Pages

Rabu, 20 April 2011

kuliyah ustaz azhar idrus-masjid pulau serai,dungun-20/4/11-16 J'Awal



-sambungan bab taubat
-Beristighfarlah dan selalulah bertaubat, kerana pada Dia, kita memohon segala-galanya. Itulah pesanan yang kerap diterima dari para ulamak. Jangan meremehkan istighfar. Istighfar mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun perkataan itu kelihatan seperti pengakuan taubat, namun implikasinya terlalu jauh dari itu. Istighfar tidak hanya boleh disebut sewaktu selesai bersolat. Ianya boleh disebut dimana sahaja, pada bila-bila masa.
-afdal kita iku hadis,jika hadis tu sebut 33x subhanaalah..afdal kita sebut 33x.-perumpamaan org yg berzikir kepada Allah swt dgn org yg tidak bzikir kpdnya sprti perumpamaan org yg hidup dan org yg mati.(H.R.Bukhari)
-"Ketahuilah dengan 'dzikirulldh' itu, tenang tenteramlah hati manusia "
(Surah Ar-Ra 'd: 28)
-Nabi s.a.w menyifatkan suatu kaum yang berkumpul kemudian bersurai dengan tidak berzikir, adalah umpama bangkai keldai dan keadaan mereka itu menyedihkan.
-ape yg kita zikir di mulut,biarlah hati ingat akan pada Nya..
-"Zikir yang paling afdal adalah Laa ila ha illallah. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah)"-Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi. -Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
-Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ˜Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ˜ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya'.
-Rasulullah SAW telah bersabda: Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
-Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".
-yg beri smangat pada kita biasanya bukan agama,TAPI DUIT..sebab Allah bayar lambat,sebab tu kita tak semangat.
-sebut sekali pun jadi dah,biar tak banyak pun..banyak2 kalau salah,tak guna juga..-nak buat ibadat,kena belajar dulu,baru allah terima..bukan 8 jam pun kena belajar..sejam cukup  r..8 jam tu cari dunia je..tak rugi pun g belajar.
-buat amal tnpa ilmu ibarat debu yg berterbangan.

*kitab penawar bagi hati(pada menyatakan fungsi kemaluan)
-nabi bersabda,"berkahwin oleh kamu nescaya kamu mendapat anak-anak maka bahawasanya aku bermegah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat."
-apabila mati oleh manusia muslim nescaya terputuslah amalannya melainkan daripada tiga perkara, sedakah jariyah , ilmu yang memberi menafa’at dengan dia , atau anak yang saleh yang mendo’a baginya.
-bulu kening pun ada kegunaannya-sape cukur Allah laknat.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan