Pages

Selasa, 19 April 2011

Ustaz Azhar Idrus-Masjid Pengadang Baru-19/4/11-15 J'Awal



*perkara2 yg membatalkan solat

yg ke3-kdtgan hadas kecil atau hadas besar.
-tak sedar solat dah batal,solat itu tak sah,wuduk pun sama..walupun tak sedar,wuduk itu juga batal.
-kalau sedar solat dah batal,haram teruskan solat-kalau solat jemaah kena keluar dari jemaah,atau duduk sahaja.
-solat tak batal,tapi tak dapat pahala-contoh:-solat tapi ada perasaan riak.
-Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.”

yg ke4-kedatangan najis yg tiada dimaafkan-ada dua jenis,dimaafkan dan tak dimaafkan
-najis yg tak dimaafkan datang masa solat-batal solat itu.
-kalau darah(bkn darah haid) kluar sdikit dimaafkan.kalau banyak,batal.
-ketika solat, najis jatuh,kena buang dgn segera,tapi jangan sentuh najis tu.kalau biarkan saje,batal.

yg ke5-syak pada niat atau takbiratulihram serta panjang masa syak-kalau sekali sekala was2 itu dtg tak batal sebab itu khuatir syaitan,jgn layan perasaan was2,tapi kalau berpanjangan sampai ke salam,batal solat..

yg ke6-syak pada satu syarat drpd segala syarat seperti bersuci umpamanya pada hal berkekalan atas syaknya.was2 mandi wajib ke tak lagi,dah ambik wuduk ke belum..

yg ke7-was2 smbhyg yg diniatkan samada zohor atau asar,mgrib atau isyak dan seumpanya.

yg ke8-niat memutus akan smbhyg-niat nak batalkan solat,nak berhenti solat kalau tlfon berbunyi

yg ke9-digantung hendak memutus akan smbhyg dgn sesuatu

yg ke10-memalingkan smbhyg yg ada didlm kpd yg lainnya..

yg ke11-mengerjakan akan sesuatu rukun perbuatan pd yg bukan tempatnya atau dgn lupa dan panjang masa berpalingnya daripada rukun:-contoh bg salam semasa rukuk-batal.

yg ke12-berpaling dadanya dgn sngja ketika memberi salam.-dada tak boleh bergerak ktika salam,yg bergerak hanya kepala.

soal jawab
1.harta pusaka-mesti ikut faraid,waris semua setuju,baru boleh bahagi sama rata.
2.daging korban tak boleh bagi pada tukang lapah dan tukang sembelih atas dasar upah.
3.datang haid tak boleh naik atas masjid walupun semasa akad nikah-boleh je kan perempuan duduk luar pada masjid.lagipun lelaki je yg akad nikah,bukan perempuan.
4.kalau sebab darurat,boleh naik atas masjid ketika dtg haid.contoh dikejar pembunuh,perogol.
5.lepas salam baru tahu arah kiblat salah..tengok keadaan dulu.kalau dlm hutan,tak wajib solat balik.kalau tmpat terang,dan boleh tahu arah kiblat,mesti solat balik..keadaan satu lg,ketika tgh solat,ada seorang bgtahu arah kiblat salah,maka teruskan solat.ikut imam syafie biar ckup 5orang bgtahu kiblat salah,baru berhenti.
6.faraid bg anak khunsa-khunsa ada 2 jenis-iaitu khunsa wadhih atau jelas dan khunsa musykil.Khunsa wadhih ada dua alat kelamin dan kalau ukur dari segi feqah tak dapat kesan dari kecil hingga baligh. Kedua-duanya berfungsi dengan baik. Khunsa musykil pula ada dua alat kelamin tapi satu lebih dominan.kalau yg jenis musykil-atas lelaki pun boleh,atas pun perempuan pun boleh.
6.melabu saham dlm ASB-kalau ada unsur riba-haram.
7.sunat semasa kita istigfar,kita ingat kesalahan kita.
8.bg fidyah kepada adik beradik yg miskin-boleh.
9.haram kita ambik balik harta yg kita bg pada org lain,melainkan ayah dgn anak,mak dgn anak,dan tok dgn cucu.
10.terlupa satu rakaat sebab makmun masbuk.lepasa salam boleh teruskan naik tmbah 1 rakaat,dgn syarat tidak lama masa penceraian itu dan tak buat perkara yg membatalkan solat.

wallahualam..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan