Pages

Sabtu, 30 April 2011

Isteri Calon Neraka


-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
-Tidak menghormati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.
Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Kerana kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “
Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…

Jumaat, 29 April 2011

Kuliyah Jemputan Ust Azhar Idrus-Surau Maras,Batu Rakit-29/4/11



*bab tentang hadis-dimana sesiapa yg tiada salah satu drpd 3 perkara ni,ia dianggap lebih hina dari anjing..1.sifat warak.2.sifat kebijaksanaan atau lemah lembut.3.akhlak yg baik..
-bukan kena ada tiga-tiga.ada satu pun ckup dah.tapi lebih baik ada 3.
1.warak-bermakna jaga agama dari rosak.bukan nak warak mcm wali2 Allah.warak sbg tahap org awam..jaga agama dari jatuh kebinasaan,jauh dari kejahilan..-ikut panduan Al-Quran dan hadis..
-Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
-beza kita dgn binatang hanyalah akal.kita mng sbb ada akal..tapi bab lain,semua menang ke haiwan.contoh:-kalau berlari,menang kuda..-tapi syg,manusia tidak ramai yg mengunakan akal,malah byk mengunakan nafsu..kalau ramai yg guna akal,mereka pasti cari bekalan utk akhirat.
-org yg snggup bersusah payah krna duit, dia hamba duit..ssiapa yg bersusah pyah keran allah, dia hamba Allah..nak cari dunia,cari duit tak salah..Allah tak marah..tapi akhirat pun kena cari juga..yg ramainya cari dunia lebih rmai dari cari akhirat..dalil:-tgok sndri ahli saudara2 kita..
-ada sikit sifat warak tak pe dah..jgn tak de langsung..nak tahu halal atau haram, majlis ilmu la tmpat nye..kena g dengar..tak rugi se sen pun..dop kena byr pun..tgok bola buleh,kena byr lagi..g dengar tak leh..tu kate, bodo pada kambing..lepas dgr pun boleh tgok bola..sia2 je la Allah bg akal, tapi tak nak guna.
-jauh dari majlis ilmu,dia akan jauh dari ilmu..bila jauh dari ilmu,ia akan berada dlm kejahilan..

2.bijaksana..-org yg paling cerdik adalah org yg melihat kesilapan,kesalahan diri sendiri..bukan melihat kesalahan org lain..biar ada persaan tu..ada dlm hati..jahilnye aku dlu..byk wat dosa dlu..biar ade, baru comey..
-yg ramainye,tengok keburukkan org lain, keburukkan diri dop tau..jaga tepi kain org buleh,dop saloh..yg tak boleh nye jaga tepi kain hal rumah tangga org.yg tu tak boleh.-menjadi fitrah manusia suka crita dan dgr pasal keburukkan org lain..cite atau dgr kebaikkan org lain jarang..sbb dlm diri byk dosa..sbb tu jd cam tu..
-org lain buat smeua tak kena..yg comelnye kita..ini bukan perangai org beriman..-org nok nikah,dia serabut,org cerai pun dia kata-laa...dia nikoh 2 ke,3 ke,dia cerai ke..dop guna se sen pun pitih tooookkk mu..
-setiap ape yg kita kata kat dunia, akan disoal balik diakhirat kelak..ingat molek..kalau salah wat kita kate..neraka la jwbnye..

3.akhlak yg terbaik.-contoh yg terbaik dulu,kini n forever ialah Nabi Muhammad s.a.w..-kalu kita nak cemerlang kat dunia, kita kena ada ilmu dunia..kalau kita nak berjaya diakhirat,kita ada ilmu utk akhirat..
-mslah skrg byk yg cari dunia..-jgn anggap manusia yg beri rezeki..yg beri rezeki hanyalah Allah..Allah bg rezeki, tak ada sape2 pun boleh halang..
-mane yg kita pilih miskin masuk syurga atau kaya masuk neraka???renung2kan..

soal jawab.
1.menantu buat mak mertua sakit hati-anak wajib taat pada ibu bapa.tak wajib taat pada ibu mertua..tapi wajib hormat..haram sakitkan hati sesiapa.tapi tengok dlu siapa yg punca mulakan sakit hati..
2.main msg dgn bukan mahram-bila timbul nafsu syahwat-haram(dosa kecil)..bila benda mustahak-harus..bila benda laro-makruh..tapi ingat-walupun dosa kecil ia boleh jd dosa besar atas beberapa sebab..
3.makmun masbuk waktu subuh rakaat kedua-sunat baca qunut sekali lg..tak baca pun tak ape.sah solat.
4.bila meraikan org kaya bukan atas sebab dia soleh,maka hilang agamanya 2/3..
5.tarian poco2 tapi tak ade niat nak ikut agama mereka..-jawapnnye ce mu pakai lambang salib tekak,tapi tak de niat??sama dop..haram tarian poco2 sebab ia buat lambang salib..ke kiri selangkah,masuk tgh balik,pastu kekanan selangkah.masuk tgh balik,keatas selangkah,pastu masuk tgh balik,ke bawah 2 langkah.kebwh panjang 2 pnjg..mmg bentuk salib..
6.suami boleh berbohong pada isteri utk menyenangkan hatinya..contoh:-isteri hitam,tapi suami ttap gtau ia putih utk menyenangkan hatinya..

wallahualam..

Khamis, 28 April 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Wakaf Bharu-28/4/11



-sejahat2 manusia adalah org yg ingkar pada perintah Allah..Allah wajibkan solat,kita tinggal solat.
-"Apa yang memasukkan kamu ke (neraka) saqar?" Maka para penghuni Saqar itu menjawab : "Mereka menjawab: "kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang bathil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian". Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa'at dari orang2 yang memberikan syafa'at".
-org yg tak solat lebih jahat dari syaitan..sebab syaitan sujud pd Allah,tapi tak sujud pada adam.org yg tak solat dia tak sujud pd Allah.bermakna jahat dari syaitan..
-"Amal ibadah yang paling pertama diperiksa di hari kiamat nanti adalah shalat"
-kata Malaysia negara Islam contoh,tapi kasino ada,judi diluluskan, kilang arak ada.pusat nombor ekor pun ada.kat kilang arak pun ada surau..pelik betul..
-apabila membenarkan arak dan judi dlm negara, bermakna mereka membenarkan kerja2 syaitan..
-berilah peringatan,kerana dlm peringatan ada yg berguna..
-byk benda keji dah berlaku kat negara kita..perbuatan zina adalah perbuatan yg munasabah..tapi kalau sumbang mahram adalah keji, ayah rogol anak, datuk rogol cucu,abg rogol kakak..sebabnya pemerintahan dimalaysia adlah sekular.perbuatan gay,lesbian makin byk..-kambing jantan pun tak "main" dgn kambing jantan..bodo pada kambing..
-banyak atau sikit,walupun setitik,mabuk atau tidak memabukkan,arak tetap haram..
-kalau masa dlu2 byk tinggal solat pertama skali qada dhulu kalau ada masa-apabila smpai satu masa,insyaAllah akan sampai rasa had kita qada tu lebih..sebab tak rasa lebih, sebab kta tak qada..
-Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
Sehingga kamu masuk kubur.(at-takathur 1-2)-manusia mmg jarang rase bersyukur..kalau beri dua bukit emas, nescaya manusia akan nak yg ketiga..bila masuk kubur, baru semua akan menyesal..masa hidup jarang menyesal..

wallahualam..























Rabu, 27 April 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau bukit kecil-27/4/11-Kitab Kemusykilan Agama-23 J'Awal



*baca quran tp tak tahu makna, adakah dpt pahala??

-"Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf." (HR Tirmizi dan Ibnu Mas'ud).
-hanya ayat quran saje bila kita baca dpt pahala, walupun kita tak tahu makna..kalau zikir tak dpat pahala kalau tak tahu makna.-baca ayat pahala lain,tahu makna pahala lain pula.
-walupun tak tahu makna, belum tentu lagi kita selamat..yg afdalnya bila kita baca kita tahu maknanya..mula2 baca, kemudian tahu makna,dan kemudian ikut ape yg ada dlm quran baru kita selamat..kadang2 bila kita baca dan tahu makna, tapi langgar juga..
-baca 3 hufur je dpt 30 pahala..tapi kita susah nak buat sebab benda akhirat..1 HURUF PUN BELUM TENTU KITA BACA..
-
*apakah itu mati??
-Mati adalah berpisah roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yg penyudah dlm kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yg kekal abadi yang bermula dari alam kubur.
-Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."(Surah an-Nisaa' ayat 78)
-Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."(Surah al-A'raf ayat 34)
-Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat"al-imran 185
-bg org yg soleh dan beriman mereka suka pada kematian..bukan bermakna suka utk mati, tapi redha utk bertemu dgn Allah dan merasai nikmat ganjaran dari Allah..
-kebanyakkan manusia yg belum bersedia utk mati menemui ajal..nauzubillah..
-ALLAH SUKA ORG YG SENTIASA MERASAKAN DIRINYA BERDOSA DARI ORG YG TIDAK PERNAH MERASAKAN DIRINYA BERDOSA..BANYAK MANA DOSA ITU, HANYA TUAN EMPUNYA DIRI SAJE YG TAHU..
-org kafir dan menyitai dunia takut pd kematian..

soal jawab
1.tahyatul masjid dlm surau-mazhab syafei kata tak boleh,mazhab hanbali boleh.
2.PAKAI TUDUNG KENA TUTUP DEPAN DAGU,BUKAN BAWAH DAGU..KALAU SOLAT TAK SAH.
3.sombong dgn ilmu-rase dirinya yg pandai,tak nak berkawan org yg tiada ilmu..semuanya akan dihumban dlm api neraka.
4.memberi salam selepas solat-tidak memberi salam kpd sape2 tapi hanya utk keluar dari solat.setgh ulamak kata memberi salam pd semua makhluk2 yg beragama Islam.
5.tak boleh solat duduk lebih dari paras imam walaupun terdesak.
6.sebut "aku cerai mu" 3x.kalau niat 1 kali sebut utk satu cerai jatuh 3..tapi kalau sebab tak dgr,jatuh 1.
7.org perempuan boleh pakai celak di luar rumah tapi tak boleh melampau2..yg hairannya dpn suami tak nak pakai..

wallahualam..

Selasa, 26 April 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Ladang-26/4/11-22 J'Awal



*kitab Jihazul Madihah
-smbungan bab jenazah-makruh mengiringi jenazah dgn api(bawa obor) krana ia seperti agama org majusi.kalau niat nak tiru adalah haram..melainkan berhajat seperti tanam pd waktu mlm.
-sama juga pasang lilin di siang hari di dlm rumah-ianya dilarang.
-kata setgh ulamak sengaja tanam pd waktu mlm adalah haram.
-hukum mengiringi jenazah juga makruh.-sunat bakar kemenyan pd jenazah smasa mandi dan kafan.
-imam nanawi mengatakan sunat kita berdiri jika ternampak org membawa jenazah..
-Saat jenazah diletakkan (di atas pengusung)  dan telah diusung di atas pundak lelaki, sekiranya jenazah itu soleh, dia akan berkata, “Percepatkanlah diriku”.  Jika jenazah tidak soleh, dia akan berkata, “Celaka aku, ke mana akan mereka membawaku?”.  Suara itu bisa didengar oleh setiap benda kecuali manusia.  Sekiranya dia mendengarnya, pasti dia pengsan.
-maksud "percepatkanlah"-Kalau si mati seorang yang soleh, dengan gembiranya ia berkata; “Segerakanlah olehmu membawa aku ke kubur!” Tidak sabar lagi ia menunggu masa untuk menemui Ilahi dan mendapat balasan nikmat dariNya. Sebaliknya jika mayat itu semasa hidupnya suka membuat mungkar, dengan penuh ketakutan ia bertanya; “Ke manakah kamu semua membawa diriku ini?” Ketika itu, perasaan gerun terhadap balasan seksa dari Allah Azzawajalla sudah tidak dapat dibendung lagi.
-semau makhluk dgr ape yg di ucapkan oleh jenazah kecuali manusia.
-org islam boleh melawat kubur org kafir,tapi tak boleh ikut upacara agama mereka.tapi hanya utk mengingatkan kita pada kematian.
-bila org tgh bawa jenazah,sunat kita berdoa sekurang2nya "allahumma firlahu".tak rugi pun kalau kita berdoa.sebab mereka juga sedara sesama islam.bukan hanya berdoa pd adik beradik kita je.

*kitab bahrul mahsi-bab maki memaki
-dpt 3 dosa bg org maki memaki-dosa langgar perintah Allah,dosa memulakan maki,dan dosa kata maki itu..-kalau org balas balik maki itu tinggal dua dosa.
-balas maki-boleh dgn syarat-yg pertama-maki yg seumpama-contoh-si A:keras kepala mu..si B balas : mu la keras kepale..yg kedua:-tiada tuduhan.contoh:-mu r penzina-tak boleh.haram.yg ketiga:-tidak melibatkan ahli keluarga.contoh:-tok mu giler..tak boleh..haram..
-maki org yg telah mati-tak boleh.
-“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)
-maki org Islam itu fasik..maki org kafir tak fasik..

soal jawab
1.pertandingan futsal,memancing atau seumpamanya-haram kalau ada unsur perjudian. contoh:bayar yuran 50.sape mng dpt duit hasil kutipan yuran tu..
2.kena bayar fidyah tapi tak jumpa 60 org fakir miskin-hanya jumpa 10 orang,mesti bagi 6 sorgn fidyah..tapi dgn syarat bersuaha mencari dlu..
3.boleh baca surah yg sama dlm solat,sunat baca surah lain2.
4.main daun terup tapi tak berjudi-tak boleh,sebab daun terup dicipta utk permainan judi,utk maksiat..ianya benda dilaknat..

wallahualam...

Isnin, 25 April 2011

Kuliyah Ustaz Azhar Idrus-Masjid Pulau Ketam-25/4/2011-Kitab Anak Kunci Syurga-21 J'Awal



*syarat wajib solat(yg luar dari ibadat) contoh wuduk.b'agama Islam.baligh.berakal.suci drpd haid dan nifas.
-sape dah solat jumaat, haram dia solat zohor krana menambah waktu solat..sehari hanya 5 waktu.
-org yg sengaja meniggalkan solat wajib kena kena hukuman hudud.
-walaupun org kafir terlepas dari tuntutan dunia, tapi mereka takkan terlepas dari tuntutan akhirat.
-solat tak wajib atas org gila dan kanak2 yg belum baligh.-start umur 7 tahun, mak ayah kena suruh sembahyang.masuk 10 tahun, kalo suruh semayang, tanak semayang jugak, mak bapak boleh rotan anak.kalau tak suruh,mak yah yg berdosa.kalu dah suruh,tapi tak nak buat,dah terlepas dari dosa.
-3 golongan yg terlepas dari dosa:-kanak2 yg belum baligh,org yg tido hingga bangun,dan org giler hingga dia sembuh..
-anak2 yg belum baligh buat amal kebajikkan dpt pada mak ayah.
-gila ada dua jenis,ada yg haram,ada yg tak haram.yg haram yg berusaha utk jadi giler-contoh hisap dadah,hidu gam,minum arak,tak sabar sebab mati anak.
-yg tak haram bila dah ditakdirkan dari Allah.
-ulamak kias yg 7 tahun bukan hanya solat,tapi ibadat lain juga termasuk seprti solat,tutup aurat.
-TAPI ZAMAN SKRG MAK YAH TAK PENTINGKAN BAB SOLAT, YANG PENTING BAB AKADEMIK..TAK BIMBANG ANAK TAK SOLAT, TAPI BIMBANG KALAU TAK DAPAT 5A,10A..

*syarat sah solat ada 9 perkara.
1-menghadap kiblat.kiblat adalah arah kaabah.-dlm kaabah boleh kiblat ikut mane2 pun.-kalau solat duduk yg tempat ada dalil,tapi salah kiblat wajib ganti balik..kalau tak ada dalil,tak perlu ganti contoh dlm hutan.
2-tutup aurat..tutup stakat yg mampu.klau ada seluar pendek saje,wajib solat juga.contoh duduk dlm penjara..masalah qada,berlaku khilaf..yg penting solat itu wajib walaupun sakit sekalimanapun..
-bila seluar kena menitik air kencing sikit,ramai yg tak solat..kain tak bawak..bab solat, ramai yg ambik mudah..ulamak feqah,dlm keadaan telanjang pun wajib solat.contoh:-dlm hutan,klau ada daun,tutup dgn daun..kalau ada selut(lumpur),kena tutup dgn selut..kalau ada sungai saje,wajib solat dlm sungai..buat yg stakat mampu dan tidak memudaratkan diri.
-TIAP2 HARI MAKAN REZEKI ALLAH BAGI..TAPI TAK SOLAT..BASE MUKA TAK MALU..

soal jawab.
1.takbir dlm bahasa melayu-tak sah solat.
2.baca al-fatiha dgn 1 nafas atau dgn 1 wasal-harus..
3.najis serigala sama dgn anjing.
4.berkata kesat dlm hati pd org lain-dosa kecil.
5.nampak warna kulit masih dikira tidak menutup aurat,.
6.beranak lepas mlm raya-tak wajib zakat sebab tak hidup lg masa ulan ramadhan.
7.Nabi Isa masih hidup..
8.air ribena-malysia kata tak ada alkohol, pengeluar kata ada alkohol..tinggalkan lah yg meragu2kan..
9.isteri batal wuduk cium jenazah suami..tapi sunat cium.
10.lelaki jd perempuan.-kalau jenazah kena iku jantina asal..mandi,kafan,solat mayat cara lelaki.
11.harta suami isteri sepercarian,ada 2 org anak.-isteri meniggal,suami kahwin lain.harta tu tak boleh buat atas nama suami.kena bahagi dua..yg separuh nama isteri di kira harta faraid.
12.boleh letak najis kat tempat org buat maksiat.
13.wasiat benda haram dan benda wajib tak sah.contoh-kalau aku mati, mu tak payah pakai la tudung..tak sah.
14.masalah bayi 6 bulan ke bawah-kalau hidup mesti mandi,kafan,solat,tanam...kalau tak hidup mandi,kafan,tanam..kalau 6 bulan ke atas emsti mandi,kafan,solat,dan tanam..

wallahualam..

Khamis, 21 April 2011

kuliyah ustaz azhar idrus-masjid Batu 6,20/4/11-kitab hadis 40-17 J'Awal



*bab mati

-dari segi umum maknanya binasa-mati bahasa arab-ketiadaan hidup bagi mereka yg mula dulu hidup..-semua makhluk akan biansa.yg tidak binasa hanyalah Allah.-maksud ajal bukan mati,tapi habis tempoh..
-"setiap yg hidup pasti akan merasai mati"-(surah Al-Imran:185).dalil,TIAP2 HARI ADA BERLAKU KEMATIAN.-tapi kita jarang ambik pengajaran sebab kita kurang sedar.kadang2 van jenazah duk sebelah, kita tak sedar pada mati..
-tiap2 yg akan dtg itu sgt dekat..tiap yg berlalu sgt jauh..-mati adalah satu perjalanan,samada senang atau susah..samalah dgn hidup,ada susah,ada senang.-kalau hidup nak senang dgn duit,tapi kalau mati nak senang dgn bekalan pahala..-bawa dosa dlm kubur pasti akan mendapat kesusahan.tak nak susah dlm kubur,bertaubat..hari ni org masih lg panggil nama kita,esok belum tentu,samada ada nama kita,atau Allahyarham..
-roh orang yg beriman akan naik ke langit..dan roh org kafir dan orang Islam yg zalim,lawan Allah,lawan Islam,roh nya tidak akan naik..Allah tidak membuka pintu langit bg roh2 mereka.roh yg naik ke langit,malaikat akan bawa utk dihadapkan pada Allah utk dirahmati.
-BERAMALAH DGN IKHLAS KERANA ALLAH WALAUPUN SEDIKIT..
-selepas dihadapkan pada Allah,roh itu akan turun semula utk bertemu jasad didlm kubur dalam alam barzakh..dan akan ditanya soalan2 oleh mungkar dan nakir..
-soalan pertama:- Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat.2-Siapakah NABI mu.3.Apakah AGAMA mu ? 4.Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu! 5.Siapakah SAUDARA mu ?
-malaikat akan tanya kita dlm bhasa arab,dan akan dijawab dlm bhsa arab..persoalan pandai tak pandai bhsa arab itu kuasa Allah..Allah maha Kuasa.-hukum bljar bhsa arab adalah fardu kifayah..
-kalau kita kasih pada teman lelaki atau perempuan yg berasal dari jepun, kita mesti nak belajar bhsa jepun sebab kita kasih..tapi kenape kita tak blajar bhsa arab,sedangkan kita kata kita kasih pada Nabi Muhammad??tepuk dada,tanya iman..
-selepas sesi soal jawb selesai, bagi yg berjaya rohnya akan dihantar ke syurga..dpt jawab soalan mungkar nakir, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.
-bila taubat kita diterima,Allah akan padam balik perbuatan dosa kita,dan tidak akan ditayang lagi di padang masyar.
-org kafir juga ditanya soalan2,dan mereka tidak dpt menjawabnya..nauzubillah..Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

soal jawab
1.tak bayar saman-saman adalah peraturan manusia..kalau ia bercanggah dgn hukum syarak,tak perlu bayar.contohnya saman itu bersifat zalim.kesalahan kecil,tapi kena bayar mahal..
2.cara dapat syafaat nabi-selalu selawat pada baginda,kasih padanya,ikut sunnah baginda dan sebagainya.
3.main dam haji-hukum harus,tapi jgn melampau..main 2 3 papan itu hobi.tapi bila main dari pagi sampai petang tu giler b...
4.tak pergi solat jemaah berlaku khilaf..tapi pergi kat org mengajar wajib jika kita tak pandai..
5.tak leh sebut huruf ra-dimaafkan syarak..tak digalakkan jadi imam melainkan semua makmun tak leh sebut huru ra.
6.nak dakwah pada remaja-jgn sekat hobi mereka,rapat dgn merekaajak mereka..dakwah biar pandai..jangan wat sombong dgn mereka..

wallahualam.,,..






Rabu, 20 April 2011

kuliyah ustaz azhar idrus-masjid pulau serai,dungun-20/4/11-16 J'Awal



-sambungan bab taubat
-Beristighfarlah dan selalulah bertaubat, kerana pada Dia, kita memohon segala-galanya. Itulah pesanan yang kerap diterima dari para ulamak. Jangan meremehkan istighfar. Istighfar mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun perkataan itu kelihatan seperti pengakuan taubat, namun implikasinya terlalu jauh dari itu. Istighfar tidak hanya boleh disebut sewaktu selesai bersolat. Ianya boleh disebut dimana sahaja, pada bila-bila masa.
-afdal kita iku hadis,jika hadis tu sebut 33x subhanaalah..afdal kita sebut 33x.-perumpamaan org yg berzikir kepada Allah swt dgn org yg tidak bzikir kpdnya sprti perumpamaan org yg hidup dan org yg mati.(H.R.Bukhari)
-"Ketahuilah dengan 'dzikirulldh' itu, tenang tenteramlah hati manusia "
(Surah Ar-Ra 'd: 28)
-Nabi s.a.w menyifatkan suatu kaum yang berkumpul kemudian bersurai dengan tidak berzikir, adalah umpama bangkai keldai dan keadaan mereka itu menyedihkan.
-ape yg kita zikir di mulut,biarlah hati ingat akan pada Nya..
-"Zikir yang paling afdal adalah Laa ila ha illallah. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah)"-Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi. -Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
-Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ˜Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ˜ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya'.
-Rasulullah SAW telah bersabda: Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
-Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".
-yg beri smangat pada kita biasanya bukan agama,TAPI DUIT..sebab Allah bayar lambat,sebab tu kita tak semangat.
-sebut sekali pun jadi dah,biar tak banyak pun..banyak2 kalau salah,tak guna juga..-nak buat ibadat,kena belajar dulu,baru allah terima..bukan 8 jam pun kena belajar..sejam cukup  r..8 jam tu cari dunia je..tak rugi pun g belajar.
-buat amal tnpa ilmu ibarat debu yg berterbangan.

*kitab penawar bagi hati(pada menyatakan fungsi kemaluan)
-nabi bersabda,"berkahwin oleh kamu nescaya kamu mendapat anak-anak maka bahawasanya aku bermegah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat."
-apabila mati oleh manusia muslim nescaya terputuslah amalannya melainkan daripada tiga perkara, sedakah jariyah , ilmu yang memberi menafa’at dengan dia , atau anak yang saleh yang mendo’a baginya.
-bulu kening pun ada kegunaannya-sape cukur Allah laknat.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

wallahualam..

Selasa, 19 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Masjid Pengadang Baru-19/4/11-15 J'Awal



*perkara2 yg membatalkan solat

yg ke3-kdtgan hadas kecil atau hadas besar.
-tak sedar solat dah batal,solat itu tak sah,wuduk pun sama..walupun tak sedar,wuduk itu juga batal.
-kalau sedar solat dah batal,haram teruskan solat-kalau solat jemaah kena keluar dari jemaah,atau duduk sahaja.
-solat tak batal,tapi tak dapat pahala-contoh:-solat tapi ada perasaan riak.
-Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.”

yg ke4-kedatangan najis yg tiada dimaafkan-ada dua jenis,dimaafkan dan tak dimaafkan
-najis yg tak dimaafkan datang masa solat-batal solat itu.
-kalau darah(bkn darah haid) kluar sdikit dimaafkan.kalau banyak,batal.
-ketika solat, najis jatuh,kena buang dgn segera,tapi jangan sentuh najis tu.kalau biarkan saje,batal.

yg ke5-syak pada niat atau takbiratulihram serta panjang masa syak-kalau sekali sekala was2 itu dtg tak batal sebab itu khuatir syaitan,jgn layan perasaan was2,tapi kalau berpanjangan sampai ke salam,batal solat..

yg ke6-syak pada satu syarat drpd segala syarat seperti bersuci umpamanya pada hal berkekalan atas syaknya.was2 mandi wajib ke tak lagi,dah ambik wuduk ke belum..

yg ke7-was2 smbhyg yg diniatkan samada zohor atau asar,mgrib atau isyak dan seumpanya.

yg ke8-niat memutus akan smbhyg-niat nak batalkan solat,nak berhenti solat kalau tlfon berbunyi

yg ke9-digantung hendak memutus akan smbhyg dgn sesuatu

yg ke10-memalingkan smbhyg yg ada didlm kpd yg lainnya..

yg ke11-mengerjakan akan sesuatu rukun perbuatan pd yg bukan tempatnya atau dgn lupa dan panjang masa berpalingnya daripada rukun:-contoh bg salam semasa rukuk-batal.

yg ke12-berpaling dadanya dgn sngja ketika memberi salam.-dada tak boleh bergerak ktika salam,yg bergerak hanya kepala.

soal jawab
1.harta pusaka-mesti ikut faraid,waris semua setuju,baru boleh bahagi sama rata.
2.daging korban tak boleh bagi pada tukang lapah dan tukang sembelih atas dasar upah.
3.datang haid tak boleh naik atas masjid walupun semasa akad nikah-boleh je kan perempuan duduk luar pada masjid.lagipun lelaki je yg akad nikah,bukan perempuan.
4.kalau sebab darurat,boleh naik atas masjid ketika dtg haid.contoh dikejar pembunuh,perogol.
5.lepas salam baru tahu arah kiblat salah..tengok keadaan dulu.kalau dlm hutan,tak wajib solat balik.kalau tmpat terang,dan boleh tahu arah kiblat,mesti solat balik..keadaan satu lg,ketika tgh solat,ada seorang bgtahu arah kiblat salah,maka teruskan solat.ikut imam syafie biar ckup 5orang bgtahu kiblat salah,baru berhenti.
6.faraid bg anak khunsa-khunsa ada 2 jenis-iaitu khunsa wadhih atau jelas dan khunsa musykil.Khunsa wadhih ada dua alat kelamin dan kalau ukur dari segi feqah tak dapat kesan dari kecil hingga baligh. Kedua-duanya berfungsi dengan baik. Khunsa musykil pula ada dua alat kelamin tapi satu lebih dominan.kalau yg jenis musykil-atas lelaki pun boleh,atas pun perempuan pun boleh.
6.melabu saham dlm ASB-kalau ada unsur riba-haram.
7.sunat semasa kita istigfar,kita ingat kesalahan kita.
8.bg fidyah kepada adik beradik yg miskin-boleh.
9.haram kita ambik balik harta yg kita bg pada org lain,melainkan ayah dgn anak,mak dgn anak,dan tok dgn cucu.
10.terlupa satu rakaat sebab makmun masbuk.lepasa salam boleh teruskan naik tmbah 1 rakaat,dgn syarat tidak lama masa penceraian itu dan tak buat perkara yg membatalkan solat.

wallahualam..




Isnin, 18 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Masjid Balok Makmur,Kuantan-18/4/11-Kitab Jami'ul Jawamie-14 J'Awal


BAB SUJUD SAHWI-sujud sahwi ertinya kerana terlupa mengerjakan sesuatu yang sunnah(d dalam solat) -sujud yg dilakukan 2 kali slpas tahiyat akhir dn sblom salam..
-utk ttp kccacatan lam mlaksanakan solat sbb tlupa...
-hukumnya adalah sunat..-ttp mnjadi wajib BG MA...KMUN bila imam itu sujud..apbla tidak sujud maka batal solat nye...(imam nawawi) Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakuk slps berii salam.
-cara bacaan sujud sahwi(tiada hadis yg mnyuruh bca ape2)tp ada 3 pndangan ulamak:
1)baca sama sperti sujud biasa..
2)baca yg maknany "Maha Suci Allah yg tidak tidur dan tidak lupa"
3)tidak baca ape2..
-cakap dgn tak sngaja tak batal solat,dgn syarat tidak lebih 6 perkataan..klau sngaja 1 patah pun batal.
-makan dgn tidak sngaja tidak batal,tapi dgn syarat sedikit.kalau sngaja,sebutir nasi pun batal.
-menambah rukun perbuatan dgn tidak sngaja,tidak batal.

*BAB SUJUD TILAWAH ATAU SUJUD SEJADAH

-Sujud Tilawah dpt dilakukan apabila seseorg mbaca ayat Al Qur’an dan tiba pd tempat2 yg dianjurkan bsujud, baik dalam solat atau diluar solat. Dalam sujud dianjurkan membaca:"Sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wasyaqqa sam’ahu wabasharahu bihawlihi waquwwatihi. “Aku bersujud kepada Allah yang menciptakannya, memberikan pendengaran dan penglihatan dengan kekuasaan dan kekuatan-Nya”.
-Bila sujud tilawah dilakukan di luar solat,pembaca ayat yang ditentukan melakukan sujud Tilawah, maka pendengar (menyaksikan) dianjurkan ikut bersujud;bila mereka tidak ikut bersujud, maka tidak akan berdosa baginya.sunat shaja.
-Bila dalam solat berjamaah dan Imam bersujud Tilawah,maka makmum wajib ikut bersujud, bila makmum tidak bersujud,maka gugurlah kedudukan sebagai anggota solat berjamaah.
-ketika bca Quran,sunat kta sujud bla baca ayat sejadah..-wlaupun org lain yg baca,sunat jga kta sujud..wlaupun yg baca quran itu x sujud..-dgr kaset.tv ke sunat kita sujud.. -kalau dgar org baca Quran tau azan dlm hutan itu adlh suara jin islam..


SOAL JAWAB:

1)makmum xnmpak imam,xdgar sore imam,xnmpk makmum len,xtau imam watpe,xsah solat ny... 2)sah solat mgikut imam yg suka buat dosa kcik..(imam fasik)..tp kalau ad yg lbih baik,afdal dy yg mnjadi imam..
3)utk mndpat kmanisan iman-buat pkara2 yg nafsu x suka..cth: bngun tngah malam...
4)hukum bila burung walit-harus..
5)menantu x wajib taat pd mak ayah mertua tp wajib hormat..
6)ggur kndungan xharam sblom kndungan ckup 4 blan..
7)hkum ttp aurat bkn dikira brada luar atau dlm rumah..ttp bila ada llaki ajnabi..WAJIB TUTUP..
8)bila nmpak tahi bntang,sunat berdoa.."
9)hukum tiup lilin adlh haram smasa sambut hari jadi..sbb ikut kaum kristian... "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka termasuk mereka"
10)makan duit haram,solat sah tp xda pahala, xditerima Allah..

wallahu'alam..

Sabtu, 16 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Masjid Titian Baru-16/4/11-Kitab 40 hadis Akhir Zaman-12 J'Awal

Hadis 1 - TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin
Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diadaadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

keterangan

• Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama:
Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
-klau org pesan,tazkirah tentang bab akhirat,tapi hati tak de rase ape2,rase takut ke,maknanya hati kita ada masalah..
-ape yg kluar dari mulut Nabi s.a.w semuanya berharga walaupun perkataan nya sedikit tapi byk maknanya..
-zaman skrg dah kacau bilau,huru hara,tak ikut undang2..
-Allah tak pandang harta,pangkat atau darjat seseorang,tapi Allah pandand ketaqwaan,makin tinggi taqwa sesorg ,makin mulia disisi Allah..
-taqwa janga sekadar lafaz sahaja,tapi biar ada dlm hati.contoh:-dlm khutbah jumaat,menyuruh semua bertaqwa,tapi takut nak nyatakan kebenaran..takut nak kata yg betul..tak semua masjid cam tu,sesetgh je..

soal jawab
1.niat nak pergi berkelah di waterpark gambang..tapi tempat tu byk dedah aurat.-boleh jamak qasar,sebab niat tak nak pergi tengok aurat.tak dikira perjalanan maksiat.kalau niat nak buat maksiat,tak boleh jamak qasar.
2.makmun masbuk ketika imam baca tahiyat akhir,tiba2 imam sujud sahwi-imam ghazali kata,hendaklah kamu sujud sekali mengikut imam..
3.makna sunnah-perjalanan Nabi-ape yg Nabi pakai,percakapan Nabi..
  makna afdal-ape yg lebih baik..
4.lpas mandi wajib terlihat ada kesan cat pada tubuh badan-kalau kecik saje,dimaafkan syarak,andaikata ia seorg tukang cat.
5.tak haram makan nafkah ayah yang tak solat.
6.jual cicak pokke-kalau tujuan perubatan,harus..kalau tujuan makan,haram.
7.nak jadikan seseorg itu imam,tapi kita tak tahu dia solat ape,tak sah ikut..
8.nak solat fardu berimankan org yg solat sunat atau nak solat sunat berimamkan org yg tgh solat fardhu-hukumnya berlaku khilaf..jumhur ulamak kata yg afdal,solat sunat,utk solat sunat,dan solat fardu utk solat fardu..
9.berkata,"kalau ikut hukum,tak kan maju nya"..-rosak akidahnya..
10.memindahkan jenazah-byk pendapat,antaranya-1.dimana dia mati,disitu dia kena tanam(kwsan kubur)..2.boleh pindah,tapi dgn syarat tidak melebihi had musafir.3.boleh pindah mane2 tapi jgn sampai mayat itu berubah.
11.makruh imam perempuan baca kuat,sunat baca perlahan,bagi imam yg solat jemaah bersama perempuan.
12.boleh mengumpat menceritakan keburukan atau maksiat yang telah dilakukan oleh seseorang kepada pihak atau individu yang berkuasa atau bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran tersebut.dgn sebab kezaliman ia, Islam tak dpt naik..Islam ditentang.
13.tidak haram sengaja berhenti solat utk menyelamatkan nyawa seseorg.contoh:-anak kecil turun tangga.
14.wat umrah gunat duit rakyat-tak boleh..

wallahualam..

Jumaat, 15 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Masjid Rhu Muda-15/4/11-Kitab Sulam Mubtadi-11 J'Awal

*sebab perkataan akidah jadi rosak
-Iman boleh juga rosak melalui perkataan.ianya boleh berlaku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan2 yang boleh merosakkan iman ialah:
-kata kpd org lain kafir,yahudi,nasrani dgn niat nak jadikan org lain itu kufur.maka yg kata itu jadi kafir.
-Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah.-mempersendakan janji2 Allah.
-agama Islam jangan wat gurau.boleh jadi kafir-contoh:"kata istana tak ada dlm syurga,kata neraka tak panas".padahal niat wat gurau je,rosak akidahnya.
-Menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Contohnya: Menghalalkan riba, zina, arak, judi dan lain-lain. Mengharamkan poligami dan lain2.-hina perintah Allah.kata tutup aurat tak wajib..kata ada kiblat Allah tak nak ikut..
-kata Allah zalim sebab org sakit pun kena solat..
-MASA KITA SIHAT JAGALAH KEWAJIBAN SOLAT 5 WAKTU, INSYAALLAH MASA KITA SAKIT ALLAH AKAN JAGA SOLAT KITA..tak percaya,TENGOK KAT HOSPITAL,RAMAI MANE YANG SOLAT KETIKA SAKIT..
bukan nak sangka buruk,tapi kenyataan..tak percaya pergi tengok.
-ingat 5 perkara sblum 5 perkara-1.Sihat sebelum sakit.2. Muda sebelum tua.3.Kaya sebelum miskin.4. Lapang sebelum sempit.5. Hidup sebelum mati.
-kata ape yg berlaku itu bukan takdir Allah..
-hina sahabat Nabi haram-tapi kalau hina Nabi jadi kafir.Mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran baginda rosak akidah.
-persendakan sunnah Nabi jd kafir-walaupun kita tak amal sunnah Nabi,cintalah pada sunnah baginda.
-nama baginda seluruh dunia sebut,tak putus2(azan).nak masuk Islam pun kena sebut nama baginda(mengucap).itulah dia kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w.
-ape yg kait dgn Nabi,jd kafir terus kalau kita hina ape yg ada kaitan dgn Nabi.contoh:-kata selipar Nabi hodoh.
-hina fatwa yg dikeluarkan org alim,kata laknat pada org alim.
-kata tiada kaitan dgn Allah,tak ada kena mengena dgn Nabi,tak ada kena mengena dgn hukum Quran.
-mempersendakan ayat2 Al-Quran..kata sedap dgr lagu dari dgr quran,jadi kafir.
-maki Nabi dan malaikat.
-Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk "zaman unta" dan sebagainya.
-Seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain ia telah murtad. Ini adalah dosa terbesar. Kerana itu seseorang yang telah murtad wajiblah bertaubat. Syarat-syarat taubat orang murtad ada dua.
   1. Mengucap dua kalimah syahadah.
   2. Membaharui dan membetulkan keyakinan tentang apa yang telah diragukan, dikatakan atau dilakukan.


soal jawab

1.kentut selepas salam pertama-sah solat.
2.boleh solat ketika azan.tapi afdal tunggu azan habis.
3.tengok aurat dlm tv-kalau ia mendatangkan fitnah dan menimbulkan syahwat-haram tengok.
4.kuliyah kata kat orang-kalau tak kata kat orang nak kata kat sape.kata supaya ia dapat terasa dan sedar pastu berubah..ibarat ketuk paku,biar kena,bila kena ia jadi kemas.bila kemas,baru ada manfaat.
5.mas kahwin wajib tapi hantaran wajib atas adat je..tak nak bagi hantaran pun tak ape.

wallahualam...




Khamis, 14 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Kitab Hidayatus Salikin-10 J'Awal-14/4/11



-dan sunat hendaklah engkau sediakan pada ketika hndak tidur,bersugi dan tmpat berwuduk.-sunat sebelum tidur niat nak bangun tengah malam utk buat tahajud
-kata imam al-ghazali-"bermula 2 rakaat di dlm tgh mlm itu, iaitu 2 perbendaraan kebajikan drpd bendaraan kebajikkan dlm syurga.
-perbendaraan tu ialah bekalan pada hari akhirat.-kalau di dunia kita ada bekal utk dunia, diakhirat juga kena ada bekal,iaitu amalan kita.
-kalau bersentuh dgn suami isteri ketika tidur dgn keadaan berwuduk,wuduk itu batal,tapi pahala tetap berjalan sampai terjaga waktu subuh.
-sebab ape kita susah nak bangun tgh2 mlm?-sebab kita diikat dgn dosa2.benda senang jadi susah, benda susah jadi snang.
-sedangkan rabiatul adawiyah mampu melakukan 300 rakaat tgh mlm..tapi kita, 2 rakaat pun belum tentu..
-tak perlu buat banyak,buat sikit pun tak ape,janji istiqamah..
-bola sanggup kita tengok,tpai utk solat tahajud kita susah..nak senang buat,dgn 1 cara..biar ada org bg duit,ramai r buat..=)
-Rasulullah s.a.w. bersabda-Tidur itu saudara mati." Ingatlah bahawa Allah memegang jiwa kita sewaktu kita tidur. Hak Dia untuk mengembalikannya atau tidak.Ingatlah juga, berapa ramai saudara-saudara kita yang mati ketika tidur.
-tidur adalah sahabat mati..ketika kita tidur, jiwa kita untuk sesaat ada dalam genggaman-Nya dan akan dikembalikan-Nya, hingga kita bangun dari tidur...

soal jawab
1.kerja broker tanah-harus dlm Islam apabila mematuhi hukum syarak.bila tak ikut syarak jadi haram.
2.berubat dgn cara menggunakan makhlus halus-ulamak berpendapat mengtakan ia haram.
3.boleh ambik wuduk dlm bilik air yg sekali dgn tempat buang air besar..yg haram,bila baca doa,dlm tandas.
4.tok imam rukuk,makmun masbuk tak sempat baca fatihah-makmun mesti takbir dahulu,baru rukuk.biar sempat sekali dgn imam,bukan rukuk terus.

wallahualam..

Rabu, 13 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Surau Bukit Kecil-9 J'Awal-Kitab kemusykilan Agama-16/4/11

soalan-adakah baca surah yasin kpd orang sakit antara ibadat atau adat sahaja?
jawapan-mmbaca surah yasin pada org sakit adalah perkara ibadah..sunat-sbgaimana sabda Nabi s.a.w-bacalah sekalian kamu ke atas orang sakit hampir mati dikalangan kamu akan surah Yasin."
-sunat juga baca bila2 masa.bukan malam jumaat sahaja.hari jumaat elok baca surah Al-Kahfi
-ada ulamak mentafsirkan hadis diatas bukan sahaja utk org yg hampir pada kematian,ttp pada yg telah meniggal dunia.-krana ia boleh meringankan beban org yg tengah nazak.

soalan-kelebihan membaca Al-Quran
jawapan-"bacalah sekalian kamu al-quran,sesungguhnya akan dtg ia pada hari kiamat nanti memberi syafaat kpd pembacanya."
-YANG PELIKNYA,HARI2 KITA BOLEH BACA SURAT KHABAR,TETAPI QURAN SEMINGGU SEKALI JE..SURAT KHABAR TAK LEH BG SYAFAAT PUN PADA KITA KAT AKHIRAT KELAK,HANYA QURAN SAJE MAMPU TOLONG KITA..
-"perbanyakkanlah kamu dgn mmbaca quran dirumah kamu,sesungguhnya rumah yg tak dibacakan quran di dlmnya kurang kebaikkan dan banyaklah kejahatannya dan sempitlah diatas ahlinya..
-rumah dah besar,tapi tak ada org baca quran..sebab tu rase sempit..
-wat benda kena tipu kita duk baca(surat khabar),benda wat betul kita tak baca..kerja dunia 8 jam rase ringan,tapi bila baca quran 5 minit rase berat.sebabnya dosa kita banyak,hati kita gelap,sebab ada hijab antara kita dgn Allah,Allah tak redha,dan tak ada kasih syg antra Allah dgn kita..

soal jawab

1.sapu muka selepas salam hadis dhaif tapi kita boleh beramal.
2.sunat angkat takbir selepas bangun dari tahiyat awal.
3.lepas solat jumaat,boleh jamak takdim waktu asar..tapi selepas asar tak boleh jamak takhir solat jumaat.
4.tengah haid tapi nak mandikan mayat-boleh..tak ada syarat.
5.tak sempat solat jenazah sekali dgn jemaah,kemudian jenazah dah ditanam.boleh solat kat kubur.yg haram,bila tak ada orang solat di masjid atau kat rumah terlebih dahulu.pastu solat kat kubur.
6.kaki ekor zaman muda dahulu-beli kereta dgn duit ekor-sunat tak guna kereta tersebut.dan mestilah bertaubat nasuha.
7.roh org beriman naik ke langit,tapi roh org kafir,atau org zalim tak naik ke langit.Allah tidak buka pintu2 bg roh orang kafir dan org zalim.
8.polis wat roadblock ketika solat jumaat-adakah mereka diberi kelonggaran..-tengok keadaan dahulu,kalau hal sgt mustahak,dimaafkan-contoh ada pembunuhan,terpaksa kena wat roadblock.ada rompakan..
9.mandi wajib dalam tab mandi-boleh.lepas keluar dari tab mandi,air itu dikira air mustakmal..

wallahualam..






Selasa, 12 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Surau Ladang-Selasa-12/4-8 J'Awal



*Kitab Jihazul Madihah(bab urus jenazah)

-utk mayat kanak2,tidak pakai keranda untuk usung tak ape..sekadar dukung sahaja pun boleh..-bagi mayat perempuan sunat kita tutup samada kanak2 atau dewasa..tutup keranda..-haram kafankan jenazha lelaki dgn kain sutera atau kain mas.
-ape yg kita pakai masa hidup harus,harus juga kita pakai masa kafan..tapi bila haram kita pakai masa hidup, haram juga kita kafan dgn pakaian itu.
-kain tutup keranda yg ada ayat quran,harus..tapi kalau utk kafankan mayat,haram sebab boleh jd najis jatuh kena ayat Quran.
-bila masa mengusung afdal guna keranda yg jenis 3 segi.tapi sekarang kebanyakkannya 4 segi..jgn letak org yg kecik di belakang.takut mayat beralih..tak seimbang..
-sorang2 angkat mayat,makruh kalau ada lg org lain.-makruh juga org lain tgh usung,tapi kita naik kenderaan pg ke tanah perkuburan.,tapi bila balik sunat naik kenderaan..
-org yg tak usung jenazah,afdal berjalan dihadapan..mayat berada di belakang.
-sunat bwk mayat dlm keadaan segera,tapi bukan bermakna berlari..tapi percepatkan mayat utk ditanam..tidak melenggah2kan masa.
-jgn bising dan membincangkan hal2 dunia ketika usung jenazah..
-drpd Ummi Salamah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila kamu menziarahi org sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya malaikat mengucap 'Amin' terhadap apa-apa yang kamu katakan itu."(HR Muslim)
-Barangsiapa menyaksikan jenazah sehingga dia selesai melaukan solat akan mendapat 1 Qirat (ganjaran), dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga ia dikebumikan akan mendapat 2 Qirat. Telah bertanya : Ya Rasulullah, apakah makna 2 Qirat? Baginda berkata : Seperti 2 gunung uhud; ia itu ganjarannya” [Hadith Muttafaq ‘alaih]
-org perempuan tak leh menyaksiakan mayat g kubur..biar org lain balik dulu,baru buleh g..takut jatuh fitnah..sebab ramai zaman skrg,pakai cantik2 pergi kubur..bukan nak tengok,tpai nak tunjuk kecantikkan..
-sebab ikutkan adat,bila ada kematian,org perempuan yg baca yasin di halaman rumah..patutnye biar la lelaki yg baca,perempuan duk dlm bilik..

*kitab bahrul mahzi
-Rasulullah bersabda,Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.
-berdoa sekali utk kwan2,mudah2an Allah makbulkan..buka kita je tak nak susah,kawan kita pun tak nak jugak susah..jgn pentingkan diri sendiri..tak kena bayar pun kalau kita berdoa pada kawan2 kita..Islam itu bersaudara.ni tak time kita susah baru kita suruh kawan kita doakan kita..
-Nabi larang imam berdoa utk dirinya sendri..tak berdoa utk makmun..
-afdal kita berdoa di belakang kawan2 kita..takut bila berdoa depan kwan boleh jadi ikhlas,boleh jd riak..

soal jawab.
1.ada hutang dgn bos,tapi bos tak bayar elaun..tak boleh buat kira senyap gitu..kalau dah tak kerja dgn majikan tu tak ape..tapi kalau masih kerja kena bgtahu dulu bos ada hutang...
2.ada air separuh sahaja dlm baldi utk berwuduk..cetong tak ada..kena guna tangan,pada adatnya jadi air mustakmal..tapi kalau darurat,niat cebok masa guna tgn..dimaafkan..
3.masa sujud sahaja wajib lipat kaki..masa antara duduk 2 sujud atau tahiyat,sunat sahaja.
4.halal guna kaedah suntikan benih suami ke dlm rahim isteri.yg haramnya libatkan benih org lain..

wallahualam..


Isnin, 11 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Masjid Chendering-7 J'Awal-11/4/11-Kitab Munyatul Musoli

*sambungan bab solat

-iktidal-masalah makmun berkata "sami 'allaahuliman hamidah " berlaku pertikaian.ada pendapat makmun hanya baca "rabbanaa lakal-hamdu"..jumhur ulamak kata sunat makmun baca "sami 'allaahuliman hamidah "..nak kata pun boleh,tak nak kata pun boleh..
-sujud-time sujud kita serah bulat2 pada Allah..baca dlm hati..Allah dah atur segalanya yg terbaik buat kita.walupun kita miskin, itu juga terbaik buat kita..kaya2 pun, kdang2 itu bala..
-duduk antara 2 sujud-"rabbighfirlii war hamnii wajburnii warfa'nii warzugnii wahdinii wa'aafinii wa'fu'annii "-antara doa yg besar maknanya dlm solat-sebab tu bila solat Allah ampun dosa kita,sebab byk doa dlm solat.doa ini juga Nabi s.a.w tak pernah tinggal.
-ape yg kita baca moga dpt kita terjemah semasa dlm solat(dlm hati)..bila kita ingat ape yg kita baca,itu sudah dikira khusyuk..
-tahiyat-masalah sebut saidiyina-berlaku khilaf-boleh blake,samada nak sebut atau tak nak sebut pun tak ape.sah solat.
-sebelum bg salam-sekurang2nya bacalah doa "allahummafirli"-sebelum salam nabi juga baca doa dijauhkan azab kubur.
-sedar tak sedar solat kita batal,solat kita tetap batal.begitulah juga akidah kita.sedar tak sedar,akidah juga kita terbatal(nauzubillah)..sebab itulah kita wajib belajar perkara2 yg membatalkan akidah..ramai yg tak sedar sebab tak belajar.
-solat itu bermula dgn huruf "ra"(jawi) atau huruf "r"(rumi) dan berakhir dgn huruf "mim" atau "m"..haram bila masuk huruf "ra" kita kluar dari solat,melainkan darurat.
-dari hasan al basri-bg org solat ada 3 kemuliaan-1.kepalanya bercahaya sehingga ke atas langit.2.malaikat berada di sekelilingnya.3.malaikat menyuarakan"jikalau mengetahui oleh hambamu serta org yg ia menjadi dgn dia,nescaya tiada berpaling ia dari solat".

soal jawab

1.mak pangil ketika solat-solat fardu haram anak henti solat,kalau solat sunat boleh berhenti..Rasulullah saje boleh berhenti solat fardu kalau baginda panggil.
2.buat benda makruh berterusan-berlaku khilaf-boleh jd ia haram.dan boleh jadi ia tetap makruh.
3.boleh beli rumah dgn org cina,tapi tak leh jual pd org cina(kafir)..
4.bila masbuk,tak sempat habiskan fatihah tak ape..imam dah tanggung..sah solat.
5.dapat untung riba boleh guna untuk kegunaan org ramai.yang tak boleh untuk keperluaan sendiri.
6.sunat pakai jam sebelah kanan kerana ikut sunnah Nabi yg mendahulukan perkerjaan sebelah kanan.
7.boleh bercakap pasal ramalan tarikh lahir,tapi tak boleh percaya,boleh jatuh syirik..perkara ghaib hanya Allah saje yg tahu.
8.boleh qada subuh lepas solat jumaat,dgn tak baca doa qunut..
9.mas putih haram bg lelaki sebagaimana haramanya cincin suasa.
10.batalkan puasa dgn makan di bulan puasa untuk jimak dgn isteri.tak kena kafarah..tapi berdosa batalkan puasa.
11.mimpi ustaz datang melawat saya dihospital-ustaz jawab.."mungkin harta kena bg dua"..haha..selingan je..

wallahualam..(time kasih usta ku yg hensem)..wakaka..

Ahad, 10 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Surau Gelong Bilal-Ahad-10/4/11/-6 J'Awal-Kitab Perisai Sekalian Mukalaf

*Al-Fatah-yg membuka akan segala pembedaharaan rahmat atas sekalian makhluk.-bila Allah buka semua,semua benda kita akan nampak,kita akan dpt-contoh:-buka rezeki,buka ilmu,keajaiban,rahsia2 alam.-pada sisi Allah sajelah yg rahsia itu diketahui..-sebut Ya Fatah byk kali,dgn tgn didada,Allah menyucikan akan hati,dan hilangkan dukacita.
-yakin dgn rezeki Allah..-kebanyakkan manusia,time susah baru solat hajat, time senang tak solat hajat.

*AL-Alim-berasal dari perkataan ilmu-Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihan (32:6)-Allah sgt mengetahui segala2nya.

*AL QAABIDH -yg menyempitkan rezeki-lihat manusia ada yg kaya,ada yg miskin,ada yg dpt sikit,ada yg dpt byk,ada kedai laku,ada kedai tak laku..-kita dah berusaha bersungguh,tapi Allah sekat rezeki kita..itu semua kehendak Dia.-tak ada sape2 boleh sekat rezeki kita melainkan Allah..

*Al-Basith-yg meluadkan rezeki-luas dan sempit  reseki kita Allah yg tentukan-kalau sempit,minta doa pada yg menyempitkan rezeki kita iaitu Allah..-kalau 1000 orang nak bg kita duit, tapi kalau Allah tak izin, tak dpt duit tu..

*Al-Khaliq-yg merendahkan ia kalimah kufur dan takabur dan yg zalim.-perkataan kafir duk bawah blake-org sombong pun duduk Allah disisi Allah,walupun dia tinggi di sisi manusia."brgsiapa yg sombong,Allah rendahkan darjat mereka".

*Al-Rafiq-yg meniggikan akan org Islam dan org alim,dan syurga dan lain2.-org dekat pada Allah, akan akan tinggikan martabat mereka.walupun meniggal,namanya masih disebut,contoh imam syafie.-ape2 yg kait dgn Islam,ia duk atas,contoh,rukun Islam,agama Islam,adab2 Islam..

*30 JUZUK DALAM DADA,LEPASAN MESIR,TAPI TAKUT NAK BERSAMA ULAMAK,TAKUT NAK NYATAKAN YG BENAR KERANA DUIT.TAKUT NAK BERSAMA JEMAAH,TAKUT KENA DI "COP",TAKUT KENA "TUKAR" TEMPAT KERJA,TAKUT KENA "BUANG" KERJA..LEBIH BAIK MAT REMPIT WALUPUN INGAT ALI BA TA,TAPI MEREKA DUDUK BERSAMA ULAMAK.MANE LEBIH MULIA??

soal jawab

1.sijil simpanan premium-masih berlaku pertikaian dikalangan ulamak atau di perkara syubhah...
2.ambil alat pejabat utk kegunaan peribadi-kalau yg jenis makan gaji kerajaan,perbanyakkan lah sedekah..moga sedekah itu menjadi kafarah buat kita.
3.anak kaya,tapi mak miskin-xwajib bg zakat sebab mak miskin,tapi dipanggil nafkah..tapi kalau anak perempuan kahwin,boleh bg zakat pada mak ayah atas miskin sebab dah anak dah tak jadi tanggungan mak ayah dah,dibawah suami pula..
4.cucu dpt wasiat dari atuk,sah wasiat itu..tapi dgn syarat wasiat itu 1/3 dari harta datuk.
5.pelihara lembu,tapi terbiar menyebabkan kerosakan harta awam atau penduduk.-tuan lembu wajib bayar ganti rugi sebab kerosakkan..tapi penduduk haram mencederakan binatang(lembu).
6.hukum kerja terlibat dgn pinjaman riba(bank)-sepakat ulamak mengatakan ia juga kerja yg haram-haram bukan atas sebab nama walupun nama bank islam.
7.ikhtilat darurat(pergaulan)-contoh di pasar,di dlm bus,sambut tetamu(org laki tak pandai wat air,suruh isteri wat air,tetamu lelaki).diharuskan.
8.LUMRAH BAGI WANITA MMG NAK NAMPAK LAWA,ITU ADALAH FITRAH.TAPI BAGI YG NAK NAMPAK SEKSI,ITU ADALAH PENYAKIT-TIDAK BERFIKIRAN WARAS KRANA MENDEDAHKAN KEMALUAN(AURAT)-TAK TAKUT API NERAKA.
9.ulang fatihah ketika solat-tak batal,tapi perbuatan itu bidaah.
10.solat sunat berimankan org solat fardhu atau solat fardu berimankan solat sunat-berlaku khilaf.semuanya boleh.ikut pandangan masing2.
11.solat sunat sebelum asar boleh dilakukan selepas solat fardhu asar disebabkan keuzuran..(contoh:-tertido,bangun2 org dah iqamat,xsempat)..boleh.

wallahualam..








Sabtu, 9 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Surau Belakang stadium-9/4/11-5 J'Awal-Kitab Penawar Bagi Hati

*bab Khauf(takut pada Allah)
 
-Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.(Fatir:28)
-
-iaitu berase susah hati atau gerun-ada dua perkara,yg pertama takut sebab dosa dan dan yg ke2 takut sebab kenal Allah.maka yg ke2 lebih afdal..tapi jgn jadi yg ke3,iaitu takut pun tak,kenal pun tak.moga kita jadi dikalangan org yg ke2.
-takut juga pada Allah azab..bila nak buat dosa,terpikir akan azab2 Allah yg dasyat..
-sape yg takut dgn dosa yg dilakukan,dia masih sempurna..dan sebaliknya..-lebih byk kita kenal Allah,kita akan ajdi lebih takut..-tidak dikatakan alim ulamak jika tidak ada perasaan takut pada Allah..
-cinta pada bunga,bunga akan layu.. cinta pada manusia,manusia akan mati..tapi cinta pada Allah adalah cinta yang kekal abadi.
-nak cari dunia tak salah,tapi jangan kejar,jangan tamak.-kejarlah akhirat, pasti dunia mengiringi...
-Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)(At-Takaathur:1)
-Sabda Rasulullah SAW
"Dunia ini ibarat bangkai..hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai."

-telah menghimpun akan Allah 4 perkara bagi sekalian yg takut akan Allah:-

1-petunjuk-bila tak ada petunjuk manusia boleh jd sesat,atau tak tau nak pergi mane2.-ramai yg dpt petunjuk,tapi tak dpt pertolongan.
Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya).(al-araf:154)

2-rohmat(kasih sayang Allah)-tak sama dgn nikmat-nikmat ialah yg dpt memberi guna pda kita.contoh kereta..ramai yg dpt nikmat dari Allah,tapi xdpt rahmat..

3-ilmu pengetahuan:-semakin bertambah ilmu,semakin kita takut pada Nya..itu lah ilmu yg perlu di cari..-(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

4-redha-"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya"(al-baiyinah:8)


soal jawab

1.tanam mayat waktu malam-hukum asalnya makruh..tapi berubah jadi harus disebabkan kebetula.contoh:-mandi,kafan,solat dari pukul 6 shingga siap pkul 8..tanam pkul 8,harus..tapi tak boleh sngja lwat2 kan.
2.download gmbar ulamak,pastu jual-tak boleh,kena minta izin dahulu.
3.baru sahaja kahwin,tapi suami meniggal(tak sempat jimak)-edahnya tetap kematian suami,iaitu 4bulan 10 hari..
4.boleh makan ikan jerung,sebab ia tidak memudaratkan kesihatan.kalau ikan buntal tak boleh..ada racun.
5.bila kematian suami,isteri wajib berkabung-tak boleh berhias,berwangi2an,pakai barang kemas.samada diluar rumah,atau diluar rumah..

wallahualam..

Jumaat, 8 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Fatwa Mufti Johor-Surau Ladang-8/4/11-4 J'Awal

1.sperkara yg sgt myulitkan saya dimasa saya solat hingga berkali2 takbir dan kadang2 smpai saya tak solat disebabkan kuat was2 saya.pada hal niat mmg cukup senang utk masuk dihati ttp bila tgh takbir dan kadang2 tgh baca fatihah dtg secara mengejut dihati supaya solat sampai semula solat atau semula membaca yg meyebabkan hati saya cemas.

soalan-1:-bgaiamana hendak menghilangkan was2 yg sudah dikatakan melampaui had itu pada hal sebelum saya solat,telah dibaca surah an-nas,al-falaq dan kadang2 ayat kursi pun saya baca.
jawapan:-saidina usman r.a telah berkata kpd Rasulullah s.a.w berkenaan was2 didlm solat.jwpan baginda itu adalah syaitan yg bernama "khanzab".jika kamu ada berasa dgnya hendaklah kamu berlindung kpd Allah(m'baca a'uzubillah) dan hendaklah kamu berludah di sebelah kiri kamu 3x.kata saidina usman sya pun buat ape yg disampaikan itu,maka Allah tlah mhilangkan was2 itu drpd saya
-senjata org mukmin ke atas syaitan ada 6:-1.mmbaca istiazah.2.mbaca syahadah.3.mebaca bismillah.4.meninggalkan tamak.5.meniggalkan angan2.6.meniggalkan perkara dunia.
-tinggalkan dunia,baru syaitan tinggalkan kita.

soalan-2.adakah sah solat sya kalau diteruskan dlm keadaan hati saya keluh kesah samada hendak solat semula atau tidak dgn sebab was2.
jawapan:-sah solat.sebab tidak buat perkara yg membatalkan solat..

soalan 3-bgaimana hendak membezakan diantara yg betul perkara itu dtg dari hati dgn was2 krana kedua2nya itu hampir serupa.
jawapan:-asal makna was2 itu adalah suara yg perlahan yg tidak dirasai dan waas2 itu adlah syaitan samada dari drpd manusia atau jin.dialah yg membisikan dgn keburukkan dan kejahatan dan kekufuran kedlm hati manusia oleh sebab kita diajar oleh al-Quran berlindung kpd Allah drpd bisikan syaitan."Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."

soalan 4:-bagaiman kalau dtg dari pihak hati yg melibatkan rosak iman kemudian kita sedar salah.pd hal kita tak mahu merosakkan iman dan tuhan tahu hati kita.dan keadaan seperti iti adakah menjejaskan iman.
jwapan:-bagi makluman tuan,syaitan adalah sentiasa berada disamping seseorg hmba Allah.-maksud utamanya ialah hendak melalaikan manusia drpd ingatkan Allah dan membanyakkan manusia suatu yg buruk dan maksiat.
-syaitan dtg kpd seorg kamu dan berkata supaya yg menjadikan ini supaya yg menjadikan itu?.hingga ia berkata supaya yg menjadikan Tuhan kamu?dan apabila smpai disitu hendaklah org itu berlidung dgn Allah.

wallahualam..



Khamis, 7 April 2011

Kuliyah Ustaz Azhar-Surau wan Esah-6/4/11-Khamis-3 J'Awal

*beriman kpd Allah
-pengertian-percaya dan yakin bhwa Allah itu Maha Esa dari segi zat,sifat dan perbuatanNya.tidak ada 1 pun yg sama dgn Allah.
-bukan time susah je baru ingat Allah..time senang tak ingat Allah.
-time senang iman kemas,Allah yg bg rezeki..time susah iman tak kemas.kata Allah tak adil..kita mesti yakin dgn rezeki Allah..
Allah tak marah kita cari dunia, tapi agama kita kena cari juga..tauhid kita kena tahu.
-kalau hantar anak2 belajar sekolah agama takut nanti anak2 tak de masa depan.. hidup susah kalau tak de sijil atau ijazah tak dapat kerja..Allahu Rabbi.. sijil plak yang dipentingkan..Allah dah janji sesiapa yang belajar ilmu agama Allah MENANGGUNG REZEKINYA..nak ragu apa lagi tu dah janji Allah..kena yakin hanya Allah saje yg memberi kesenangan,,bukan phD,duit,harta..
-ada 2 kaedah mengetahui sifat2 Allah:
i-secara ijmali(ringkas)-iktikad dgn teguh di dlm hatinya..bahawasanya wajib bg Allah itu bersifat dgn sgala sifat kesempurnaan yg layak dgn keagunganNya.
ii-secara tafsili(lengkap dan terperinci)-iktikad dgn teguh dgn dalil2 naqli dan aqli..
-ada 3 perkara beriman kpd Allah.1-yakin,tidak ada syak atau ragu.kalau ada ragu2,syak,zham dan waham,tidak dipanggil beriman lg..
-2-sesuai dgn iktikad ahli sunah wajamaah-kalau tak sama dgn ahli sunah wajamaah samala dgn yahudi dan nasrani.
-3-hendaklah disokong oleh dalil,sgn ijmak ijmali.
-dlm masalah kedudukan iman taklid ini,tdpt perbezaan pndapat di kalangan ulamak Tauhid.pdpt yg lebih kuat drpdnya,mgatakan bhawa org2 yg taklid itu dihukumkan sbg org mukmin yg durhaka-sekiranya seorg mmpu utk mengemukakan dalil2 dgn bljar,,ttp tidak berbuat demikian,yakni tidak mahu lg menambah ilmu pengetahuan dlm masalah akidah ini..
-taklid-mgambil pegangan dari org lain tapi tak ada dalil.
-ada 2 jenis taklid-1.taklid jazmi-kepercayaan yg sudah diyakini,kukuh dlm hatinya,tidak berubah lg.
2-taklid bi la jazmi-menerima perkataan org lain tanpa prinsip yg kukuh,maksudnya org yg diikuti berubah dari kebenaran kpd akidah yg sesat,dia turut berubah dan menukar keyakinannya.-ini ialah akidah yg batil.
-wajib terbhagi kpd 2-wajib hukum syarak cntoh wajib solat.dan satu lg wajib hukum akal
-wajib-perkara yg diterima akal
-mustahil-akal tak leh terima
-harus-ada dgn tak ada,dua dua boleh jadi.
-imam ghazali kata,sape2 yg tak tahu hukum wajib,mustahill,harus..dia tak ada akal..

soal jawab
1.rase nak kentut ketika saolat-tak batal solat
2.waktu dilarang solat-ttp ada 3 solat yg diharuskan,solat qada,tayahtul masjid,dan solat sunat wuduk.

wallahualam

Rabu, 6 April 2011

Kuliyah Ustaz Azhar-Surau Bukit Bading-2 J'Awal-6/4/11-Kitab Farhatus Salik

*sambungan bab kemungkaran di negara Islam

-zina tidak dikena rejam,hanya ikat jamin sahaja.mencuri dikenakan hukuman penjara, tidak dikenakan hukum potong tgn.murtad tidak dikenakan ape2,patutnya dibunuh..cukai2 byk dikenakan pd org Islam.org kafir dijulang2..
-“Perempuan yg berzina dan lelaki yg berzina hendaklah kamu dera masing2 dgn 100 rotan dan jgnlah kamu berasa kasihan belas thadap keduanya dlm melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kpd Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukuman terhadap mereka sekumpulan dikalangan org2 yg beriman” (An-Nur:2)
-“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”
-“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).
-“Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui” (5:54).
-dlm Al-Quran semua dah bg tahu hukum2nya..Malaysia ni bukan hak milik kita,tapi hak milik Allah..so,Dia tahu la ape yg nak buat..kita wajib ikut Dia,sebab kita duduk rumah Dia..
-hakim ada 3 jenis,2 diantaranya masuk neraka dan 1 lg kedlm syurga.
1.hakim yg jahil ttg hukum2 Allah dan tak laksanakannya.
2.hakim yg tahu hukum Allah,tp tak laksanakannya.
3.hakim ini tahu hukum Allah,Dia laksanakannya..yg ini masuk syurga..
-kita tak buat zalim,tapi kita sokong org zalim.kita juga diseret di humban kedlm api neraka.(nauzubillah)
-ulamak2 dan mufti2,imam2,tak kira imam muda atau tua,wajib tegur org2 yg buat kesalahan,buat kemungkaran,buat benda haram..wajib tegur..
-mufti2 pakat tutup mulut dan buat tak peduli.m,ereka menempah tiket ke dlm api neraka.mereka ini diibaratkan syaitan bisu..mendiamkan diri dari menegur2 kemungkaran..tidak berani menyatakan kebenaran..
--org kampung yg tak tahu hukum tak ape duduk diam, tapi mufti2,ulamak2,ustaz2 yg tahu kum mesti bersuara,mesti menegur org yg buat mungkar.
-DALAM AL-QURAN DAH BGTAHU ARAK ADALAH HARAM..TAPI KENAPE ADA DI NEGARA ISLAM SEPERTI MALAYSIA..TAKKAN MUFTI TAK TAHU..KENAPE BUAT DIAM??

soal jawab
1.haram kita maki hamun sape2..marah tak ape,maki hamun tak boleh.
2.politik suku agama suku adalah ajaran yahudi..sape kata cam ni buat kali pertama dia berdosa,tapi kalau buat kali kedua,batal Islam nya.
3.hukum berkabung-Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah s.a.w, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.hukumnya haram.
4.suami berjanji akan beri tanah kpd isteri muda kalau kahwin sorang lagi.tapi selepas kahwin,dia tak bagi..nikahnya sah,tapi berdosa kerana berdusta tak bagi tanah.
5.nikah khitbah-nikah gantung.nikah tp tak duduk bersama..tpi bila bersetubuh ia tak haram,ini satu kelbihannya..

wallahulam..


Isnin, 4 April 2011

Kuliyah Ustaz Azhar-Masjid Pinang Merah-4/4/11-30 R'Akhir-Isnin

*bab bahaya menangguhkan taubat
-jgn harap kita akan terselamat,jika kita tak segera b'taubat dari maksiat itu.malah kita pasti akan mendapat azab dariNya.sebab org yg a'si atau derhaka pd Allah,mereka sentiasa terdedah pd azab Allah.
-sesiapa rase dia ada dosa,dia wajib bertaubat..same cam solat,tp solat tu ada waktu dia..tp taubat,bila buat dosa,wajib bertaubat..
-biar rase tak selamat itu selalu ada dlm hati kita..ibarat kereta,tak kotor,tapi di gilapkan lagi,makin bersih...
-org yg bertaubat bersungguh2,dosanya diampun ibarat kanak2 yg baru lahir yg tiada dosa..
-kerana duitmanusia sanggup lakukan apa shaja tanap memikirkan halal atau haram..yg penting duit dpt..contoh:-artis,sanggup menyannyi dikhalayak ramai utk dpt duit..
-CE AMBIK KAMBING SEKOR,LETOK ATAS PENTAS,KAMBING TU PUN LARI..DAH ARTIS(PEREMPUAN) TAK LARI PUN,BODO PADA KAMBING..
-ya Allah ya Tuhanku,jadikan kami org yg sentiasa mngambil ingatan dari amaranmu.mengikut jejak langkah kitab dan Rasulmu..sentiasa berkumpul dlm ketaatanMu..matikanlah kami dlm agama Islam.himpunkalah kami bersama para salihin dan org beriman..
-(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.surah an-nahl(45-47)

*bab bahaya panjang harapan
-iaitu merasa diri hidup kekal lama..rase dirinya umur panjang..tiada jalan yg lain utk menuju kesyurga melainkan taat pada Allah dan Rasul
-mintak umur yg panjang supaya dpt lagi berbakti pd Allah,agar dpt bayar hutang dgn Allah..
-lg pnjg umur lg bagus,dpt kita beribadat pada Allah..tp jgn jadi macam org tua yg hidup tiada amalan..
-para salaf berkata "brgsiapa pjg harapannya,rosak amalannya.
-yg ramai nya org skrg ni,upgrade duniawi je banyak,tapi tak upgrade hal akhirat..dari spm ke diploma,pastu degree,pastu keje,pastu kahwin,pastu berkeluarga..tapi surau masjid time kahwin,jumaat je pergi..
-nak cari dunia tak slah,tapi akhirat jgn la tinggal..org pergi masjid pun cari duit gak,nape kita tak leh pergi??sape diorg tu??-mungkin adik beradik kita,saudara mara kita,sepupu kita..pok sedare kita..
-TENGOK LEMBU,PAGI PERGI CARI MAKAN,MALAM BALIK..TAK PERGI PUN MASJID..HABIS,MANUSIA,PAGI PERGI KERJA,MALAM BALIK..SURAU PUN TAK PERGI..SAMA R MACAM LEMBU.ke guane??

soal jawab
1.syarat taubat-1.berhenti.2.menyesal.3.berazma tak nak wat lagi..yg ni tidak berkaitan dgn manusia..tp kalau kait,tmbh 1 lg yg ke4 iaitu minta maaf,atau ganti balik harta yg di curi..
2.tak boleh pajak gadai harta pesaka tanpa persetujuan adik beradik..tak boleh buat pandai2..
3.makruh makan tgn kiri..
4.haram soalt ketika khutbah dibaca melainkan solat sunat tahyatul masjid..
5.113 surah semuanya ada dlm 1 surah iaitu al-fatihah..
6.boleh jd imam kalau belum baligh,syaratnya mesti mumayiz..
7.bila sebut aku "akan" cerai mu.talak tak jatuh..sebab ada "akan"..
8.sunat ciumtgn para Nabi,sahabat Nbai,wali,ulamak2,mak ayah,suami dan pemerintah yg adil..

wallahualam..

Ahad, 3 April 2011

Kuliyah Ustaz Azhar-Surau Gelong Bilal-ahad-30 R'Akhir-Kitab Perisai sekalian Mukalaf

*sambungan bab Asma Al Husna

-Al-mukminu-yg membenarkan akan segala pesuruhNya dgn mukjizat..haram kita berkata "kita ada mukjizat"
-Al-muhaiminu-yg memandang akan segala yg melintas di dlm sekalian hati..-Allah sgt tahu ape yg ada dlm hati kita..-hari akhirat nanti adalah hari terbuka rahsia(org tganu kabo-pecoh booww)..
-Al-aziz-mmg atau tiada ada baginya bandingan dan yg menyerupai-kita yg kalah,tapi ISlam xkan kalah..Allah takkan kalah..
-Al-Jabbar-yg membaikkan akan sekala pekerjaan sekalian hamabanya.-bila kita xguna akal,kita sama dgn binatang..kelebihan kita dgn makhluk lain adlah akal..
-Al-Mutakabir-yg maha tinggi serta kebesaran
-Al-Khaliq-yg mengeluarkan segala makhluk drpd tiada kpd ada.
-Al-Bari-yg menyembahkan drpd segla makhluk drpd segala penyakit-doktor hanya merawat,Allah yg menyembuhkan pesakit
-Al-Musawwir-yg megindahkan segala rupa yg direka dan menghiasinya..-kita tgok beruk tu hodoh,tp beruk lain tgok dia comel-kejadian Allah semuanya cantik blake..cukup sempurna ciptaanNya...
-Al-Ghaffir-yg memberi ampun
-al-Ghaffar-yg sgt2 memberi keampunan dosa hamabanya..-nama Allah sesuai dgn perbuatannya..tapi manusia belum tentu sesuai namanya-nama manusia abdul rahman-tapi kedekut..
-Al-Qahhar-yg maha perkasa
-Al-Wahab-yg banyak nikmat lagi yg berkekalan memberi-Allah beri semua nikmat pada hambanya..tak kira org kafir,org zalim,Allah tetap bg..
-Al-Razak-yg memberi rezeki bg sekalian hambanya di dunia dan diakhirat.apa makna REZEKI-IAITU YG MEMBERI GUNA PADA KITA ITULAH REZEKI.BAJU,KATIL,RUMAH..BUKAN YG KITA TELAN SAHAJA REZEKI..KEBANYAKKAN ORG BILA DPT BYK BARU KATA REZEKI..dpt seringgit biase je,bila dpt 1000,rezeki booh...

soal jawab
1.toyol-drpd syaitan(jin yg jahat).jika tuhan izin,dia boleh ambik duit,jika tuhan tak izin dia tak leh curi duit..ia mmg wujud..tp haram kita percaya pd dia..percaya dia wujud xpe..
2.curi basikal-tapi tuannye tak dijumpai..boleh buat pengumuman di masjid..kalau tak jumpa juga,ganti kadar nilai terkini,sedekah kat masjid,dgn niat ganti balik harta yg di curi.
3.imam buat salah..tgok dlu kesalahan dia buat.kalau dia tinggal yg wajib,wajib kita tgur,kalau dia tinggal yg sunat,sunat shja tegur dgn "subhanallah"..kalau tak tegur yg wajib,kongsi2 la saham dosa sbb ia fardhu kifayah bila solat berjemaah..
4.tak leh gantung benda yg bernyawa dlm rumah sbg perhiasan.yg bolehnye gmbr yg ingatkan pd kematian,utk bljar..
5.dgr lagu org putih tapi tak tahu makna-makruh..tpi kalau lagu yg liriknya ada perkaatan syirik-haram..
6.org kafir dizab bermula bila rohnya dicabut lagi..bukan di neraka shaja mereka di azab..
7.org perempuan tak leh masuk koir..sebab ia melunakkan suara..tapi kalau semua perempuan,dan penonton pun perempaun dibenarkan.

wallahualam..

Sabtu, 2 April 2011

kuliyah Ustaz Azhar Idrus-Masjid Peradong-Kitab Tahzib Atrafil Hadis-2/4/11-29 R'Akhir

*hadis mengenai pakaian-sebenci2 makhluk ialah mereka yg berpakaian mewah,tetapi amalannye kurang..Allah sgt murka pada mereka.pakaian juga ada 5 hukum syarak:-1.haram-dedah aurat,sombong diri.2.makruh-warna yg terang2.3.sunat.pakaian yg Nabi pakai(gamis dan jubah).4.harus.pakaian yg Nabi tak pakai tp tiada larangan.5.wajib-pakaian tutup aurat.
-maksudnya-ada kereta mewah,rumah besar,pakaian mahal tp solat tinggal,tak puasa,tak pergi surau..
-pakaian Nabi tak pernah selekeh menunjukkan Islam itu agama yg bersih,kemas..
-pakaian utk solat biarlah lebih kemas dari pakaian yg lain sebab pakaian itu kita nak mengadap Allah..
-makna aurat-adalah kemaluan-org perempuan yg tak tutup aurat,xpakai tudung,dia dedahkan kemaluannya..ramai yg pikir alat kelamin itu kemaluan.bila org tengok,kita rase malu,itulah aurat..org yg dedah aurat,dia muka tak malu..sebab dia dedah kemaluan..
-org perempuan pakainnya tak leh nampak kulit-kalau nampak bayang2 sahaja,makruh..
-bagi lelaki,nampak bentuk punggung makruh..tapi kalau nampak bentuk kemaluan dihadapan,haram(contoh pakaian pelumba basikal)..
-permpuan kalau nampak bentuk kepala tak ape,tp kalau nampak bentuk dada,haram..
-tak salah pakai seluar bagi lelaki dan perempuan..ttp mesti lah longgar..tak ketat..

*hadis mengenai tolong menolong-drpd Abu Hurairah r.a, drpd Nabi SAW bsabda maksudnya: “Sesiapa yg mlepaskan sesuatu kesusahan seorg mukmin dari kesusahan2 dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya..
-Allah akan tetapkan kaki mereka sehingga menaiki titian sirat..tp bagi org yg menzalimi saudaranya,Allah akan menyusahkan mereka dititian sirat..

-org yg cerdik ialah org yg taat pada perintah Allah,org yg bodoh/jahil adalah org yg derhaka pd Allah.
-dia bodoh sebab dia cari pasal masuk dlm api..ayah2 biar keras tegur anak2,mak lembut sikit..bila keras + lembut ia jadi sederhana..

*Talak Perkara halal yang paling dibenci Allah..
-Talak Soreh iaitu talak yang jelas dan nyata. Contohnya suami telah berkata: Aku jatuhkan kamu dengan talak satu; atau seumpamanya.
-talak Kinayah,(sindir) iaitu talak yang memerlukan kepada niat di mana ada kalanya lafaz yang diucapkan itu berbeza-beza tetapi niatnya memang hendak menceraikan isterinya. Contohnya suami berkata kepada isterinya: Engkau tidak boleh aku gunakan lagi; atau kata-kata yang seumpamanya.
-talak benda yg tak leh buat gurauan..
-hanya talak yg bila dipaksa sahaja yg tak sah..

soal jawab
1.haram isteri minta cerai sebab suami nak kahwin lagi..tak suka tak pe,tapi kalau tak suka hukum Allah,jadi kafir..
2.pakai pendakap gigi harus bg yg ada kecacatan..tp kalau gigi dah baik,cantik,nak cantikkan lagi haram..
3.golonga yg boleh diumpat:-1- Ketika Dizalimi.2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.4.- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan.5- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan 6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang Diperlukan.

wallahualam..