Pages

Selasa, 17 Mei 2011

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pengadang Baru-17/5/2011-Kitab Hidayatul Sibyan-14 J'Akhir



*sambungan bab perkara yg membatalkan solat

14.terbuka aurat-dlm solat,aurat wajib tutup sekalipun tiada org yg melihat.luar dari solat,wajib tutup drpd org yg haram melihat.-terbuka aurat ketika solat adalah batal(conyoh kain terkoyat di punggung),tapi org yg dari awal lagi terbuka aurat solatnya tak batal..sebab solat dia dah tak sah.bila dah tak sah,tak batal..FAHAM MOLEK..
-kalau di buka oleh angin dan kita tutup dgn segera tak batal.dgn syarat tidak melakukan pergerakkan yg tidak membatalkan,jgn berulang2 hingga merosakkan rupa solat.
-kalau anak kecik angkat kain ayahnya tak batal,dgn sayarat tutup dgn segera,kain terjatuh-dimaafkan.
15.ape yg membatalkan puasa,ia juga membatalkan solat.mkn time puasa,batal.makan time solat,batal juga.
16.melebihkan rukun perbuatan dgn sengaja.bila teringat wajib bangun segera,kalau tak-batal.
17.berdehem dgn sengaja.ulamak kata hanya tempat bacaan yg wajib saje boleh berdehem untuk membetulkan bacaan.(contoh fatihah-kena berdehem dulu baru fatihah lancar)..-bagi mazhab syafie tak ape di mana2 bacaan.
-tertawa dgn sengaja mengeluarkan suara(senyum tak batal)-menangis dgn mengeluarkan suara
18.memanjangkan rukun pendek dgn sengaja-rukun pendek adalah iktidal dan duduk antara 2 sujud.
19.makmun laju dari tok iman-terkemudian makmun imamnya atau terdahulunya drpdnya dgn dua rukun feqli keduanya dgn ketiadaan uzur.Rasulullah saw: "Tidakkah takut orang yang mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan merubah kepalanya menjadi kepala keldai, atau Allah merubah wajahnya menjadi wajah keldai?".
20.iktikad akan yg fardu itu dgn sunat.
21.murtad(nauzubillah).


soal jawab

1.hukum bersiul-kalau saje2 ia makruh..dan jadi haram bila menganggu org lain tgh buat kebajikkan..
2.golongan dosanya tidak dikira-Rasulullah saw yang bermaksud: Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad dan ashabus Sunan dan Hakim).
3.cara sujud syukur-sujud bila dapat nikmat besar,terlepasa dari bala besar.kalau dpt nikmat kecil,sujud syukur adalah bidaah.-caranya sama dgn solat,ada wuduk,mengadap kiblat,tutup aurat.1. Berniat.2. Takbiratul Ihram.3. Sujud satu kali sahaja.
4.duduk selepas sujud 5.mmberi salam.bacaan msa sujud boleh blake.tiada hadis utk bacaannya..
5.cara elak sihir-paling mudah,sebelum tidur baca ayat 3 qul,tiup dimulut dan sapu seluruh badan.
6.merajuk-kalau sekali ekala itu fitrah.tapi kalau selalu ia di cla oleh syarak sebab ia adalah sifat mazmumah.
7.3 Tanda Orang Munafik-Rasulullah s.a.w. bersabda"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan