dlm kita fekah kata, ory tak berdosa sebab tak pergi surau adalah sebab ada binatang buas,hujan yg sgt lebat(tak ada payung atau perlindungan),sakit,dan org tolong org yg sakit.
-TENGOK KAT STADIUM,BERIBU2 ORG BOLEH HADIR,TU PUN KENA TIKET..TRY TENGOK KAT MASJID, PADAHAL FREE, TAPI SIKIT SHAJA ORG..KATA NAK MASUK SYURGA..BEKALAN TAK  CARI..
-tengok kat mydin time magrib,penuh..tak cukup parking..dlm kubur kekgi, malaikat tanya ape kiblat kamu, mydin kiblat ku..-org yg tak de bekalan dlm kubur, balik awal.
--7 anggota yg biasa buat dosa..yg paling banyak sekali adalah lidah..nak buat dosa dgn sebab mencuri bukan senang, tapi nak buat dosa dgn lidah, dlm surau pun boleh..

soal jawab
1.suke pada Red Devil-hukumnya haram..kalau suka pd permainan tak pe..suka red devil sampai tampal lambang dlm bilik.
2.main daun terup walaupun tak judi-haram.sebab ia adalah alat utk berjudi..benda yg dilaknat..
3.tak mampu bayar fidyah sebab miskin-tak ape.
4.kenape org perempuan tidak boleh jadi imam-sebab mereka lemah..asal dari kaum lelaki..tapi mereka ada kelbihan..suami takut pd isteri..dalil ramai yg takut kahwin lagi..org perempuan kudrat nye kurang..

wallahualam...

Jumaat, 13 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Ladang-13/5/11-Kitab Fatwa Mufti Johor-9 J'Akhir



1.boleh atau tidak saya mengqadakan solat org tua saya, sekiranya boleh bgaimanakah caranya??
-menurut mazhab syafie bhwa solat yg ditinggalakan oleh seseorg itu tidak boleh diqadakan oleh org lain dan tidak boleh dibayar fidyah.-sebab tak ada nas.kalau puasa dan haji ia boleh..-tiada cara lain melainkan bykkan sedekah utk ibu bapa sbg alternatif.niat sedekah pahala utk ibu bapa.iainya boleh.-fidyah utk yg tinggal solat pun tak boleh.

2.buat majlis talkin tapi ada yg datang  itu org yg tinggal solat..
-doanya tidak terima sebab dia tak solat..solat itu tiang agama..kalau tak ada atap tak ape,tapi kalau rumah tak ada tiang mane boleh nak dirikan.begitulah perumpamaannya..org yg tinggal solat Allah akan membalasnya dengan 15 seksa, 6 seksa di dunia, 3 diseksa diterima ketika hendak mati, 3 seksa berlaku di dalam kubur dan 3 seksa diterima semasa hari kiamat.
1.Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.
2.Allah subhanahu wata’ala taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.
3.Segala apa kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah subhanahu wata’ala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.
4.Tidak makbul oleh Allah subhanahu wata’ala akan doanya., Doa ditolak.
5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.
6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.


-tapi masyarakat melayu skrg tidak pedulikan hal solat..samada solat atau tak, tetap panggil majlis talkin.-org yg tak solat pun buat menantu..siap buat majlis sambut menantu, renjis air mawar-ORG YG TAK SOLAT PATOT RENJIS DGN AIR KENCING SEBAB DIA MUSUH ALLAH,DIA MUSUH NABI..SIAP RENJIS BERAS KUNYIT,MOLEK RENJIS MERCUN BOLA..
-ulamak kata mayat org yg tak solat tanam jauh2 diperkuburan islam.biar org lain sedar-kalau org yg kata solat tu tak wajib,solat pakai niat,haram tanam kubur Islam.

3.hukum bersebutuh dgn isteri pertama,kemudian isteri kedua(tempat berasingan) ttp tak mandi wajib..
-tak mengapa berbuat demikian,..kerana bersebutuh tak disyaratkan mandi wajib utk kali kedua..sunat sahaja mandi wajib..

4.hukum makan burung merbah kerana ia makan kelkatu..
-dihalalkan kerana kelkaltu bukan sumber makanan utama.ayam pun makan juga kelkatu..yang haram dimakan ialah burung yg koyak makanan menggunakan kaki contoh helang,hering..lagi,haiwan yg jenis makan dgn cara menyambar..contoh layang2...sarang burung layang2 boleh makan.

5.hukum makan landak dan tergiling.
-landak halal dimakan.tetapi bg tenggiling ianya tidak ada nas mengatakan haram...benda yg halal tetap halal.benda yg haram tetap haram.ape yg tidak disebut,ianya dimaafkan.
nak makan tak ape.tak slah.

wallahualam..terima kasih ustaz curahkan ilmu pd kami..tanpa ustaz siapalah kami..

Isnin, 9 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Simpang 4 Chendering-9/5/11-Kitab Munyatul Musolli-5 J'Akhir



*bab sujud sahwi
-ulamak kata dlm solat ada beratus2 perkara sunat kecil..sebab tu ulamak kata, sape byk solat, byk dpt pahala, Allah byr banyak..
-sebab sunat sujud sahwi:-
1. sebab meninggalkan salah satu sunat aba’d yg lapan sama ada ditinggalkan dgn sngaja atau lupa.contoh:-   
* meninggalkan tahyat awal- meninggalkan qunut subuh atau qunut witir nisfu yang kedua bulan ramadan(enam be- mninggal mbaca selawat ke atas Nabi di dalam qunut- meninggalkan duduk pd tahyat awal, dan selawat -meninggalkan berdiri pada qunut, dan selawat.- meninggal bselawat ke atas keluarga Nabi di dalam tahyat akhir.
- meninggalkan duduk pd selawat ke atas keluarga Nabi

2. Sebab melakukan perbuatan yang tidak membatalkan sembahyang dengan lupa tapi batal jika dilakukan dengan sengaja.Seperti:-bkata2 yg sedikit dgn lupa.-makan yg sedikit dgn lupa.- mnambah rukun fe’li (perbuatan) dgn lupa, seperti rukuk dan sujud.-mmanjangkan rukun yg pendek dgn lupa, seperti i’tidal dan duduk antara dua sujud.-mnambahi rakaat dgn lupa.
-sujud kena lama dari duduk antara 2 sujud.tak batal pun kalau duduk antara 2 sujud lebih lama dari sujud.sebab ada hadis nabi gtau Nabi tek pernah duduk lama dari sujud.


3.Sebab mbaca rukun qauli (bacaan), atau sunat qauli pada lain drpd tempatnya sama ada dilakukan dgn sengaja atau dengan terlupa. Seperti mbaca Fatihah dan surah semasa ruku’ dan sebagainya.

4. sebab syak ada meninggalkan satu sunat aba’d yg lapan yg telah terdahulu sebutnya.
Org yg syak pd bilangan rakaat hendaklah dia mgambil yg yakin iaitu yg sedikit seperti adakah dia telah mengerjakan sembahyang tiga rakaat atau empat maka dia wajib menambah serakaat lagi, kerana tiga yakin sudah dilakukan sedangkan empat disyaki, setelah menambah serakaat sunat pula dia sujud sahwi.-Org yg syak ada meningalkan ruku’ atau sujud, wajib dia melakukan ruku’ atau sujud itu dan sunat dia sujud sahwi.

-sengaja tmbah rakaat-batal..tapi kalau tak sengaja, masa teringat,terus turun.
-tertinggal tahiyat,tiba2 terus bangun,kalau bangun itu tak sampai separuh,sunat turun balik.kalau sudah berdiri betul,tak boleh turun kembali melainkan makmun.

soal jawab

1.bhagian sujud-ada 7 anggota semuanya.2 tapak tgn,2 tapak kaki,2 lutut,dan dahi..dlm 7 ini,hanya dahi saje kalau berlapik,solat tak sah..kalau dan kena sikit,dah sah.contoh solat ada rambut kat dpn(lelaki)-bila ada bhagian dahi sujud walaupun kena sikit-dah sah.
2.inaikan rambut-sunat bila beruban..tapi stgh ulamak kata haram warnakan uban warna hitam.
3.main catur-mazhab syafie mengatakan makruh..mazhab lain haram sebab ia permainan org paderi.
4.bersalam-salaman selepas solat-harus..kerana ada hadis mengatakan bila seseorg bertemu dan bersalaman,maka gugur la dosa2 kedua2 nya..
5.darah dalam daging-darah yg ada di dlm daging utk dibuat masakan dimaafkan oleh syarak.
6.talkin meggunakan bin mak-hadis daif, boleh beramal.

wallahualam...

Ahad, 8 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Gelong Bilal-8/5/11-Kitab Perisai Bg Sekalian Mukalaf-4 J'Akhir

*sambungan bab asma al-husna
Al-Hafiz - Maha Pelindung-yg memelihara akan sgala alam yg diatas dan di bwh di dlm dunia dan di negeri akhirat.-tiada satu pun terlepas dari jagaan Allah walaupun sebesar zarah..ianya semua dlm pengetahuan Allah.-kalau kita tak sempat nak jaga walaupun diri sendiri pun kita tak mampu jaga...
-Allah tiada lupa sekalai2..semuanya Allah ingat..tak de benda yg dpt menyamai Allah-bila kita tengok kebesaran atau ciptaan Allah dan mengakui kebesaranNya,dpt pahala.
-ape yg diajar Nabi-apabila kamu hendak meletakkan badan diatas katil(tidur), maka bacalah ayat Kursi, maka Allah akan menjagamu dlm tidur..

-Al-Muqit-Maha Pemberi Keperluan-yg menjadikan akan segala yg mengenyangkan badan dan roh pada di dunia dan pada akhirat seperti segala makanan dan segala pengetahuan..
-dlm al-quran hanya sekali saje al-muqit di sebut dlm surah An-Nisa'-kata ulamak ia berkai dgn rezeki-mewajibkan kita bersyukur pd nikmat Allah, bukan setakat mengucapkan alhamdulillah, tapi syukur dgn makna taat pd perintah Allah dan meniggalkan laranganNya..-maknanya lagi-sedar yg Allah memberikan kita kenyang dgn makan dan minum.
-maknanye lagi-makan yg halal-Nabi berkata pd saat-"halalkan lah makan dan minum kamu,maka doa kamu akan diterima"..
-walupun kita tak makan benda haram,kadang2 kita terbabas juga..sebab tu hati kita gelap..contoh:-ulamak kata haram sambut hari ibu, tapi kita kata tak pe..hati kita susah utk terima benda yg benda..di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja..ulamak kata poco2 haram, tapi kita kata xpe..
-beramal dgn Al-Muqit dgn cara jgn kita syg pd harta kita utk beri pd org lain..jgn kedekut utk sedekah..-jarang org yg selalu sedekah,akhirnya dia muflis,bangkrap..yg selalu dgn org2 kaya yg bangkrap.
-beramal lg dgn bukan yg manusia yg beri rezeki, walaupun hakikat manusia yg beri pd pandangan, tapi semuanya atas izin Allah..kalau Allah tak izin, sebutir nasi pun tak dapat masuk dlm mulut kita.
-kata Nabi Ibrahim-"Dialah yg memberi minum pg dan petang, Dialah yg memberi makan siang dan malam,dan Dialah yg menyembuhkan penyakit.

soal jawab
1.solat sunat hadiah-iaitu solat bila ada kematian..kebanyakkan ulamak mengatakan solat ini jarang dibuat..tak setuju..
2.pinjam barang ta[i tak minta izin walaupun htr balik-haram kalau tuan dia tak izin..kalau 50-50 pun haram,samada izin atau tak izin..
3.baca al-fatihah dgn satu ayat satu nafas-tak wajib,sunat saje..afdal satu ayat,kita berhenti..harus-1 nafas saje..
4.tiru benda baik dari org bukan Islam-kalau tiada larangan pd agama-boleh..yg tak boleh tiru-agama mereka,perayaan mereka,adat2 mereka..perkara2 maksiat..
5.pagi buat maksiat,malam bertaubat-takut2 taubat tak diterima..seolah2 taubat main2..sedangkan taubat nasuha adalah taubat bersungguh2.
6.sujud syukur-kena ada wuduk.
7.org kafir belanja makan-boleh..kalau kita tak tahu sumber pendapatannya halal atau haram-tidak di titik beratkan utk tanya halal atau haram pendapatanya..yg haram makan, bila org kafir yg sembelih..
8.KENAPE USTAZ PAKAI STOKIN TIME SOLAT-SEBAB JKK BAGI..WAKAKA..

wallahualam..

Sabtu, 7 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Pulau Musang-7/5/11-Kitab Sabilul Muqtaqim-3 J'Akhir

*bab haram mengahwinkan anak perempuan dgn org yg fasik

soal-apa hukum seorg mengahwinkan anak perempuan dgn lelaki yg fasik dan adakah sah nikah yg tersebut itu.
jawab-bermula tiada harus atas wali mengahwinkan anak perempuannya dgn org yg fasik atau yg bidaah pd agama seperti yg dikatakn dia oleh imam Ghazali di dilm Ihyak'.WAJIB atas wali memperhatikan akan hal lelaki yg akan menjadi suami kpd anaknya sehinggakan tidaklah di kahwinkan dgn lelaki yg buruk laku atau lemah agamanya atau yg tiada menyaggup mendirikan hak atas isterinya dan manakala mengahwinkan ia akan anak perempuannya dgn org fasik atau zalim atau yg berbuat bidaah pd agama atau perbuatan maka ia telah mnganiyai akan agamanya dan mendatangkan diri bagi kemurkaan Allah kerana ianya telah memutuskan dari hak keturunan dan buruk pilihan dan iaitu kerana telah bersabda Nabi dlm riwayay Ibnu Hibban-"brgsiapa yg mengahwinkan anak perempuannya dgn org fasik maka sesungguhnya ia tlah memutuskan rahim dan telah berkata oleh guruku haram diambil jadi menantu akan yg makan riba atau yg bekerja pada tempat RIBA SEPERTI BANK, ATAU YG MENGAMBIL CUKAI ATAU YG KERJA MERAMPAS HARTA ORG ATAU JADI ASKAR RAJA YG ZALIM ATAU YG BERKHIDMAT DGN PEMERINTAH YG ZALIM ATAU YG JAHIL PADA AGAMA ATAU YG TIADA SOLAT ATAU YG MENIGGALKAN MENUNTUT ILMU AGAMA DAN SEBAGAINYA..maka hendaklah engakau jaga2 akan kebinasaan ini krana tiada dihiraukan akan dia oleh kebanyakkan manusia pd zaman skrg.dan supaya tiada masuk engkau di dlm golongan mereka yg dimurkai Allah..dan adapun hukum nikah itu menepikan akan sahnya jika cukup segala rukun dan syaratnya..

huraian
-org fasik-tak taat perintah Allah yg wajib.contoh tak solat,tak puasa,tak bayar zakat.tak pergi dengar.tak tutup aurat-buat dosa kecil sekali tak fasik,tapi bila berkali2 atau selalu,jadi fasik..buat dosa besar sekali saje jadi fasik..
-makna TIADA HARUS-adalah haram.harus tu "boleh"..disebabkan ada perkataan "tiada" ia jadi haram.
-skrg tak cara pun masalah jahil, fasik atau tak..tok imam pun jarang tanya pengantin fasik ke tak..biar tak solat pun,yg tu tak penting..yg penting ada harta..
-MANE JADI PILIHAN MAK MERTUA SAMADA ORG NAIK MOTO BURUK TAPI SOLEH dgn ORG YG NAIK MERCEDES TAPI FASIK??
-ahli bidaah pd agama-kalau yg buat bidaah hasanah tak pae,ia diharuskan dan memberi kebaikan.tapi bidaah yg dalalah-yg terang2an dilarang oleh syarak..
-Allah tak tengok pada rupa saje,tapi Allah tgok pd amalan dan hati seseorg...-oelh itu kita juga jgn tngok pada rupa,harta sesorg..tapi tgok pada agamanya..-tnya dulu bakal menantu pergi surau mane, g belajar mane..
-MAJORITI IBU YG TENTUKAN MENANTU ANAK, BUKAN AYAH.WALAUPUN AYAH YG BERKUASA.
-biar jadi jurus dulu, baru nikoh.org puan dia mudoh ikut tok laki..
-5 perkara kita kena jaga,AGAMA,NYAWA,AKAL,HARTA,DAN KETURUNAN..

soal jawab.
1.makna zuhud-tinggalkan dunia.
2.nak hilangkan title fasik-dgn bertaubat.
3.org belanje makan guna duit haram-hati tetap jd gelap walupun kita bayar sndiri kemudiannye..tapi kita tak berdosa..yg berdosa org yg belanje.

wallahulam..

Jumaat, 6 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Pok Tuyu-6/5/11-Kitab Muhimmah-2 J'Akhir



* sambungan bab kelbihan berkahwin
-imam Al-Ghazali-stgh ulamak drpd abdullah ibnu umar,dan adalah ia drpd Zuhad sahbat Nabi Muhammad s.a.w dan drpd ulamak mrka itu bhwa sesungguhnya adlah ia berbuka drpd puasa dgn pihak dhulu drpd makan makan dan t'kadang menjimak ia akan isterinya dhulu drpd solat magrib kemudian maka mandi wajib dan solat kemudian drpdnya, dan adalah perbuatan yg demikian itu kena mnyelesaikan hati yg buat ibdat akan Allah dan mengeluarkan akan kelengkapan syaitan drpdnya.
-maknanya boleh jimak dulu seblum solat..sebab kalau solat, hati jd tak khusyuk..sama seperti makanan terhidang, sunat solat dulu..kalau solat, jadi hati tak khusyuk..
-dunia ni makin lama makin cantik,makin cantik,tapi manusia makin jahil..
-junaid Al-Baghadi-Aku berkehendak pd jimak itu seperti aku berkehendak kpd mkn mkanan, maka isterinya itu seperti makanan dan dgn dia sebab menyucikan hati drpd was2 dan dari krana inilah menyuruh oleh Rasulullah s.a.w akan tiap2 seorg yg melihat akan perempuan maka ingin ia kpdnya bhawa m'jimak ia akan isterinya krana yg demikian itu menolakkan akan was2 drpd dirinya..
-bila hati selesai, khusyuklah lah soalt atau ibadat2 lain.
-hakikatnya nafsu org perempuan lebih kuat berbanding lelaki.
-Abdullah ibnu Abbas-b'mula yg terlebih baik umat ini, iaitu yg telbeih byk perempuan(isteri)-maknanya org yg ramai isteri adalah yg terbaik.
-Imam Ghazali-brgsiapa sgt inginya kpd perempuan,maka jikalau ia tiada berkahwin nescaya hendaklah ia berkahwin.
-bila keluarga besar, besar keampunan, besar rahmat,besar pahala..tapi nak kahwin ramai biarlah mampu, biar ada ilmu..jgn kahwin ramai atas dasar nafsu.
-nisbah skrg perempuan dgn lelaki 10:4.dekat nak kiamat nisbah 50:1.sebab ada hadis nabi-akhir zaman kaum perempuan lebih ramai dari lelaki..
-tapi skrg bila org lelaki nak kahwin rmai, ramai yg sakitkan hati isteri muda,bukan nak bagi nasihat, bagi smgat..bukan nak kate kahwin dua, kahwin dgn orang tua pun kata.seeba serbi tak kena.org nak kahwin dgn p'puan muda ke,tua ke,janda ke, ada sakut paut dgn POOOOOOOKK mu ke??-mok(yg dah mati suami) nak kahwin lagi, anak2 tak bagi..
-isteri adalah penghibur bagi suami..kalau suami suruh nyanyi,wajib isteri kena nyanyi."bersatu kita bersatu…. dgn setia berganding bahu ,. jiwa teguh berpadu ,kita rumpun melayu…"..(HAHAHAHA)

soal jawab

1.binatang berbisa ketika tgh solat-kalau rase ia mudarat,boleh berhenti soalt.kalau boleh beranjak,beranjak sedikit.yg sunatnya-pukul.Dari Abi hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, bunuhlah dua yang hitam ketika kamu sedang solat, iaitu ular dan kala jengking" (Hadith Riwayat 4 imam hadith dan disahihkan oleh ibnu hibban)
2.wat ringtone ayat quran-boleh..tapi jgn bunyikan dalam tmpat yg tidak sepatutnya dibunyikan contoh tandas.satu lagi jangan matikan ringtone quran melainkan penghujung ayat.kena jaga.
3.duit ehsan-utk org susah je boleh ambik.
4.org permpuan yg dtg haid boleh pergi masjid pada hari raya tapi jangan naik.hanya duduk diluar utk ambil keberkatan solat hari raya.
5.org perempuan paling afdal duduk saf blkg, org lelaki paling afdal saf dpn.
6.tak salah buat mas kahwin menggunakan dinar mas.sebab ia barang yg berharga..
7.solat qada boleh dilakukan mana2 lepas solat fardu.
8.sambut hari ibu-haram-seba ia hari perayaan org kristian.Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

wallahualam...

Khamis, 5 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Wan Esah,Sbrg Baruh-5/5/11-Kitab Bimbingan Lengkap Fardu Ain-1 J'Akhir



*bab sifat2 yg wajib,mustahil, dan harus bagi Allah
-sifat Allah bukan ada 20 saje..yg 20 ni wajib saje blajar agar kita bertauhid padaNya.

1.wujud-ertinya ada.wajib Allah itu bersifat "ada" dan mustahil bagiNya bersifat "tiada"..
2.qidam-ertinya dahulu atau sedia.wajib Allah itu bersifat "dahulu" dan mustahil baginya bersifat "baharu".-semua selain Allah ada permulaan..
-Hawa (istri Adam) diciptakan dari tulang rusuk yang tpendek dan berada di sebelah kiri, dlm keadaan beliau  tidur, dan bagian tersebut ditutupi dgn daging, ini dikuatkan dgn sabda Rasulullah :-berlemah-lembutlah kpd wanita, krna mreka diciptakan dari tulang yg bengkok, dan sesungguhnya yg paling bengkok dari tulang tersebut, ialah yg berada di paling atas. Apabila engkau meluruskannya, maka engkau telah mematahkannya. Dan bila engkau membiarkan, maka ia terus bengkok. Maka berlemah-lembutlah kpd wanita. (mutafaqin ‘alaihi.)
-Allah SWT meyuruh kpd malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Jenis tanah yg digunakan:1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis.2.Tanah Bukit Tursina.3.Tanah Iraq.4.Tanah Aden.5.Tanah Al-Kautsar.6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah.7.Tanah Paris.8.Tanah Khurasan.9.Tanah(Babylon)
10.Tanah India.11.Tanah syurga.12.Tanah Tha'if
-bila ditiup roh, adam bersin dan mengucap alhamdulillah(hadis daif)..
-sebab tu semua kulit manusia sama dgn warna tanah.dari tanah kita."Sungguh Aku akan menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan ruh ciptaanKu ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud(sebagai penghormatan)."(Al-Hijr:28~29)
-jgn kita kaji kewujudan Allah sebab akal kita mmg tak mampu utk mengkajiNya..sedangkan nabi pun tak tercapai, nikan pula kita..yg kita boleh kaji, kejadian2 yg dicipta Allah..kaji diri sendiri..
3.baqa' ertinya kekal.wajib Allah itu bersifat "kekal" dan mustahil bagiNya bersifat "fana" atau "binasa"-semua alam ini akan binasa kecuali Allah..

soal jawab
1.solat berjemaah 2 org.-kalau makmun perempuan duduk blkg imam.kalau makmun lelaki berada sebelah kanan.
2.kalau baju dah longgar dan tidak nampak bentuk dada(bg perempuan) sunat pakai tudung labuh atau tudung yg tutup bhgian dada..tapi kalau baju nampak bentuk dada, wajib pakai tudung labuh.-wajib tutup bahagian dada samada dgn baju yg longgar atau tudung labuh.
3.kalau mandi wajib atau angkat hadas besar, automatik hadas kecil terangkat..sunat angkat hadas kecil..ikut sunnah sebelum mandi wajib ambil wuduk dahulu.
4.selepas selesai mandi wajib,terkentut-tak perlu mandi wajib lagi,hanya ambik wuduk saje..

ali :- abu,kalau Allah buat langit, buleh mu tunjuk bukti Allah buat langit??..buleh mu tunjuk gambar??
abu:- dalam quran kabo blake doh kan..
ali:- quran,manusia buleh tulis..
(cam mane kita nak jawab kalau dgr org cakap cam ni)..ustaz ajor tadi..
abu:- dah mu betul ke anok lijoh??
ali:- ho,betul r..
abu:- ce mu try tunjuk gambar mase mok mu beranok ke mu??mu ade gambar??ke mu anok semek??
(contoh saje)
wallahualam..

Rabu, 4 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Bukit Bading-4/5/11-Kitab Farhatus Salik-30 J'Awal



-Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya : "Wahai anakku, duduklah engkau berhampiran ulama` kerana hati akan hidup dengan hikmah iaitu ilmu yang memberi manfaat di akhirat seperti bumi subur apabila dibasahi hujan".
-pesanan itu lebih berharga dari wang..
-kita kurang tahu sejarah agama sendiri berbanding sejarah agama lain..sejarah org lain kita kenal, tapi Luqmanul Hakim kita tak kenal..sebab matapelajran sejarah byk ajar sejarah benda lain..sejarah agama sendiri kurang..kena tipu pah ceroh.
-siapakah Luqmanul Hakim??-Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
-Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
-Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak.-walaupun ia berkulit hitam,tapi hatinya bersih..walaupun bibirnya tebal,tapi bibir itu sentiasa keluar kalam2 suci Allah..
-sempat dgn Nabi Daud.-Nabi Daud bila membaca Al-Quran atau berzikir,bila orang dengar semua tidak sedarkan diri sebab suaranya terlampau merdu..hinggakan ada burung yg terjatuh ketika terbang..subhanaalah.
-selepas Nabi Daud menjadi rasul, lukman telah meletak jawatan sbg mufti sebab dia hormat pada Nabi Daud..tapi skrg, ramai yg jadi ustaz2 berasa pandai samapi fatwa2 ulamak ditolak..rase diri tu hebat..akhir zaman..
-“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa?
-jgn bimbang kalau Allah buat kita kulit hitam,janji hati kita bersih..kalau kulit putih,hati bersih,alhamdulillah..jgn kulit hitam,hati pun hitam..balik awal la..

soal jawab
1.ada ilmu kena amal-kalau ilmu tu wajib,wajib kita amal, kalau ilmu tu ilmu sunat,sunat kita amal..
2.tak de ilmu tapi beramal-kalau jadi ia sah,kalau tak jadi,maka jadi rosak..sepatutnya belajar la..
3.ulamak dunia-ulamak yg senyap bila ada satu kemungkaran..pentingkan duit.
4.perlukah taat pada pemerintah yg zalim-kalau zlaim pada diri sendiri buleh taat..kalau zalim pada hukum Allah tak wajib taat.
5.org yg solat tak betul tidak dikira 40 orang utk solat jumaat.
6.solat witir boleh buat tiap2 malam..bukan malam terawih saje.
7.boleh jamak takdim waktu asar dlm waktu solat jumaat..
8.sah berkahwin perempuan yg mengandung anak zina-yg tak leh mazhab hanafi dan maliki.sunat jimak lepas keluar anak,dan kalau jimak sebelum tu makruh..

wallahualam..

Isnin, 2 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pinang Merah,Paka-2/5/11-Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman-28 J'Awal


*sambungan bab bahaya angan2

-berasa akan hidup lama di dunia..angan2 yg panjang..-masuk dlm kubur tanpa bekalan ibarat lemas di lautan tanpa pelampung..terkapai2 meminta pertolongan..
-ape yg kita cari kat dunia, smuanya akan ditinggalkan..-Dunia penuh tipu daya rupanya. Dunia menipu manusia seolah2 manusia hidup menongkah langit selamanya. Sedangkan maut hanya di depan mata. Entah esok entah lusa.Orang muda jangan ingat matimu tua. Orang tua jangan ingat tak akan mati selama2nya.
-Setiap dari kita selalu berangan2. Kalau kita miskin, kita akan berangan2 hendak menjadi kaya. Kalau  kita jahil, kita berangan2 hendak menjadi orang bijak. Kalau kita orang bawahan, sudah tentu kita akan berangan-angan hendak menjadi orang ternama. Begitulah selalunya..
-tidak dinafikan kadang2 angan2 kita terlalu panjang sehingga melewati batas2 syariat. Sehingga terlupa kehidupan akhirat dan kewajipan agama. Kepada orang yang sering berangan-angan panjang seperti ingin hidup lama adalah tercela dalam agama Islam. Ini adalah sifat yang didorong oleh hati yang cinta kepada dunia.
-Angan-angan panjang ini tidak perlu kita miliki malah ajaran agama Islam menyifatkannya adalah amalan yang dikeji." Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."(HR Ibnu Abiddusya)?
-rezeki kita semuanya telah ditakdirkan oleh ALlah..kadang2 walupun kita tak cari ia tetap dtg..tapi pd adatnya kita kena berusaha, baru kita dpt..semuanya telah ditulis Allah ejak roh ditiup lg..
-taubat 1 minit je,dgn bersungguh2 dan rase ikhlas isyaAllah diterima Allah..tapi utk cari bekalan bawa ke sana ia memerlukan masa yg panjang..
-time sembahyang raye je baru nampak muka kat surau..padahal ia sunat saje..tapi,time ustaz mengajar tak datang,padahal ia wajib..manusia akhir zaman,sibuk mengejar dunia..
-Yang kekal abadi adalah kehidupan di Akhirat. Syurga umat Islam ialah Akhirat sedangkan syurga orang munafik dan orang kafir ialah dunia yang penuh muslihat ini. Insaflah. Kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan. Carilah bekalan untuk akhirat. Bekalannya ialah amal kebaikan..
-ORG LAKI PAKAI RANTAI KAT TEKAK PUN ORG WAT MENANTU..ORG PEREMPUAN PULAK,FREEHAIR,RAMBUT MERAH PUN ORANG WAT NANTU..akhir zaman..
-Al-Hadid [20] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.
-BERAMALLAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN MATI ESOK HARI DAN BEKERJALAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI.

soal jawab
1.org yg mati kerana penyakit taun dikira mati syahid..
2.sengaja buat jadi org lembut atau pondan-haram..nak jd perempuan.
3.memutuskan silaturahim adalah berdosa besar.
4.kasut tumit tinggi-kalau pakai niat nak suruh org tengok,haram..
5.hukum cukur janggut-jumhur ulamak mengatakan haram-tapi ada satu qaul bagi mazhab syafie mengatakan makruh..hukum cukur misai-harus
6.kalau "berasa" kentut dlm solat jgn keluar-ia adalah gangguan syaitan..kalau bunyi kentut baru keluar.
7.nabi ajar kita dgn membaca ayat 3 qul dan tiup ditapak tangan dan sapu diseluruh badan sebelum tidur utk mengelakkan sihir..
8.syurga dan nerka telah pun wujud.
9.keempat-empat mazhab mengatakan haram sentuh quran tanpa wuduk.
10.kalau hak org Islam kena minta izin dulu utk cetak,dan jual..dan kalau hak orang yahudi atau kafir harbi boleh ceta,tiru utk menjatuhkan ekonomi mereka.
11.pakai kondom-kalau niat rase kalau anak ramai tak dpt bagi makan nanti,itu adalah syirik..
12.sunat kita cium tgn ibu bapa.
13-isteri suci dari haid-tak boleh bersetubuh lagi dgn suami..kena mandi wajib dlu..
14-bela binatang kena bg 3 nafkah-makan,minumdan tempat tinggal..tak bagi berdosa.

wallahualam...

Ahad, 1 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Gelong Bilal-1/5/11-Kitab Perisai Sekalian Mukalaf


*nama-nama Allah
26-AS-SAMI’-yg sgt mendengar ia akan tiap2 yg di dgr pd ketika adanya
27-al-basir-yg sgt melihat ia akan tiap2 yg di lihat pd ketika adanya
28-al-hakam-maha penghukum-yg menghukum yg tiada ada yg menolak akan hukumNya-tiada siapa yg boleh menolak hukum Allah..kalau tolak hukum manusia pun dah kena hukuman..ni kan pula hukuman Allah..
29-al-'Adl-maha adil-yg bersangatan adil,yg tiada ada zalim pd hukumnye sekalipun sebesar semut yg kecil-sape kata Allah zalim walupun sikit,rosak akidahnya..Allah tak zalim..yg zalim adalah manusia yg menzalimi diri sndiri.
30-al-Latif-maha lembut-yg sgt mengetahui akan sekalian yg tersembunyi dan yg halus2 drpd segala pekerjaan-ape yg terlintas dlm hati Allah juga mengetahui..-disebabkan Allah maha pengasih, niat yg jahat Allah tak kira,tapi ape yg niat benda baik Allah kira walupun tak buat lagi..
31-al-Khabir-maha mengetahui-yg sgt mengetahui akan batin segala perkara
32-al-halim-maha penyantun/sabar-yg tiada bersegera ia menyeksa akan mereka yg derhaka dan yg kafir bahkan memberi tangguh ia akan mereka itu-istimewa bg umat Nabi Muhammad s.a.w bila buat maksiat Allah tak turunkan bala terus.tak sama dgn umat Nabi dulu..Allah bg peluang utk bertaubat-tapi ramai yg leka..tidak jadikan pengajaran dgn bencana yg Allah turunkan.
33-Al-Azim-maha agung-yg maha besar tiada kuasa oleh akan mengetahui kebesaranNya-pankat yg paling besar adalah Allah s.w.t..dan manusia yg paling tinggi pangkat adalah Nabi Muhammad s.a.w
34-Al-Ghafur-maha pengampun-yg benyak mengampun kesalahan hambanya-dlm rumah berapa banyak dosa ada,dlm satu daerah,dlm satu negeri..mmg terlalu byk dosa dilakukan..tapi Allah maha mengampun walupun dosa sbyk buih dilautan..kita hanya memohon saje dan berharap Allah mengampunkannya.tapi jgn rase pasti..
35-As-Syakur-maha bersyukur-yg memberi akan hambanya akan pahala yg banyak kerana amal ibadat yg sedikit-tak padan dgn keje yg kita buat..buat sikit,ganjarannye terlalu banyak yg Allah bg..paling sedikit dlm syurga dapat tanah seluas mata memandang,dapt bidadari 70  orang,dapat istana,dapat pintu yg diperbuat dari emas..tu yg paling sedikit..kalau yg lebih dari tu..subhanaallah..
36.Al-Aliy-maha tinggi lagi yg maha suci drpd tiap2 kekurangan yg bersifat dgn tiap2 kesempurnaan
37.Al-Kabir-maha besar-yg tinggi pangkat yg tiada di dpt akan dia dgn pancaindera dan tiada mengetahui akan hakikinya oleh akal.

soal jawab
1.zakat pada 8 orang-tak wajib kpd kelapan-lapan orang, kalau dah ada sorang contoh fakir pun dah cukup..dalam quran hanya bagitahu 8 jenis orang ini saje yg layak dapat terima zakat.
2.Solat sunat Istisqa' (minta hujan)-sunat bile time kemarau,bila tiada air sangat2..sunat bawa binatang menunjukkan makhluk allah yg memerlukan air..
3.takut nak pergi surau,takut tak dapat bantuan kerajaan-akidahnya tidak rosak,cuma cedera.tapi kalau iktikad kerjaan yg beri bantuan,bukan Allah bagi bantuan,rosak akidahnya..
4.patah paha 20 tahun-kalau boleh berdiri dan tidak rase sakit ketika solat,wajib berdiri..kalau tak mampu,atau ketika solat sakit tu memberi gangguan,boleh solat duduk.
5.lafaz cerai dikira jatuh walaupun lafaz seorang diri,depan kambing pun jatuh..tapi sunat lafaz depan orang yg kena cerai.
6.batuk atau berdehem ketika solat-di bolehkan atas sebab tersangkut bacaan yg wajib contoh al-fatihah..tak batal..ada satu qaul yg daif bg mazhab syafie bacaan yg sunat juga tak batal bila berdehem.. yang batal bila sengaja..tengok orang lalu,kita pun berdehem,batal..
7.sentuh kanak2 yg bukan mahram tak batal wuduk.
8.isteri boleh tegur suami tapi jangan depan org ramai..suami adalah pemimpin dan isteri adalah penasihat..bagi suami jgn terlalu ego sangat..ape yg baik terima saje la..

wallahualam..

Sabtu, 30 April 2011

Isteri Calon Neraka


-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
-Tidak menghormati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.
Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Kerana kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “
Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…

Jumaat, 29 April 2011

Kuliyah Jemputan Ust Azhar Idrus-Surau Maras,Batu Rakit-29/4/11



*bab tentang hadis-dimana sesiapa yg tiada salah satu drpd 3 perkara ni,ia dianggap lebih hina dari anjing..1.sifat warak.2.sifat kebijaksanaan atau lemah lembut.3.akhlak yg baik..
-bukan kena ada tiga-tiga.ada satu pun ckup dah.tapi lebih baik ada 3.
1.warak-bermakna jaga agama dari rosak.bukan nak warak mcm wali2 Allah.warak sbg tahap org awam..jaga agama dari jatuh kebinasaan,jauh dari kejahilan..-ikut panduan Al-Quran dan hadis..
-Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
-beza kita dgn binatang hanyalah akal.kita mng sbb ada akal..tapi bab lain,semua menang ke haiwan.contoh:-kalau berlari,menang kuda..-tapi syg,manusia tidak ramai yg mengunakan akal,malah byk mengunakan nafsu..kalau ramai yg guna akal,mereka pasti cari bekalan utk akhirat.
-org yg snggup bersusah payah krna duit, dia hamba duit..ssiapa yg bersusah pyah keran allah, dia hamba Allah..nak cari dunia,cari duit tak salah..Allah tak marah..tapi akhirat pun kena cari juga..yg ramainya cari dunia lebih rmai dari cari akhirat..dalil:-tgok sndri ahli saudara2 kita..
-ada sikit sifat warak tak pe dah..jgn tak de langsung..nak tahu halal atau haram, majlis ilmu la tmpat nye..kena g dengar..tak rugi se sen pun..dop kena byr pun..tgok bola buleh,kena byr lagi..g dengar tak leh..tu kate, bodo pada kambing..lepas dgr pun boleh tgok bola..sia2 je la Allah bg akal, tapi tak nak guna.
-jauh dari majlis ilmu,dia akan jauh dari ilmu..bila jauh dari ilmu,ia akan berada dlm kejahilan..

2.bijaksana..-org yg paling cerdik adalah org yg melihat kesilapan,kesalahan diri sendiri..bukan melihat kesalahan org lain..biar ada persaan tu..ada dlm hati..jahilnye aku dlu..byk wat dosa dlu..biar ade, baru comey..
-yg ramainye,tengok keburukkan org lain, keburukkan diri dop tau..jaga tepi kain org buleh,dop saloh..yg tak boleh nye jaga tepi kain hal rumah tangga org.yg tu tak boleh.-menjadi fitrah manusia suka crita dan dgr pasal keburukkan org lain..cite atau dgr kebaikkan org lain jarang..sbb dlm diri byk dosa..sbb tu jd cam tu..
-org lain buat smeua tak kena..yg comelnye kita..ini bukan perangai org beriman..-org nok nikah,dia serabut,org cerai pun dia kata-laa...dia nikoh 2 ke,3 ke,dia cerai ke..dop guna se sen pun pitih tooookkk mu..
-setiap ape yg kita kata kat dunia, akan disoal balik diakhirat kelak..ingat molek..kalau salah wat kita kate..neraka la jwbnye..

3.akhlak yg terbaik.-contoh yg terbaik dulu,kini n forever ialah Nabi Muhammad s.a.w..-kalu kita nak cemerlang kat dunia, kita kena ada ilmu dunia..kalau kita nak berjaya diakhirat,kita ada ilmu utk akhirat..
-mslah skrg byk yg cari dunia..-jgn anggap manusia yg beri rezeki..yg beri rezeki hanyalah Allah..Allah bg rezeki, tak ada sape2 pun boleh halang..
-mane yg kita pilih miskin masuk syurga atau kaya masuk neraka???renung2kan..

soal jawab.
1.menantu buat mak mertua sakit hati-anak wajib taat pada ibu bapa.tak wajib taat pada ibu mertua..tapi wajib hormat..haram sakitkan hati sesiapa.tapi tengok dlu siapa yg punca mulakan sakit hati..
2.main msg dgn bukan mahram-bila timbul nafsu syahwat-haram(dosa kecil)..bila benda mustahak-harus..bila benda laro-makruh..tapi ingat-walupun dosa kecil ia boleh jd dosa besar atas beberapa sebab..
3.makmun masbuk waktu subuh rakaat kedua-sunat baca qunut sekali lg..tak baca pun tak ape.sah solat.
4.bila meraikan org kaya bukan atas sebab dia soleh,maka hilang agamanya 2/3..
5.tarian poco2 tapi tak ade niat nak ikut agama mereka..-jawapnnye ce mu pakai lambang salib tekak,tapi tak de niat??sama dop..haram tarian poco2 sebab ia buat lambang salib..ke kiri selangkah,masuk tgh balik,pastu kekanan selangkah.masuk tgh balik,keatas selangkah,pastu masuk tgh balik,ke bawah 2 langkah.kebwh panjang 2 pnjg..mmg bentuk salib..
6.suami boleh berbohong pada isteri utk menyenangkan hatinya..contoh:-isteri hitam,tapi suami ttap gtau ia putih utk menyenangkan hatinya..

wallahualam..

Khamis, 28 April 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Wakaf Bharu-28/4/11



-sejahat2 manusia adalah org yg ingkar pada perintah Allah..Allah wajibkan solat,kita tinggal solat.
-"Apa yang memasukkan kamu ke (neraka) saqar?" Maka para penghuni Saqar itu menjawab : "Mereka menjawab: "kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang bathil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian". Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa'at dari orang2 yang memberikan syafa'at".
-org yg tak solat lebih jahat dari syaitan..sebab syaitan sujud pd Allah,tapi tak sujud pada adam.org yg tak solat dia tak sujud pd Allah.bermakna jahat dari syaitan..
-"Amal ibadah yang paling pertama diperiksa di hari kiamat nanti adalah shalat"
-kata Malaysia negara Islam contoh,tapi kasino ada,judi diluluskan, kilang arak ada.pusat nombor ekor pun ada.kat kilang arak pun ada surau..pelik betul..
-apabila membenarkan arak dan judi dlm negara, bermakna mereka membenarkan kerja2 syaitan..
-berilah peringatan,kerana dlm peringatan ada yg berguna..
-byk benda keji dah berlaku kat negara kita..perbuatan zina adalah perbuatan yg munasabah..tapi kalau sumbang mahram adalah keji, ayah rogol anak, datuk rogol cucu,abg rogol kakak..sebabnya pemerintahan dimalaysia adlah sekular.perbuatan gay,lesbian makin byk..-kambing jantan pun tak "main" dgn kambing jantan..bodo pada kambing..
-banyak atau sikit,walupun setitik,mabuk atau tidak memabukkan,arak tetap haram..
-kalau masa dlu2 byk tinggal solat pertama skali qada dhulu kalau ada masa-apabila smpai satu masa,insyaAllah akan sampai rasa had kita qada tu lebih..sebab tak rasa lebih, sebab kta tak qada..
-Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
Sehingga kamu masuk kubur.(at-takathur 1-2)-manusia mmg jarang rase bersyukur..kalau beri dua bukit emas, nescaya manusia akan nak yg ketiga..bila masuk kubur, baru semua akan menyesal..masa hidup jarang menyesal..

wallahualam..























Rabu, 27 April 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau bukit kecil-27/4/11-Kitab Kemusykilan Agama-23 J'Awal



*baca quran tp tak tahu makna, adakah dpt pahala??

-"Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf." (HR Tirmizi dan Ibnu Mas'ud).
-hanya ayat quran saje bila kita baca dpt pahala, walupun kita tak tahu makna..kalau zikir tak dpat pahala kalau tak tahu makna.-baca ayat pahala lain,tahu makna pahala lain pula.
-walupun tak tahu makna, belum tentu lagi kita selamat..yg afdalnya bila kita baca kita tahu maknanya..mula2 baca, kemudian tahu makna,dan kemudian ikut ape yg ada dlm quran baru kita selamat..kadang2 bila kita baca dan tahu makna, tapi langgar juga..
-baca 3 hufur je dpt 30 pahala..tapi kita susah nak buat sebab benda akhirat..1 HURUF PUN BELUM TENTU KITA BACA..
-
*apakah itu mati??
-Mati adalah berpisah roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yg penyudah dlm kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yg kekal abadi yang bermula dari alam kubur.
-Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."(Surah an-Nisaa' ayat 78)
-Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."(Surah al-A'raf ayat 34)
-Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat"al-imran 185
-bg org yg soleh dan beriman mereka suka pada kematian..bukan bermakna suka utk mati, tapi redha utk bertemu dgn Allah dan merasai nikmat ganjaran dari Allah..
-kebanyakkan manusia yg belum bersedia utk mati menemui ajal..nauzubillah..
-ALLAH SUKA ORG YG SENTIASA MERASAKAN DIRINYA BERDOSA DARI ORG YG TIDAK PERNAH MERASAKAN DIRINYA BERDOSA..BANYAK MANA DOSA ITU, HANYA TUAN EMPUNYA DIRI SAJE YG TAHU..
-org kafir dan menyitai dunia takut pd kematian..

soal jawab
1.tahyatul masjid dlm surau-mazhab syafei kata tak boleh,mazhab hanbali boleh.
2.PAKAI TUDUNG KENA TUTUP DEPAN DAGU,BUKAN BAWAH DAGU..KALAU SOLAT TAK SAH.
3.sombong dgn ilmu-rase dirinya yg pandai,tak nak berkawan org yg tiada ilmu..semuanya akan dihumban dlm api neraka.
4.memberi salam selepas solat-tidak memberi salam kpd sape2 tapi hanya utk keluar dari solat.setgh ulamak kata memberi salam pd semua makhluk2 yg beragama Islam.
5.tak boleh solat duduk lebih dari paras imam walaupun terdesak.
6.sebut "aku cerai mu" 3x.kalau niat 1 kali sebut utk satu cerai jatuh 3..tapi kalau sebab tak dgr,jatuh 1.
7.org perempuan boleh pakai celak di luar rumah tapi tak boleh melampau2..yg hairannya dpn suami tak nak pakai..

wallahualam..

Selasa, 26 April 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Ladang-26/4/11-22 J'Awal



*kitab Jihazul Madihah
-smbungan bab jenazah-makruh mengiringi jenazah dgn api(bawa obor) krana ia seperti agama org majusi.kalau niat nak tiru adalah haram..melainkan berhajat seperti tanam pd waktu mlm.
-sama juga pasang lilin di siang hari di dlm rumah-ianya dilarang.
-kata setgh ulamak sengaja tanam pd waktu mlm adalah haram.
-hukum mengiringi jenazah juga makruh.-sunat bakar kemenyan pd jenazah smasa mandi dan kafan.
-imam nanawi mengatakan sunat kita berdiri jika ternampak org membawa jenazah..
-Saat jenazah diletakkan (di atas pengusung)  dan telah diusung di atas pundak lelaki, sekiranya jenazah itu soleh, dia akan berkata, “Percepatkanlah diriku”.  Jika jenazah tidak soleh, dia akan berkata, “Celaka aku, ke mana akan mereka membawaku?”.  Suara itu bisa didengar oleh setiap benda kecuali manusia.  Sekiranya dia mendengarnya, pasti dia pengsan.
-maksud "percepatkanlah"-Kalau si mati seorang yang soleh, dengan gembiranya ia berkata; “Segerakanlah olehmu membawa aku ke kubur!” Tidak sabar lagi ia menunggu masa untuk menemui Ilahi dan mendapat balasan nikmat dariNya. Sebaliknya jika mayat itu semasa hidupnya suka membuat mungkar, dengan penuh ketakutan ia bertanya; “Ke manakah kamu semua membawa diriku ini?” Ketika itu, perasaan gerun terhadap balasan seksa dari Allah Azzawajalla sudah tidak dapat dibendung lagi.
-semau makhluk dgr ape yg di ucapkan oleh jenazah kecuali manusia.
-org islam boleh melawat kubur org kafir,tapi tak boleh ikut upacara agama mereka.tapi hanya utk mengingatkan kita pada kematian.
-bila org tgh bawa jenazah,sunat kita berdoa sekurang2nya "allahumma firlahu".tak rugi pun kalau kita berdoa.sebab mereka juga sedara sesama islam.bukan hanya berdoa pd adik beradik kita je.

*kitab bahrul mahsi-bab maki memaki
-dpt 3 dosa bg org maki memaki-dosa langgar perintah Allah,dosa memulakan maki,dan dosa kata maki itu..-kalau org balas balik maki itu tinggal dua dosa.
-balas maki-boleh dgn syarat-yg pertama-maki yg seumpama-contoh-si A:keras kepala mu..si B balas : mu la keras kepale..yg kedua:-tiada tuduhan.contoh:-mu r penzina-tak boleh.haram.yg ketiga:-tidak melibatkan ahli keluarga.contoh:-tok mu giler..tak boleh..haram..
-maki org yg telah mati-tak boleh.
-“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)
-maki org Islam itu fasik..maki org kafir tak fasik..

soal jawab
1.pertandingan futsal,memancing atau seumpamanya-haram kalau ada unsur perjudian. contoh:bayar yuran 50.sape mng dpt duit hasil kutipan yuran tu..
2.kena bayar fidyah tapi tak jumpa 60 org fakir miskin-hanya jumpa 10 orang,mesti bagi 6 sorgn fidyah..tapi dgn syarat bersuaha mencari dlu..
3.boleh baca surah yg sama dlm solat,sunat baca surah lain2.
4.main daun terup tapi tak berjudi-tak boleh,sebab daun terup dicipta utk permainan judi,utk maksiat..ianya benda dilaknat..

wallahualam...