Pages

Sabtu, 21 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Titian Baru-21/5/11-Kitab 40 Hadis Akhir Zaman-18 J'Akhir



*sambungan huraian hadis pertama:TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Kedua:Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat2 ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
-taat pd perintah-perlu taat walaupun dia zalim pd diri sendri.kalu zalim pd Allah tak perlu taat..selagi dia taat pd Allah ,selagi tu kita perlu taat padanya.
-kita ditarbiyah melalui solat jemaah,imam sebgai pemipin..klau imam wat salah, makmun tegur.klau sngaja wat salah,jgn ikut.semua kan jd rosak.

Ketiga:
Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal-jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
-bukan berpegang dgn tgn,tapi berpegang dgn hati-walaupun kita tak buat,tapi kita sayang pd sunnah Nabi..sape benci masuk api neraka.
-bila bljara agama berhati2 dgn pandangan ulamak,sebab skrg byk ulamak yg menyatakan benda yg sesat..
-ulamak dunia hnya mementingkan duit saje..mereka tidak mnyatakan yg benar..hanya berdiam diri saje bila ada perkara mungkar..

Keempat:
Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkaraperkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bid'ah hasanah).
-byk perkara2 bidaah yg ada skrg..kalau nak bljar jgn baca buku dari mazhab wahabi..
-tanda akhir zaman,org yg menipu di julang, dan org yg benar di tindas.

soal jawab
1.dlm cd kuliyah bg salam-tak wajib jawab.
2.kate "kalau wat hudud kat Malaysia, jadi hancur"-jadi murtad.rosak akidah nya.
3.berubat dgn tok cha-boleh.dgn syarat dia tak melangar syarak dan tidak melakukan perkara haram.
4.anggota badan saje yg tinggal-kalau tuan anggota bada hidup lagi tanam saje..klaua tuan dah mati,wajib mandi anggota badan itu.
5.meratapi mayat adalah haram,menangis harus.
6.tuala wanita-sunat tanam.

wallahulam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan