Pages

Jumaat, 13 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Ladang-13/5/11-Kitab Fatwa Mufti Johor-9 J'Akhir



1.boleh atau tidak saya mengqadakan solat org tua saya, sekiranya boleh bgaimanakah caranya??
-menurut mazhab syafie bhwa solat yg ditinggalakan oleh seseorg itu tidak boleh diqadakan oleh org lain dan tidak boleh dibayar fidyah.-sebab tak ada nas.kalau puasa dan haji ia boleh..-tiada cara lain melainkan bykkan sedekah utk ibu bapa sbg alternatif.niat sedekah pahala utk ibu bapa.iainya boleh.-fidyah utk yg tinggal solat pun tak boleh.

2.buat majlis talkin tapi ada yg datang  itu org yg tinggal solat..
-doanya tidak terima sebab dia tak solat..solat itu tiang agama..kalau tak ada atap tak ape,tapi kalau rumah tak ada tiang mane boleh nak dirikan.begitulah perumpamaannya..org yg tinggal solat Allah akan membalasnya dengan 15 seksa, 6 seksa di dunia, 3 diseksa diterima ketika hendak mati, 3 seksa berlaku di dalam kubur dan 3 seksa diterima semasa hari kiamat.
1.Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.
2.Allah subhanahu wata’ala taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.
3.Segala apa kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah subhanahu wata’ala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.
4.Tidak makbul oleh Allah subhanahu wata’ala akan doanya., Doa ditolak.
5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.
6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.


-tapi masyarakat melayu skrg tidak pedulikan hal solat..samada solat atau tak, tetap panggil majlis talkin.-org yg tak solat pun buat menantu..siap buat majlis sambut menantu, renjis air mawar-ORG YG TAK SOLAT PATOT RENJIS DGN AIR KENCING SEBAB DIA MUSUH ALLAH,DIA MUSUH NABI..SIAP RENJIS BERAS KUNYIT,MOLEK RENJIS MERCUN BOLA..
-ulamak kata mayat org yg tak solat tanam jauh2 diperkuburan islam.biar org lain sedar-kalau org yg kata solat tu tak wajib,solat pakai niat,haram tanam kubur Islam.

3.hukum bersebutuh dgn isteri pertama,kemudian isteri kedua(tempat berasingan) ttp tak mandi wajib..
-tak mengapa berbuat demikian,..kerana bersebutuh tak disyaratkan mandi wajib utk kali kedua..sunat sahaja mandi wajib..

4.hukum makan burung merbah kerana ia makan kelkatu..
-dihalalkan kerana kelkaltu bukan sumber makanan utama.ayam pun makan juga kelkatu..yang haram dimakan ialah burung yg koyak makanan menggunakan kaki contoh helang,hering..lagi,haiwan yg jenis makan dgn cara menyambar..contoh layang2...sarang burung layang2 boleh makan.

5.hukum makan landak dan tergiling.
-landak halal dimakan.tetapi bg tenggiling ianya tidak ada nas mengatakan haram...benda yg halal tetap halal.benda yg haram tetap haram.ape yg tidak disebut,ianya dimaafkan.
nak makan tak ape.tak slah.

wallahualam..terima kasih ustaz curahkan ilmu pd kami..tanpa ustaz siapalah kami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan