Pages

Sabtu, 2 April 2011

kuliyah Ustaz Azhar Idrus-Masjid Peradong-Kitab Tahzib Atrafil Hadis-2/4/11-29 R'Akhir

*hadis mengenai pakaian-sebenci2 makhluk ialah mereka yg berpakaian mewah,tetapi amalannye kurang..Allah sgt murka pada mereka.pakaian juga ada 5 hukum syarak:-1.haram-dedah aurat,sombong diri.2.makruh-warna yg terang2.3.sunat.pakaian yg Nabi pakai(gamis dan jubah).4.harus.pakaian yg Nabi tak pakai tp tiada larangan.5.wajib-pakaian tutup aurat.
-maksudnya-ada kereta mewah,rumah besar,pakaian mahal tp solat tinggal,tak puasa,tak pergi surau..
-pakaian Nabi tak pernah selekeh menunjukkan Islam itu agama yg bersih,kemas..
-pakaian utk solat biarlah lebih kemas dari pakaian yg lain sebab pakaian itu kita nak mengadap Allah..
-makna aurat-adalah kemaluan-org perempuan yg tak tutup aurat,xpakai tudung,dia dedahkan kemaluannya..ramai yg pikir alat kelamin itu kemaluan.bila org tengok,kita rase malu,itulah aurat..org yg dedah aurat,dia muka tak malu..sebab dia dedah kemaluan..
-org perempuan pakainnya tak leh nampak kulit-kalau nampak bayang2 sahaja,makruh..
-bagi lelaki,nampak bentuk punggung makruh..tapi kalau nampak bentuk kemaluan dihadapan,haram(contoh pakaian pelumba basikal)..
-permpuan kalau nampak bentuk kepala tak ape,tp kalau nampak bentuk dada,haram..
-tak salah pakai seluar bagi lelaki dan perempuan..ttp mesti lah longgar..tak ketat..

*hadis mengenai tolong menolong-drpd Abu Hurairah r.a, drpd Nabi SAW bsabda maksudnya: “Sesiapa yg mlepaskan sesuatu kesusahan seorg mukmin dari kesusahan2 dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya..
-Allah akan tetapkan kaki mereka sehingga menaiki titian sirat..tp bagi org yg menzalimi saudaranya,Allah akan menyusahkan mereka dititian sirat..

-org yg cerdik ialah org yg taat pada perintah Allah,org yg bodoh/jahil adalah org yg derhaka pd Allah.
-dia bodoh sebab dia cari pasal masuk dlm api..ayah2 biar keras tegur anak2,mak lembut sikit..bila keras + lembut ia jadi sederhana..

*Talak Perkara halal yang paling dibenci Allah..
-Talak Soreh iaitu talak yang jelas dan nyata. Contohnya suami telah berkata: Aku jatuhkan kamu dengan talak satu; atau seumpamanya.
-talak Kinayah,(sindir) iaitu talak yang memerlukan kepada niat di mana ada kalanya lafaz yang diucapkan itu berbeza-beza tetapi niatnya memang hendak menceraikan isterinya. Contohnya suami berkata kepada isterinya: Engkau tidak boleh aku gunakan lagi; atau kata-kata yang seumpamanya.
-talak benda yg tak leh buat gurauan..
-hanya talak yg bila dipaksa sahaja yg tak sah..

soal jawab
1.haram isteri minta cerai sebab suami nak kahwin lagi..tak suka tak pe,tapi kalau tak suka hukum Allah,jadi kafir..
2.pakai pendakap gigi harus bg yg ada kecacatan..tp kalau gigi dah baik,cantik,nak cantikkan lagi haram..
3.golonga yg boleh diumpat:-1- Ketika Dizalimi.2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.4.- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan.5- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan 6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang Diperlukan.

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan