Pages

Khamis, 31 Mac 2011

Kuliyah Ustaz Azhar Idrus-Masjid Pulau Ketam-Kitab Anak Kunci Syurga-31/3/11-27 R'Akhir

-dilarang solat jenazah pd waktu matahari hendak jatuh..contoh:-dah siap mandi,kafan pukul 5..tp saje tunggu time matahari nak tengelam itu yg dilarang..tanam pun macam tu jugak..saje2 tunggu..
-pada mulanya,solat dilalukan tanpa azan..seorg sahabat ...Nabi s.a.w iaitu Abdullah bin Zaid tlah tertidur dan bermimpi bjumpa dgn seorg lelaki mmbawa loceng..lalu Abdullah meminta utk membli loceng dibawa lelaki itu..dia tnya buat ape dgn loceng tu??
-Abdullah gtau,nak buat panggil org solat jemaah masa masuk waktu solat.laki tu pun ajar cara yg paling baik drpd bunyi loceng..lelaki itu mngajar Allah Akbar smapi akhir..
-lepas terjaga,abdullah pergi jumpa Rasulullah dan ceritakan mimpi itu..Rasulullah kata mimpi itu benar dan lelaki itu adalah malaikat.
-rasulullah pun suruh abdullah ajar kalimah azan pada Bilal utk dilaungkan..masa pertama kali azan dilaungkan,Saiyidina Umar dgr azan tersebut dan terkejut krana ape yg didgr sama dgn dlm mimpinya..rupanya mimpi mereka sama..maha suci Allah..
-yg ni je dpt fokus dan salin...maaf ye..

soal jawab

1.tertinggal solat zohor sebab tertidor-lepas solat asar boleh diganti terus..
2.perempuan tak wajib pakai stokin tapi wajib tutup aurat..
3.boleh ganti puasa pada hari Jumaat..
4.edah wafat kematian suami 4 bulan 10 hari..isteri tak boleh keluar rumah lagi walaupun urusan kerja melainkan tak ada sape nak bagi makan,bagi duit..baru boleh..kalau keje dgn kerajaan boleh minta cuti,tapi biar ada duit untuk sara hidup..
5.imam takbir,lepas tu makmun ikut-ttp imam dtg perasaan was2..-kalau sklai dtg was2 itu,sah solat..tpi kalau was2 itu tidak putus2,tak sah solat..kena angkat takbir semula tp dgn syart suara perlahan,jgn bg makmun dgr dan tidak angkat tgn..sekadar takbir sahaja..
6.imam baca fatihah tak betul..pada rakaat pertama makmun tak boleh mufarakah lagi,tapi kalau kali kedua imam masih baca salah,boleh mufarakah..
7.makruh maka yah merungut dgn nasib anak..haram kalau tak dapat trima kenyataan,cntoh:"hmmmmmm..beranak lagi"..seolah2 tidak dpt terima hakikat dari Allah..
dosa besar kalau mak ayah bangkit sesuatu dgn anak2..isteri bangkit dgn isteri dan sebaliknya..masing2 ada hak..
8.rukun syahadah ada 4-1. Menetapkan zat Allah.2.Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.3.Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.4.Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan