Pages

Rabu, 18 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau Taman Rakyat, Dungun-18/5/2011-16 J'Akhir



*kitab Majmul Salasah Risail(bab zikir dgn betul)
-Dan berzikirlah kepada Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al-Jumu’ah 62:10)
-zikir adalah salah satu cara merapatkan hati kita pd Allah.-"Perumpamaan org yg bzikir kpd Allah dgn org yg tidak berzikir kpd Allah adalah seperti pbandingan antara org hidup dgn org mati."
-zikir yg paling terbaik adalah mulut menyebut,hati berkata-kata(ingat pada Allah)..-hati yg berzikir tapi mulut tidak berkata2 lebih baik dari mulut berkata2 tapi hati tidak berzikir..
-zikir yg terbaik adalah ape yg Nabi Muhammad s.a.w amalkan..diantaranya selepas solat beristighfar 3kali-memohon ampun dari Allah lebih utama dari segalany..contoh kita berdoa nak masuk syurga tapi kita tak mintak ampun..lebih baik kita mintak ampun,dgn izin Allah mengampunkan dosa,kita boleh masuk syurga..
-kemudian berselawat pada Rasulullah s.a.w..sape yg lebih byk ebut,dia lebih byk dpt pahala.
-Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, bahwa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersanda, "Zikir yang terbaik adalah "Laa ilaaha illallaah" dan doa yang terbaik adalah "Alhamdulillah" .
-Drpd Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorg hamba Allah mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallaah" dengan ikhlas melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu sampai ke Arsy Illahi, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar."(Riwayat Tirmizi)
-SEBUT BIAR BETUL..JADIKAN BETUL ITU NO 1 DAN SEDAP ITU NO 2..tapi ramai yg jadikan sedap itu no 1,betul no 2.-sia2 je sebut sedap byk2 tapi salah..
-"Sesungguhnya dunia ini kotor dan penuh bangkai, lihatlah, sungguh menjijikkan dan akhirnya rosak binasa dan lenyap sama sekali. Akan tetapi, ia bercampur dengan wangian yang dibalut dengan kemewahan. Maka orang-orang yang lalai dan bodoh akan tertipu dengan keadaan lahirnya. Tetapi, orang yang sedar dan mengetahui keadaan yang sebenar akan membenci dunia"
-Sabda Rasulullah SAW "Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai."
-tidak salah untuk mencari dunia, namun jangan dilupakan akhirat kerana hidup didunia ini terlalu singkat lalu hidup diakhirat itulah yang akan kekal abadi. Neraka atau Syurga? Bergantung kepada rahmat kasih-sayangNya. Telah digariskan ciri-ciri manusia yang akan menghuni Syurga dan Neraka, maka buatlah pilihan yang paling tepat sementara nyawa belum dimintaNya.
-”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah.Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.Maka bersabda Rasulullah SAW :
”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.”Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:"Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”Sesudah itu baginda menyuruh
supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah!
Mengapa kamu lakukan seperti itu?”Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”(Bukhari)

*kitab penawar bagi hati(bab kemaluan)
-demikian lagi dijadikan Allah bg engkau kemaluan kerana kegunaan dunia iaitu bersedap2 dgn jimak dan bersuka2 dgn sekalian anak yg dapat dgn jimak itu..
-Nabi mensyariatkan kita utk berkahwin kalau mampu..sebab Nabi nak umatnya paling ramai -kahwin dgn niat nak tambhakan zuriat.-jgn gunakan kemaluan ke arah g haram..sebab setiap nikmat yg allah bg akan ditanya di akhirat kelak.
-Cucu Nabi Muhammad s.a.w. bermain -main ketika nabi solat. Sehingga sekali sujud lama sekali kerana cucunya bertenggek atas tengkuk.jgn marah pd kanak2..dia budak lagi kan..bukan selalu pun dia kacau ketika solat..

soal jawab

1.hias masjid-kalau berlebih2an adalah makruh..nak hias tak salah,tapi jgn berlebih2.
2.bercakap dlm masjid-1.harus-bila perlahan dan tidak byk.2.makruh-cakap kuat tapi tak mengganggu org lain.cakap perkara dunia.3.haram-mengganggu org lain tgh buat ibadat.
3.bini ramai tapi tido sebilik-harus..yg haram adlah berjimak dlm 1 bilik.
4.sedekah fatihah pd yg telah mati-harus.
5.zikir dlm tandas-boleh.dgn syarat dlm hati sahaja.tidak boleh dgn berlafaz.
6.onani-haram..yg harus tu bila mmg darurat,mmg betul2 akan berlaku perzinaan..contoh:-duduk 2 org je 1 bilik..tak de pilihan lain dah,antara zina atau onani.kalau tak berlaku perzinaan,tetap haram.contoh duduk sorg2..

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan