*kitab Jihazul Madihah
-smbungan bab jenazah-makruh mengiringi jenazah dgn api(bawa obor) krana ia seperti agama org majusi.kalau niat nak tiru adalah haram..melainkan berhajat seperti tanam pd waktu mlm.
-sama juga pasang lilin di siang hari di dlm rumah-ianya dilarang.
-kata setgh ulamak sengaja tanam pd waktu mlm adalah haram.
-hukum mengiringi jenazah juga makruh.-sunat bakar kemenyan pd jenazah smasa mandi dan kafan.
-imam nanawi mengatakan sunat kita berdiri jika ternampak org membawa jenazah..
-Saat jenazah diletakkan (di atas pengusung) dan telah diusung di atas pundak lelaki, sekiranya jenazah itu soleh, dia akan berkata, “Percepatkanlah diriku”. Jika jenazah tidak soleh, dia akan berkata, “Celaka aku, ke mana akan mereka membawaku?”. Suara itu bisa didengar oleh setiap benda kecuali manusia. Sekiranya dia mendengarnya, pasti dia pengsan.
-maksud "percepatkanlah"-Kalau si mati seorang yang soleh, dengan gembiranya ia berkata; “Segerakanlah olehmu membawa aku ke kubur!” Tidak sabar lagi ia menunggu masa untuk menemui Ilahi dan mendapat balasan nikmat dariNya. Sebaliknya jika mayat itu semasa hidupnya suka membuat mungkar, dengan penuh ketakutan ia bertanya; “Ke manakah kamu semua membawa diriku ini?” Ketika itu, perasaan gerun terhadap balasan seksa dari Allah Azzawajalla sudah tidak dapat dibendung lagi.
-semau makhluk dgr ape yg di ucapkan oleh jenazah kecuali manusia.
-org islam boleh melawat kubur org kafir,tapi tak boleh ikut upacara agama mereka.tapi hanya utk mengingatkan kita pada kematian.
-bila org tgh bawa jenazah,sunat kita berdoa sekurang2nya "allahumma firlahu".tak rugi pun kalau kita berdoa.sebab mereka juga sedara sesama islam.bukan hanya berdoa pd adik beradik kita je.
*kitab bahrul mahsi-bab maki memaki
-dpt 3 dosa bg org maki memaki-dosa langgar perintah Allah,dosa memulakan maki,dan dosa kata maki itu..-kalau org balas balik maki itu tinggal dua dosa.
-balas maki-boleh dgn syarat-yg pertama-maki yg seumpama-contoh-si A:keras kepala mu..si B balas : mu la keras kepale..yg kedua:-tiada tuduhan.contoh:-mu r penzina-tak boleh.haram.yg ketiga:-tidak melibatkan ahli keluarga.contoh:-tok mu giler..tak boleh..haram..
-maki org yg telah mati-tak boleh.
-“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)
-maki org Islam itu fasik..maki org kafir tak fasik..
soal jawab
1.pertandingan futsal,memancing atau seumpamanya-haram kalau ada unsur perjudian. contoh:bayar yuran 50.sape mng dpt duit hasil kutipan yuran tu..
2.kena bayar fidyah tapi tak jumpa 60 org fakir miskin-hanya jumpa 10 orang,mesti bagi 6 sorgn fidyah..tapi dgn syarat bersuaha mencari dlu..
3.boleh baca surah yg sama dlm solat,sunat baca surah lain2.
4.main daun terup tapi tak berjudi-tak boleh,sebab daun terup dicipta utk permainan judi,utk maksiat..ianya benda dilaknat..
wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan