Pages

Khamis, 5 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Wan Esah,Sbrg Baruh-5/5/11-Kitab Bimbingan Lengkap Fardu Ain-1 J'Akhir



*bab sifat2 yg wajib,mustahil, dan harus bagi Allah
-sifat Allah bukan ada 20 saje..yg 20 ni wajib saje blajar agar kita bertauhid padaNya.

1.wujud-ertinya ada.wajib Allah itu bersifat "ada" dan mustahil bagiNya bersifat "tiada"..
2.qidam-ertinya dahulu atau sedia.wajib Allah itu bersifat "dahulu" dan mustahil baginya bersifat "baharu".-semua selain Allah ada permulaan..
-Hawa (istri Adam) diciptakan dari tulang rusuk yang tpendek dan berada di sebelah kiri, dlm keadaan beliau  tidur, dan bagian tersebut ditutupi dgn daging, ini dikuatkan dgn sabda Rasulullah :-berlemah-lembutlah kpd wanita, krna mreka diciptakan dari tulang yg bengkok, dan sesungguhnya yg paling bengkok dari tulang tersebut, ialah yg berada di paling atas. Apabila engkau meluruskannya, maka engkau telah mematahkannya. Dan bila engkau membiarkan, maka ia terus bengkok. Maka berlemah-lembutlah kpd wanita. (mutafaqin ‘alaihi.)
-Allah SWT meyuruh kpd malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Jenis tanah yg digunakan:1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis.2.Tanah Bukit Tursina.3.Tanah Iraq.4.Tanah Aden.5.Tanah Al-Kautsar.6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah.7.Tanah Paris.8.Tanah Khurasan.9.Tanah(Babylon)
10.Tanah India.11.Tanah syurga.12.Tanah Tha'if
-bila ditiup roh, adam bersin dan mengucap alhamdulillah(hadis daif)..
-sebab tu semua kulit manusia sama dgn warna tanah.dari tanah kita."Sungguh Aku akan menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan ruh ciptaanKu ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud(sebagai penghormatan)."(Al-Hijr:28~29)
-jgn kita kaji kewujudan Allah sebab akal kita mmg tak mampu utk mengkajiNya..sedangkan nabi pun tak tercapai, nikan pula kita..yg kita boleh kaji, kejadian2 yg dicipta Allah..kaji diri sendiri..
3.baqa' ertinya kekal.wajib Allah itu bersifat "kekal" dan mustahil bagiNya bersifat "fana" atau "binasa"-semua alam ini akan binasa kecuali Allah..

soal jawab
1.solat berjemaah 2 org.-kalau makmun perempuan duduk blkg imam.kalau makmun lelaki berada sebelah kanan.
2.kalau baju dah longgar dan tidak nampak bentuk dada(bg perempuan) sunat pakai tudung labuh atau tudung yg tutup bhgian dada..tapi kalau baju nampak bentuk dada, wajib pakai tudung labuh.-wajib tutup bahagian dada samada dgn baju yg longgar atau tudung labuh.
3.kalau mandi wajib atau angkat hadas besar, automatik hadas kecil terangkat..sunat angkat hadas kecil..ikut sunnah sebelum mandi wajib ambil wuduk dahulu.
4.selepas selesai mandi wajib,terkentut-tak perlu mandi wajib lagi,hanya ambik wuduk saje..

ali :- abu,kalau Allah buat langit, buleh mu tunjuk bukti Allah buat langit??..buleh mu tunjuk gambar??
abu:- dalam quran kabo blake doh kan..
ali:- quran,manusia buleh tulis..
(cam mane kita nak jawab kalau dgr org cakap cam ni)..ustaz ajor tadi..
abu:- dah mu betul ke anok lijoh??
ali:- ho,betul r..
abu:- ce mu try tunjuk gambar mase mok mu beranok ke mu??mu ade gambar??ke mu anok semek??
(contoh saje)
wallahualam..

Rabu, 4 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Bukit Bading-4/5/11-Kitab Farhatus Salik-30 J'Awal



-Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya : "Wahai anakku, duduklah engkau berhampiran ulama` kerana hati akan hidup dengan hikmah iaitu ilmu yang memberi manfaat di akhirat seperti bumi subur apabila dibasahi hujan".
-pesanan itu lebih berharga dari wang..
-kita kurang tahu sejarah agama sendiri berbanding sejarah agama lain..sejarah org lain kita kenal, tapi Luqmanul Hakim kita tak kenal..sebab matapelajran sejarah byk ajar sejarah benda lain..sejarah agama sendiri kurang..kena tipu pah ceroh.
-siapakah Luqmanul Hakim??-Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
-Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
-Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak.-walaupun ia berkulit hitam,tapi hatinya bersih..walaupun bibirnya tebal,tapi bibir itu sentiasa keluar kalam2 suci Allah..
-sempat dgn Nabi Daud.-Nabi Daud bila membaca Al-Quran atau berzikir,bila orang dengar semua tidak sedarkan diri sebab suaranya terlampau merdu..hinggakan ada burung yg terjatuh ketika terbang..subhanaalah.
-selepas Nabi Daud menjadi rasul, lukman telah meletak jawatan sbg mufti sebab dia hormat pada Nabi Daud..tapi skrg, ramai yg jadi ustaz2 berasa pandai samapi fatwa2 ulamak ditolak..rase diri tu hebat..akhir zaman..
-“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa?
-jgn bimbang kalau Allah buat kita kulit hitam,janji hati kita bersih..kalau kulit putih,hati bersih,alhamdulillah..jgn kulit hitam,hati pun hitam..balik awal la..

soal jawab
1.ada ilmu kena amal-kalau ilmu tu wajib,wajib kita amal, kalau ilmu tu ilmu sunat,sunat kita amal..
2.tak de ilmu tapi beramal-kalau jadi ia sah,kalau tak jadi,maka jadi rosak..sepatutnya belajar la..
3.ulamak dunia-ulamak yg senyap bila ada satu kemungkaran..pentingkan duit.
4.perlukah taat pada pemerintah yg zalim-kalau zlaim pada diri sendiri buleh taat..kalau zalim pada hukum Allah tak wajib taat.
5.org yg solat tak betul tidak dikira 40 orang utk solat jumaat.
6.solat witir boleh buat tiap2 malam..bukan malam terawih saje.
7.boleh jamak takdim waktu asar dlm waktu solat jumaat..
8.sah berkahwin perempuan yg mengandung anak zina-yg tak leh mazhab hanafi dan maliki.sunat jimak lepas keluar anak,dan kalau jimak sebelum tu makruh..

wallahualam..