Pages

Khamis, 21 April 2011

kuliyah ustaz azhar idrus-masjid Batu 6,20/4/11-kitab hadis 40-17 J'Awal



*bab mati

-dari segi umum maknanya binasa-mati bahasa arab-ketiadaan hidup bagi mereka yg mula dulu hidup..-semua makhluk akan biansa.yg tidak binasa hanyalah Allah.-maksud ajal bukan mati,tapi habis tempoh..
-"setiap yg hidup pasti akan merasai mati"-(surah Al-Imran:185).dalil,TIAP2 HARI ADA BERLAKU KEMATIAN.-tapi kita jarang ambik pengajaran sebab kita kurang sedar.kadang2 van jenazah duk sebelah, kita tak sedar pada mati..
-tiap2 yg akan dtg itu sgt dekat..tiap yg berlalu sgt jauh..-mati adalah satu perjalanan,samada senang atau susah..samalah dgn hidup,ada susah,ada senang.-kalau hidup nak senang dgn duit,tapi kalau mati nak senang dgn bekalan pahala..-bawa dosa dlm kubur pasti akan mendapat kesusahan.tak nak susah dlm kubur,bertaubat..hari ni org masih lg panggil nama kita,esok belum tentu,samada ada nama kita,atau Allahyarham..
-roh orang yg beriman akan naik ke langit..dan roh org kafir dan orang Islam yg zalim,lawan Allah,lawan Islam,roh nya tidak akan naik..Allah tidak membuka pintu langit bg roh2 mereka.roh yg naik ke langit,malaikat akan bawa utk dihadapkan pada Allah utk dirahmati.
-BERAMALAH DGN IKHLAS KERANA ALLAH WALAUPUN SEDIKIT..
-selepas dihadapkan pada Allah,roh itu akan turun semula utk bertemu jasad didlm kubur dalam alam barzakh..dan akan ditanya soalan2 oleh mungkar dan nakir..
-soalan pertama:- Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat.2-Siapakah NABI mu.3.Apakah AGAMA mu ? 4.Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu! 5.Siapakah SAUDARA mu ?
-malaikat akan tanya kita dlm bhasa arab,dan akan dijawab dlm bhsa arab..persoalan pandai tak pandai bhsa arab itu kuasa Allah..Allah maha Kuasa.-hukum bljar bhsa arab adalah fardu kifayah..
-kalau kita kasih pada teman lelaki atau perempuan yg berasal dari jepun, kita mesti nak belajar bhsa jepun sebab kita kasih..tapi kenape kita tak blajar bhsa arab,sedangkan kita kata kita kasih pada Nabi Muhammad??tepuk dada,tanya iman..
-selepas sesi soal jawb selesai, bagi yg berjaya rohnya akan dihantar ke syurga..dpt jawab soalan mungkar nakir, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.
-bila taubat kita diterima,Allah akan padam balik perbuatan dosa kita,dan tidak akan ditayang lagi di padang masyar.
-org kafir juga ditanya soalan2,dan mereka tidak dpt menjawabnya..nauzubillah..Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

soal jawab
1.tak bayar saman-saman adalah peraturan manusia..kalau ia bercanggah dgn hukum syarak,tak perlu bayar.contohnya saman itu bersifat zalim.kesalahan kecil,tapi kena bayar mahal..
2.cara dapat syafaat nabi-selalu selawat pada baginda,kasih padanya,ikut sunnah baginda dan sebagainya.
3.main dam haji-hukum harus,tapi jgn melampau..main 2 3 papan itu hobi.tapi bila main dari pagi sampai petang tu giler b...
4.tak pergi solat jemaah berlaku khilaf..tapi pergi kat org mengajar wajib jika kita tak pandai..
5.tak leh sebut huruf ra-dimaafkan syarak..tak digalakkan jadi imam melainkan semua makmun tak leh sebut huru ra.
6.nak dakwah pada remaja-jgn sekat hobi mereka,rapat dgn merekaajak mereka..dakwah biar pandai..jangan wat sombong dgn mereka..

wallahualam.,,..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan