Pages

Isnin, 2 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pinang Merah,Paka-2/5/11-Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman-28 J'Awal


*sambungan bab bahaya angan2

-berasa akan hidup lama di dunia..angan2 yg panjang..-masuk dlm kubur tanpa bekalan ibarat lemas di lautan tanpa pelampung..terkapai2 meminta pertolongan..
-ape yg kita cari kat dunia, smuanya akan ditinggalkan..-Dunia penuh tipu daya rupanya. Dunia menipu manusia seolah2 manusia hidup menongkah langit selamanya. Sedangkan maut hanya di depan mata. Entah esok entah lusa.Orang muda jangan ingat matimu tua. Orang tua jangan ingat tak akan mati selama2nya.
-Setiap dari kita selalu berangan2. Kalau kita miskin, kita akan berangan2 hendak menjadi kaya. Kalau  kita jahil, kita berangan2 hendak menjadi orang bijak. Kalau kita orang bawahan, sudah tentu kita akan berangan-angan hendak menjadi orang ternama. Begitulah selalunya..
-tidak dinafikan kadang2 angan2 kita terlalu panjang sehingga melewati batas2 syariat. Sehingga terlupa kehidupan akhirat dan kewajipan agama. Kepada orang yang sering berangan-angan panjang seperti ingin hidup lama adalah tercela dalam agama Islam. Ini adalah sifat yang didorong oleh hati yang cinta kepada dunia.
-Angan-angan panjang ini tidak perlu kita miliki malah ajaran agama Islam menyifatkannya adalah amalan yang dikeji." Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."(HR Ibnu Abiddusya)?
-rezeki kita semuanya telah ditakdirkan oleh ALlah..kadang2 walupun kita tak cari ia tetap dtg..tapi pd adatnya kita kena berusaha, baru kita dpt..semuanya telah ditulis Allah ejak roh ditiup lg..
-taubat 1 minit je,dgn bersungguh2 dan rase ikhlas isyaAllah diterima Allah..tapi utk cari bekalan bawa ke sana ia memerlukan masa yg panjang..
-time sembahyang raye je baru nampak muka kat surau..padahal ia sunat saje..tapi,time ustaz mengajar tak datang,padahal ia wajib..manusia akhir zaman,sibuk mengejar dunia..
-Yang kekal abadi adalah kehidupan di Akhirat. Syurga umat Islam ialah Akhirat sedangkan syurga orang munafik dan orang kafir ialah dunia yang penuh muslihat ini. Insaflah. Kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan. Carilah bekalan untuk akhirat. Bekalannya ialah amal kebaikan..
-ORG LAKI PAKAI RANTAI KAT TEKAK PUN ORG WAT MENANTU..ORG PEREMPUAN PULAK,FREEHAIR,RAMBUT MERAH PUN ORANG WAT NANTU..akhir zaman..
-Al-Hadid [20] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.
-BERAMALLAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN MATI ESOK HARI DAN BEKERJALAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI.

soal jawab
1.org yg mati kerana penyakit taun dikira mati syahid..
2.sengaja buat jadi org lembut atau pondan-haram..nak jd perempuan.
3.memutuskan silaturahim adalah berdosa besar.
4.kasut tumit tinggi-kalau pakai niat nak suruh org tengok,haram..
5.hukum cukur janggut-jumhur ulamak mengatakan haram-tapi ada satu qaul bagi mazhab syafie mengatakan makruh..hukum cukur misai-harus
6.kalau "berasa" kentut dlm solat jgn keluar-ia adalah gangguan syaitan..kalau bunyi kentut baru keluar.
7.nabi ajar kita dgn membaca ayat 3 qul dan tiup ditapak tangan dan sapu diseluruh badan sebelum tidur utk mengelakkan sihir..
8.syurga dan nerka telah pun wujud.
9.keempat-empat mazhab mengatakan haram sentuh quran tanpa wuduk.
10.kalau hak org Islam kena minta izin dulu utk cetak,dan jual..dan kalau hak orang yahudi atau kafir harbi boleh ceta,tiru utk menjatuhkan ekonomi mereka.
11.pakai kondom-kalau niat rase kalau anak ramai tak dpt bagi makan nanti,itu adalah syirik..
12.sunat kita cium tgn ibu bapa.
13-isteri suci dari haid-tak boleh bersetubuh lagi dgn suami..kena mandi wajib dlu..
14-bela binatang kena bg 3 nafkah-makan,minumdan tempat tinggal..tak bagi berdosa.

wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan