Pages

Selasa, 24 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pulau Ketam-23/5/11-Kitab Anak Kunci Syurga-20 J'Akhir



*sambungan bab syarat sah sembahyang

2-menutup aurat-aurat adalah kemaluan..benda yg aib bila di tengok..org perempuan aurat dalam solat lebih ringan sikit berbanding di luar solat-di dlm solat org perempuan boleh pakai ketat(seorg diri),hanya makruh..tapi di luar solat pakai ketat adalah haram..bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut.-atas pada lutut bermula aurat hingga ke pusat..-org lelaki pakai seluar tiga suku jgn marah,sebab dia dah dikira tutup aurat.
-lelaki pakai ketat makruh,tapi haram bila nampak bentuk alat sulit
-kalau solat nampak lurah punggung tak sah.
-aurat perempuan-seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan.bermula pergelangan tangan.Permukaan atas tapak tangan wanita tidak termasuk dalam aurat..
-ORANG LAKI SEDAP TENGOK ORG PUAN,TAPI BULEH SAKIT..

3-Harus mengetahui dengan yakin sudah berada dalam waktu solat yang hendak dikerjakan.YAKIN atau zon(berat kpd masuk waktu)-kalau syak iaitu 50-50 tak sah walaupun dah masuk waktu sebab solat bukan perkara yg boleh di buat main2.
-yakin tp tak masuk lg waktu tak sah juga-tapi dah solat-solat itu dikira solat sunat.kena solat balik-tok bilal mestilah pandai tengok takwin,yakin masuk waktu..

4-Suci dari hadas besar dan hadas kecil.-"anak kunci solat adalh bersuci"-org yg kena tangkap dan tinggal dlm penjara wajib solat walaupun tak de wuduk atau tidak bersuci..-kena qada balik berlaku khilaf-kalau kedaan tu biasa contoh tidak ada peperangan kena qada balik-kalau keadaan darurat contoh ketika perang tak perlu qada lg.
-dah tahu tak ada wuduk,tapi solat juga-haram..berdosa besar.

soal jawab

1.solat ketika azan berkumandang-solat sah..tapi disunatkan tunggu azan hbis dulu..
2.takbir lepas tahiyat awal-sunat..kalau selain dari tu kecuali takbir rakaat pertama adalah makruh.
3.curi barang org,nak ganti balik,tapi tuan dah meniggal-wajib ganti balik kpd waris..jgn bgtahu seorg waris,sekurang2nya tiga org..kata ganti barang yg di pinjam tak pe..kalau bgtahu ganti curi malu pulak.
4.syurga ada 8 pintu,neraka ada 7 pintu-Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.JAGA SOLAT SENANG,PUASA SENANG-TAPI TAAT PADA SUAMI TU SUSAH SIKIT.
5.aurat kartun-kalau kartun tu menyerupai wanita dan menaikkan nafsu haram..kalau kartun macam spangbob tu tak ape..

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan